MENULIS SELAGI MASIH ADA HAYAT

Saturday, August 24, 2019

Dr.Zakir Naik Lagi


Dr.Zakir Naik Lagi
Musuh bagai cacing kepanasan
Saling mencipta bermacam alasan
Zakir Naik tenang perkuat keimanan
Biarpun dibenci mereka berkenaan.

Dituduh terorris juga sebarkan wahabi
Musuh tak senang duduk sampai mati
Zakir Naik tenang berdoa kehadraat Ilahi
Malaysia tenang damai terus harmoni.
Gerombolan musuh bersama si dajjal
Merosakkan pemikiran dan akal
Zakir Naik sedar bukan penduduk asal
Akhirat utamakan dunia pasti ditinggal.
Ada yang suka ada yang membenci
Tak kurang juga yang anti dan dengki
Zakir Naik terus berjuang tak peduli
Umat Islam terus pertahan Islam suci.
Ahli politik bungkem diam membisu
Ada juga yang bergelar doktor palsu
Tentang Zakir Naik Ceramah dibeku
Jelas sekarang siapa pejuang penipu.
Dari utara hingga keselatan tanah air
Umat Islam bersatu tidak kuatir
Zakir Naik tetap dibela tidak disingkir
Hingga sanggup ketitisan darah terakhir.
Masshah 2019
Meru.

Salam Kemerdekaan 2019


 Salam Kemerdekaan 2019,ke-62

Menulislah Pedulikan Nama

"Betulah kata-kata, menulis bukan kerana nama,memang betulah tapi jika penulis tiada nama susah juga mahu maju kehadapan,tapi itu se...