Posts

Showing posts with the label Kenangan Bersama Orang Sastera

Kenangan Indah Bersama Penyair Ahmad Sarju

Image
Sebagai seorang pembaca, bertemu penulis adalah kenangan yang paling indah. Dalam kesempatan bertemu macam-macam boleh ditanyakan tentang dunia penulisan seorang penulis.  Penyair dari Klang, Cikgu Ahmad Sarju,pertemuan di Majlis Moreh Puisi Dinihari di Perkarangan Rumah Dr.Ibrahim Ghaffar, menemukan aku dengan beliau, ketentuannya aku duduk semeja dengan beliau sewaktu makan-makan.  Selesai makan, santai-santai sambil menonton persembahan puisi dari  para penyair, aku mengambil peluang berborak-borak dengan beliau. Serba sedikit pengalaman menulis dan tips penulisan beliau kongsikan.  Itulah kenangan berharga bila bertemu dengan orang-orang hebat. 

Catatan Rindu Buat Agi Gafar Ibrahim@Pak Agi

Image
Beliau antara penulis dan penyair yang aku kenali, beberapa buah buku puisi hasil buah fikirannya menjadi koleksi bilik bukuku. Tahun 2014, mengakrabkan kami berdua, sering mengajak ke program sastera tapi banyak yang aku tolak atas kekangan masa kerjaku. Namun memori sekelumit bersamanya tetap dalam ingatan. Hingga hari ini kami masih berhubung melalui dunia maya, beliau lebih rajin dari aku menghantar pelbagai info dan khabar melalui wasap. Dunia perpuisian yang begitu luas sewaktu beliau uliti perlu dibaca oleh generasi masa kini. Bacalah sejarah dan buku-buku penulis lama kerana mereka lebih berpengalaman. Corak penyampaian dan persembahan tika baca puisi sangat unik dan tersendiri, puisi TriV Agi, bukan lagi ekspirimen tapi realiti dan telah beliau realitikan sejak bertahun yang lalu. Aku bila rindukan aksi beliau, aku akan tonton video-video beliau dari youtube yang aku downlod. Aku harap beliau akan buat 'come back' satu masa nanti. Ak...

Semoga Cepat Sembuh Penyair Saring Sirad@Ismas Saring

Image
Ziarah Penyair, tokoh budaya dan Penyair sepanjang zaman, Wak  Saring Sirad @ismassaring Hospital Putra Jaya... walaupun nafasnya tercungap-cungap digagahi juga mahu bercerita...semoga Wak cepat sembuh 😢 😢 😢 ... Kawan-kawan yang mengenali doakan Wak Saring cepat baik 😢 😢 😢 ....

Catatan Dari Muka Buku: Ziarah Wak Saring Sirad@Ismas Saring

Image
 Lampu 'Gasoline' antik menerangi  ruang tamu Cendi Karya Wak Saring Sirad  Masih sempat meraikan tetamu walau sakit   Beliau penerima Anugerah Buku Negara 2014,  Anugerah Khas Penulis Veteren Ambil berkat bersama  trofi Anugerah Khas Penulis Veteren milik Wak Saring Sirad 1) Tanggal 3.04.2015, Jumaat malam Sabtu, ziarah Wak   Saring Sirad @Ismas Saring, Wak Saring sedang sakit kaki(baru lepas opresen) menurutnya bangun tidur kakinya sakit dan rasa bengkak(panjang ceritanya, sedih pun ada, nak tahu, kawan-kawan yang kenal beliau kenalah ziarah)...dalam hati aku, kawan suka ria ramai tapi kawan semasa duka boleh dikira...sabar Wak Saring Sirad...(prinsip Wak, tak nak susahkan kawan-kawan hatta den gan anaknya sendiri)... Sedikit Catatan ; “Hidup ini saling perlu memerlukan, saling bergantung antara satu sama lain,tolong menolong bantu membantu pada setiap waktu, keadaan apa sekali pun ia amat diperlukan. Mendenga...

Ke Malam Perada Cinta Bersama Pak Agi

Image
Bertolak Ke UM Malam ini aku ada program di UM ( 15/04/2014-Selasa ) , Pak Agi mengajak aku lewat telefon beberapa hari lepas, aku menyetujui untuk turut serta, syukur, masih bisa dipertemukan dengan Pak Agi, hati suka dan bahagia sekali untuk bersama dengannya. Insyallah, selagi ada waktu yang terluang, aku bisa  bersamanya untuk mengikuti program sastera, itu pun jika jadual kerjaku tidak menghalanginya. Sekitar jam 6.30 petang, aku dan Amer anak buahku,  memecut  laju dalam rintik-rintik hujan,  ke Puncak Perdana, untuk ke apartmen Pak Agi. Kami akan pergi bersama-sama ke UM, hujan rintik-rintik menalar kami untuk ke sana, kami akan menumpang kenderaan Pak Agi, seperti biasa seperti dalam program yang lalu, menonton ‘Monolog Jual Ubat’ di Istana Budaya, aku turut bersama Pak Agi, Pak Agi mengajak aku kerana ada tiket ‘free’ katanya, aku parking kereta di sana. Hari ini, cumanya aku naik motor dengan Amer. Alhamdulillah, sekitar jam 6:50petang, aku ...

Catatan Perjalanan Ke Rumah PENA Bersama Wak Saring Sirad@Ismas Saring

Image
  Ahad Yang Indah Pagi ahad yang indah, hari ini aku ada program di Kuala Lumpur. Entah apa yang akan berlaku hari ini aku tidak tahu. Biarkanlah...itu semua hanya Allah SWT yang maha tahu. Pagi-pagi lagi aku sudah bangun, seusai solat subuh, aku bersiap-siap agar jadual yang dijanjikan pagi ini tidak terlewat. Semangat untuk berprogram hari ini berbunga-bunga di dalam hatiku. Sementara pagi masih muda, aku duduk di hadapan laptopku untuk melihat berita apakah hari ini. Ku buka laman sosialku, pagi-pagi sudah ramai yang bermedia sosial, wah, mereka juga sepertiku, bersarapan pagi dengan bermedia sosial. Sudah menjadi trend hidup masakini rupanya. Pagi-pagi suda bermuka buku. Sungguh ini sudah menjadi budaya hidup orang masakini termasuk aku ini. Dunia begitu pantas, siapa lambat pasti tetinggal ke belakang. Entahlah apa lagi yang bakal meletus lagi dalam dunia teknologi pada masa hadapan. Aku biarkan, fikiranku tentang masa depan teknologi ini. Aku baca setiap ...