MENULIS SELAGI MASIH ADA HAYAT

Wednesday, August 9, 2017

Hentikan Semua Ini

Hentikan Semua Ini

Kamu yang punyai kuasa
nasihatilah orang-orang bawahan kamu
usah cemarkan nama bangsa
yang dianggap keramat ini
jika ia kau perjuangkan bangsamu
jaga jugalah adab dan adatnya
sekalipun kau marah
bukanlah itu tindakannya
Matanglah berpolitik,
mana kata-kata transformasi
mana kata-kata wasatiyah
budi pekerti amalan mulia
politik baharu...
atau ianya hanya kata
mainan di bibir.

Kamu yang berkuasa
hentikanlah permainan ini
tak sanggup lagi mata ini
melihat kejelekan itu
usah kau diamkan sahaja
usah kau tak rasa apa-apa
nanti kau hilang kuasa menyesal tak sudah
baru kau leka mahu bermain sama panda
esok entah lusa sudah hilang kuasa
itu semua kerja YANG MAHA KUASA.

Kamu yang berkuasa
tolong ya...hentikan semua ini
kedamaian
keharmonian
ketenangan
semua orang mahu suka
kerana ini tanah pusaka kita
pun begitu sama rasa lain bangsa
pertahankan rukun sesama kita
itulah harapan anak bangsa.

Masshah 2014
24052014
Meru.

No comments:

Post a Comment

Buku Baru Lagi

Ole-ole dari program anak muda di Shah Alam pada minggu lepas Empat buah zine Tiga buah buku lagi, singgah di Kedai Buku MPH. ...