Bila Mula Membaca?




"Bila cik zaman mula minat membaca? Rasa teruja tengok buku-buku tu..."

Begitulah lebih kurang soalan anak buahku sewaktu aku sampai duduk disebelahnya. Sambil tersenyum aku menjawab.

"Oh...era reformasi, sewaktu tu  banyak buku-buku politik lahir dan majalah-majalah politik."

Waktu itu suhu politik negara sangat membahang. Seantero dunia tertuju ke Malaysia. Buku-buku politiklah yang memahamkan aku situasi kegawatan masa itu.

Majalah Tamadun menjadi santapan mindaku. Tulisan-tulisan penulis seperti Mohd Lutfi Othman, Sayuti Omar, Suria Janib(di mana dia sekarang?) dan yang lainnya banyak memberikan pencerahan situasi politik waktu itu.

Biarpun ada cerita atau berita dari akhbar arus perdana, namun waktu itu sangat tidak memuaskan hati. Banyak berita-berita dari sebelah oposisi tidak ditulis dengan baik.

Aku lebih suka pada suara alternatif yang tidak memihak. Maka dari hasil pembacaan itulah jiwa kepembangkangan masih tersemat dijiwa...ha...ha..ha...Maka detik-detik itulah dunia pembacaanku berterusan hingga kini.

Cuma kini, pembacaanku pelbagai.

Comments

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Pantun Perpaduan

Sajak: Perpaduan Sejati Bukan Mimpi