Catatan Rindu Buat Agi Gafar Ibrahim@Pak Agi


Image may contain: 2 people, people smiling, people standing

Image may contain: text


Beliau antara penulis dan penyair yang aku kenali, beberapa buah buku puisi hasil buah fikirannya menjadi koleksi bilik bukuku.

Tahun 2014, mengakrabkan kami berdua, sering mengajak ke program sastera tapi banyak yang aku tolak atas kekangan masa kerjaku.

Namun memori sekelumit bersamanya tetap dalam ingatan. Hingga hari ini kami masih berhubung melalui dunia maya, beliau lebih rajin dari aku menghantar pelbagai info dan khabar melalui wasap.

Dunia perpuisian yang begitu luas sewaktu beliau uliti perlu dibaca oleh generasi masa kini. Bacalah sejarah dan buku-buku penulis lama kerana mereka lebih berpengalaman.

Corak penyampaian dan persembahan tika baca puisi sangat unik dan tersendiri, puisi TriV Agi, bukan lagi ekspirimen tapi realiti dan telah beliau realitikan sejak bertahun yang lalu.

Aku bila rindukan aksi beliau, aku akan tonton video-video beliau dari youtube yang aku downlod.

Aku harap beliau akan buat 'come back' satu masa nanti. Aku yakin ramai para peminatnya menanti aksinya saat ini. Pak Agi...pleaseee...!😊💖...

'Aakkk...akkk...aakkk...akkkk...

Gagak-gagak bukan berlagak...


Aakkkkkkk...

Akkk, akkk,akkk...

"Dengan menekankan peniruan bunyi gagak (satu onomatopoea), AGI mengemukakan sesuatu yang baharu. Perlakuan AGI dalam persembahan itu ialah petsembahan kreatif yang tidak terfikir oleh orang lain. Kepercayaan terhadap penampilan jati diri melimpah ruah."

Rahman Shaari(Dewan Sastera 2002 febuari), dalam buku Apa Orang Kata Tentang AGI.

Pagi ini, tiba-tiba aku kenangkan beliau, rindu kot...teringat pertemuan pertama di Warung Minang di Pekan Meru. Pak Agi membaca beberapa puisinya dihadapanku. Seungguh mengkagumkan. Penyair dengan gaya yang tersendiri.

Dan masih terngiang-ngiang kata-katanya hingga kini sewaktu perjalanan ke program esastera di UM.

"Kau tulis novellah man..."

Dengan tidak lokek ilmu dan pengalaman yang dikongsi dan diceritakan sepanjang perjalanan ke program,beliau merangsang aku tulis novel.

Tapi hingga kini belum tulis lagi, asyik turun naik untuk menulis, asyiknya merudum saja Pak Agi ha...ha...ha...Apa pun kata-kata itu masih aku ingat dan pegang.

Untuk akhirnya tulisan ini, aku kongsikan beberapa konotatif Agi yang beliau hantar padaku melaui wasap.

[04/07 17:20] Pak AGI: Konotatif AGI

" APA YANG DITIRU DARIPADA HAK ORANG DAN MENJADIKANNYA HAK SENDIRI AKAN MENJADI BEBAN KEPADA SI PENIRU SAMPAI BILA-BILA. "

-abdul ghafar ibrahim-

[05/07 11:02] Pak AGI: Konotatif AGI

" APABILA ADA PEMBOHONGAN, APABILA ADA ALASAN, APABILA ADA TEMU JANJI YANG TIDAK DITUNAIKAN, ITULAH TANDA IKATAN AKAN RENGGANG DAN MUNGKIN PUTUS SECARA PERLAHAN-LAHAN. "

- abdul ghafar ibrahim -

[06/07 09:50] Pak AGI: Konotatif AGI

" SESIAPA YANG MENCEDERAKAN JIWANYA DIALAH SENDIRI YANG MENANGGUNG SAKITNYA.JANGAN BERIKAN KESAKITAN ITU KEPADA ORANG LAIN UNTUK MENANGGUNG BAGI PIHAK DIRINYA."

-abdul ghafar ibrahim-

[07/07 15:52] Pak AGI: Konotatif AGI

" DALAM DIRI ADA BEBERAPA PERATUS RAHSIA YANG HARUS DISIMPAN, BUKAN UNTUK DICERITAKAN SAMA ADA KEPADA SUAMI, ISTERI MAHUPUN IBU BAPA APATAH LAGI ADIK BERADIK, SAUDARA MARA DAN SAHABAT HANDAI.KADANGKALA IA BOLEH MENIMBULKAN PORAK PERANDA KALAU DIDEDAHKAN. "

- abdul ghafar ibrahim-

Masshah
16072017
Meru.

Comments

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Pantun Perpaduan

Sajak: Perpaduan Sejati Bukan Mimpi