Realiti Atau Fantasi Malaysia Membaca 2030


Image may contain: people sitting
Pak Menteri berhasrat untuk menjadikan Malaysia pada tahun 2030 sebagai sebuah Negara Membaca.
Realiti atau fantasi bergantung kepada sahutan rakyatnya dan yang penting bagi aku.

Seluruh pimpinan atasan juga kena menjadi contoh membaca juga, pimpinan keluarga Ibubapa menjadi contoh kepada anak-anak, guru-guru pun kena membaca(ada guru juga malas membaca?), siapa yang bernama ketua harus memberi contoh.
Bukan hanya cakap sahaja!
Ya, Pak Menteri sudah memberi contoh dan saranan dan hasratnya. Jadi terpulang kepada rakyat seluruhnya untuk menyahut agar ianya jadi realiti atau fantasi...UP TO YOU!
Sebahagian 10 buah buku yang menjadi pilihanku dalam banyak-banyak buku dalam bilik bukuku. Bukan bermakna buku yang lain tak bagus.
Adakalanya ada buku yang bila dibaca sangat menyeronokkan. Siapa yang membaca tahulah sendiri tentang nikmat buku yang dibaca.
Nah...😊
1)Mengenal Diri Melalui Rasa Hati, Tulisan Ustaz Ashaari Muhammad, susunan Ustazah Khadijah Aam. Terbitan Shoutul Arqam 1985
2)Membina Imaginasi Cermerlang, tulisan Dr.HM Tuah Iskandar Al-haj.Terbitan Karya Bestari,2003.
3)Aku, Cinta dan Buku, buku terjemahan Asyiq karya Dr.Aidh bin Abdullah Al-Qarni.Terbitan Al-Hidayah Publication,2009.
4)Kembara Sastera, tulisan Nisa Haron, terbitan ITBM,2012.
5)Spiritual Reading, Dr.Raghib As-Sirjani dan Amir Al-Madani. Terbitan Alam Raya Enterprise Sdn Bhd.
6) Buku Kekasih, tulisan Shaharom TM Sulaiman. Terbitan Utusan Publication &Distributor,2004.
7)Cakap-Cakap Puisi, tulisan Abdul Ghafar Ibrahim@ Agi Ghafar Ibrahim(AGI) dan Shahanaz Akbar(SA). Terbitan ITBM,2014.
8)Jangan Bersedih(Dont Be Sad-Buku Terjemahan), tulisan Dr.Aidh Bin Abdullah Al-Qarni. Terbitan Jasmin Enterprise,2004.
9)Pesona Buku, tulisah Shaharom TM Sulaiman. Terbitan Pekan Ilmu Publication,2013.
10)Saya Tunggu Awak.Tulisan Bonda Nor Terbitan Galeri Ilmu,2013.

Comments

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Pantun Perpaduan

Sajak: Perpaduan Sejati Bukan Mimpi