Posts

Showing posts from August, 2018

LGBT Hangat Di Pasaran

Image
  Isu hangat dan panas sejak beberapa minggu ini. Mungkin ramai yang sudah lupa tentang kisah Nabi Lut...LGBT... "...perjuangan para nabi penuh pahit getir dan suka duka. Mereka tidaklah berjalan di atas karpet merah ditabur bunga dipuji orang melainkan berjuang mengorbankan tenaga, diancam nyawa dan dibenci orang. Kisah para nabi sudah berlalu ribuan tahun. Namun adakah masih releven pada zaman kini." Syed Azharul Asriq, buku Nabi Lut Melawan LGBT, Nabi Syuib Melawan Kapital is dan Kisah-kisah lain,2017. # duniabukumasshah # jombacabuku # ceriabersamabuku # rakyatmalaysiasukamembaca # malaysiamembaca # syedazharulasriq

Buku Baru Benz Ali

Image
Belian secara online melalui FB dan Whatsupp terus kepada penulisnya. Dua buah buku terbitan Republik Buku,  Benz Ali  selamat sampai semalam. Buku M.A.H.A.T.H.I.R , Sebuah Fiksyen Politaik dan Khutbah Alternatif. Sebuah buku percuma,'Akhirnya Ku Temui Kebenaran.' Apapun buku siapapun penulisnya selagi namanya buku, aku baca.Gunakan kebijaksanaan ketika membaca. 😊 👍 💖 # duniabukumasshah # jombacabuku # ceriabersamabuku # rakyatmalaysiasukamembaca # malaysiamembaca # benzali

Melayu Bangsa Pendatang?

Image
      Marah dengan kenyataan ini? Sudah tentu ramai yang marah. Kau dan aku, sensitif tak? Beberapa hari ini timbul isu ini yang dilontarkan oleh seorang menteri, yang barangkali sudah banyak khatam pelbagai buku sejarah berkaitan bangsa-bangsa dunia. Lalu dengan yakin melontarkan kata-kata ini. Tapi sejurus dari itu beliau telah menafikan selepas sudah viral kenyataannya yang dilaporkan akhbar. Sama ada menteri kata begitu atau tidak, kenyataanya telah membuatkan sebahagian bangsa Melayu terasa hati. Apa perlunya kenyataan ini dibangkitkan. Rasanya tidak perlu dan memang tidak perlu. Disaat konon katanya ingin membina Malaysia Baru, apa perlunya semua itu. Jagalah sensitiviti semua bangsa. Melayu, Cina, India, Iban,Kadazan dan lain bangsa yang ada di Malaysia.Kau mahu rakyat hidup aman damai dan harmoni tapi kau sendiri tidak begitu. Menteri fokus dan tumpu pada tugas serta kerja yang dilakukan sudahlah. Tak perlulah mengeluarkan kenyataan yang menyumbang kearah ker

Koleksi Sasterawan A.Samad Said

Image
  Sebahagian kecil buku-buku karya sastera, Sasterawan Negara A.Samad Said yang dapat aku miliki dalam bilik bukuku. Tentunya masih banyak lagi yang aku belum miliki. InsyAllah, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. # duniabukumasshah # jombacabuku # sukasastera # ceriabersamabuku # rakyatmalaysiasukamembaca # malaysiamembaca

Realiti Atau Fantasi Malaysia Membaca 2030

Image
Pak Menteri berhasrat untuk menjadikan Malaysia pada tahun 2030 sebagai sebuah Negara Membaca. Realiti atau fantasi bergantung kepada sahutan rakyatnya dan yang penting bagi aku. Seluruh pimpinan atasan juga kena menjadi contoh membaca juga, pimpinan keluarga Ibubapa menjadi contoh kepada anak-anak, guru-guru pun kena membaca(ada guru juga malas membaca?), siapa yang bernama ketua harus memberi contoh. Bukan hanya cakap sahaja! Ya, Pak Menteri sudah memberi contoh dan saranan dan hasratnya. Jadi terpulang kepada rakyat seluruhnya untuk menyahut agar ianya jadi realiti atau fantasi... UP TO YOU! Sebahagian 10 buah buku yang menjadi pilihanku dalam banyak-banyak buku dalam bilik bukuku. Bukan bermakna buku yang lain tak bagus. Adakalanya ada buku yang bila dibaca sangat menyeronokkan. Siapa yang membaca tahulah sendiri tentang nikmat buku yang dibaca. Nah... 😊 1) Mengenal Diri Melalui Rasa Hati , Tulisan Ustaz Ashaari Muhammad, susunan Ustazah Khadijah Aam. Terb

Sajak: Kebun Ilmu

Image
Kutanam herba ilmu untukmu di kebun ini Kutanam buahan ilmu untukmu nikmati manisnya Kusemai kubajai agar nanti kau bisa petik hasilnya. Kebun ilmu ini kupagari agar segala didalamnya bisa kau manfaatkan agar kau bisa menerokai apa isinya buat kau mengisi mindamu agar tidak lesu. Kebun ilmu ini kuhiasi pelbagai bungaan agar matamu segar pilihlah herbaan, buahan atau bungaan agar cerah akalmu dan kebenaraan kau miliki. Nanti satu masa dari kebun ilmu ini lahirlah insan punya tamadun luhur. Masshah 2018 Meru.

Bilik Kolongku

Image
  Memori bilik kolongku(bilik bawah rumah) sekitar tahun 1994-2013.Menyimpan seribu kenangan suka duka hidup seorang bernama 'AKU'... Dunia bacaanku bermula dengan akhbar dan majalah,dan buku politik. Akhbar harakah belian setiap minggu.Akhbar arus perdana sesekali beli. Buku-buku dan majalah mula terkumpul di bilik kolong ini. Dunia politik bawah tanah bermula di sini(ha3)...tahun-tahun gelora reformasi, buku-buku politik, akhbar,majalah menjadi santapan mindaku. Sahabatku  Rafi Apek  mengenal dunia politik serba sedikitnya di bilik ini. Sekadar secebis imbauan. *gambar bendera itu jangan kecam..hu3. # duniabukumasshah # jombacabuku # ceriabersamabuku # rakyatmalaysiasukamembaca