MENULIS SELAGI MASIH ADA HAYAT

Monday, December 25, 2017

Takziah Dan Al-Fatihah

Image may contain: 1 person, smiling, text

Innalillahi Wainna Ilaihi Rajiun.
Perginya Sasterawan Negara Prof. Emeritus Dato' Dr. Hj. Shahnon Ahmad ke Rahmatullah pada hari ini 26/12/2017 ( sekitar 8 pagi), di Hospital KPJ Kajang. Jenazah akan disolatkan di Surau Madani Seksyen 3 Bandar Baru Bangi selepas solat Zuhur.

Salam takziah buat keluarga Almarhum dan Alfatihah untuk Almarhum, semoga di tempatkan dikalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan muttaqin.

Friday, December 22, 2017

Sajak: Kian Tiba Senyuman Itu

Image result for Gambar kartun berkempen pru


Kian Tiba Senyuman Itu

Politik kian tidak siuman
hambur cerca sini sana
fitnah tak henti diutama
peduli apa janji mengena

Kata dusta sumpah seranah
hilang akal hilang amanah
bicara cuma penuh fitnah
jati diri hilang nafsu serakah

Berkuasa terus sampai mati
jerit perih marhean tak peduli
diperlui disaat mahu undi
begitu selamanya dibodohi.

Disantuni dimesrai itu biasa
kian detik tiba masanya
duduk semeja bicara lunak ia
dihambur janji diangguk saja

Tontoni lihat sendiri nanti
aksi lucu sedih pilu dirayui
demi kuasa kekal abadi
pastinya nanti pengundi ditipui

ZSS
Meru.

Monday, December 18, 2017

Menulis Dengan Jujur

Related image

Menulis Dengan Jujur

Tulislah apa yang kau nak tulis, apa yang kau tahu, apa yang kau fikir dan tulislah apa yang kau baca. Tulis dengan hati yang ikhlas, bila ikhlas baru sedap dibaca.Orang suka, orang dapat ibrah apa yang kau sampaikan. 

Jangan cuba memandai-mandai dengan apa yang kau tidak tahu, jangan cuba tokok tambah apa yang kau memang tidak tahu, nanti jadi fitnah, nanti kau boleh kena saman. 

Menulis biar ada fakta, bukti, bukan auta bukan main hemtam keromo. Tulis mana yang kau tahu dan faham. Apa yang kau rasai dan lalui,boleh kau nukilkan atau tuliskan dalam setiap karya yang kau mahu tuliskan.

Terserah dan terpulang apa yang kau mahu sampaikan. Apa yang penting mestilah sesuatu yang benar, soheh dan tidak menipu. 

Jangan ciplak atau kau ‘copy paste’ milik orang lain. Nanti tidak fasal-fasal kau kena saman…tulislah dengan jujur dari hati nurani kau.


Masshah 17

Sajak: Tayang Wayang



Image result for gambar penjara 

Tayang Wayang

Tangkap masuk
tangkap masuk
masuk lokap keluar lokap
begitu begini  begini begitu
tak bermakna tak ada makna
sekadar wayang ulang tayang
berulang ulang tak bersimpati orang
lama sudah tahu sekadar wayang.

ZSS
Meru.

Sunday, December 17, 2017

Sajak:Ada Yang Tersirat



Ada Yang Tersirat

Disebalik khabar duka
ada tersirat khabar gembira
terungkai kini sabda Nabi
benar lagi dibenarkan
masanya kian detik kian tiba
keimanan teguh yakin percaya
keimanan rapuh goyah...waspada
Ia berita pasti rencana dari Ilahi...

ZSS
Meru.

Wednesday, December 13, 2017

Kurangkan Stress


Nah! baca pernyataan di atas. Membaca boleh mengurangkan stress? Atau ada antara kita yang stress bila membaca...ha...ha...ha... stress bila tengok dan baca buku akaun bank makin mengurang kot. Tapi itulah yang tertulis di banner di atas. Membaca buku lebih efektif kurangkan stress...maka membacalah...

Sajak:Ego Berselirat Otak Singkat


Related image


Ego Berselirat Otak Singkat

Bergandingan penuh zulmat
bermatlamat nafsu jahat
bicaranya kesat tidak cermat
hilang jati diri hilang hormat
anggkuh ego berselirat
tubuh sihat otak singkat
belum tahu nasib diakhirat
sengsara ataukah selamat
sudahlah cukup beringat ingat.

Masshah
Meru.

Monday, December 11, 2017

Sajak:Amarah Si Baju Merah

No automatic alt text available.


Amarah Si Baju Merah

Berbaju merah kemerahan
langkahnya laju segak
lagaknya mempamer keperwiraan
sayangnya...kesiannya
celupar mulutnya bak murai
emosi bicaranya marah marah
anggap itu amanah demi negara
hancur maruah hilang arah
dendam kesumat habuan tiada
itulah sebab itulah puncanya
alahai...pergi jahanam
itu zikir keramatnya.

Masshah
Meru.



Sunday, December 10, 2017

Sajak: Degar Berdegar Berdengkur

Image result for Gambar orang bermesyuarat animasi


Hiruk pikuk gegak gempita bermula
berdegar degar ungkapan hilang akal
bertepuk tepuk berangguk angguk
tersengih sengih tersengguk sengguk
tertunduk tunduk ala-ala tawadhuk
mengungkap mantera puja puji
menghentam keji mengeji
kosong isi kosong akal budi
tetap dijulang julangi.

Masshah
Meru.

Menulislah Pedulikan Nama

"Betulah kata-kata, menulis bukan kerana nama,memang betulah tapi jika penulis tiada nama susah juga mahu maju kehadapan,tapi itu se...