Menulis Dengan Jujur

Related image

Menulis Dengan Jujur

Tulislah apa yang kau nak tulis, apa yang kau tahu, apa yang kau fikir dan tulislah apa yang kau baca. Tulis dengan hati yang ikhlas, bila ikhlas baru sedap dibaca.Orang suka, orang dapat ibrah apa yang kau sampaikan. 

Jangan cuba memandai-mandai dengan apa yang kau tidak tahu, jangan cuba tokok tambah apa yang kau memang tidak tahu, nanti jadi fitnah, nanti kau boleh kena saman. 

Menulis biar ada fakta, bukti, bukan auta bukan main hemtam keromo. Tulis mana yang kau tahu dan faham. Apa yang kau rasai dan lalui,boleh kau nukilkan atau tuliskan dalam setiap karya yang kau mahu tuliskan.

Terserah dan terpulang apa yang kau mahu sampaikan. Apa yang penting mestilah sesuatu yang benar, soheh dan tidak menipu. 

Jangan ciplak atau kau ‘copy paste’ milik orang lain. Nanti tidak fasal-fasal kau kena saman…tulislah dengan jujur dari hati nurani kau.


Masshah 17

Comments

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Pantun Perpaduan

Sajak: Perpaduan Sejati Bukan Mimpi