Posts

Showing posts with the label Syair

Syair Hari Raya

Image
Syair Hari Raya Berpakaian sungguh menarik Wajah tersenyum indah disolek Duduk bersimpuh ramai tertarik Adat dan sopan usah dicarik. Berhari raya pulang ke desa Melepas rindu kedua ibu bapa Usah dilupa adat dan budaya Maaf bermaafan sesama kita. Dihari raya buangkan gelisah Banyakkan berdoa kepada Allah Jangan tidak ziarah menziarah Kelak tersekasa di alam barzah. Hari raya bukan bulan berpesta Namun banyak makna juga cerita Bersedekahlah mereka berharta Hidupkan tenang tanpa derita. Masshah 2018 Meru.

Ramadan Bulan Keberkatan

Image
Ramadan Bulan Keberkatan Indah bercahaya sinaran Ramadan Diselangi cahaya gemerlapan bulan Hadirnya dirindui orang yang beriman Bulan dikabulkan doa dan keampunan. Siangnya berpuasa menguji keimanan Malamnya berterawih usah ditinggalkan Banyakan sedekah banyakan amalan Hujungnya moga terbina sifat ketaqwaan. Bulan Ramadan bulan penuh keberkatan Pabila berbuka puasa elakan pembaziran Usah dilupai mereka yang hidup kepapaan Bantulah mereka agar ada sinar harapan. Bersegeralah berbuka usah dilambatkan Kelak melewatkan boleh memudaratkan Akan dikasihi mereka yang menyegerakan Telah disabdakan Junjungan Nabi pilihan. Elakan fitnah memfitnah keji jua cercaan Banyakkan berzikir dan tadarus al-quran Agar setiap amalan akan lipat gandakan Perbetulkan niat ikhlas semata kerana Tuhan. Masshah 2018 Meru.

Bajet Aksi Kleptokrasi

Image
Bajet Aksi Kleptokrasi Sungguh mengoda  bicara  pembentangnya Segak berbusana Melayu bergaya lagaknya Dengar dulu apa dikata bajet dibentangnya Selesai bentang fikir baik tidak hentamnya. Biar bebas bercakap usah disekat Biarkan dibentang bajet konon untuk rakyat Seluruh dapat  konon nikmat berkat bajet Rakyat terangguk konon semua dapat Bajet dibentang tetap ada menentang Bertungkus lumus pagi malam petang Marhean apa kesah bajet dibentang Hidupnya begitu tidak lebih tidak kurang. Bajet rakyat mahukan harga barang turun Bajet dibentang bukan macam harta karun Banyak tabur-tabur gembar gembur itu pun Usah heran memang begitu acara akhir tahun. Ada yang berkata itu gula-gula untuk kita Sikit masa nanti sudah sampi pilihanraya Dibujuki hati yang lara agar nanti percaya Ada tak sedar diri  masih ditipu buta-buta. Cukuplah sudah usah terpedaya hati-hati Banyak sudah ruang untuk transformasi Banyak gagal mas...

Macam Tak Pernah Berzikir

Image
Google Image Macam Tak Pernah Berzikir Dunia sudah hampir kiamat Sungguh ramai pemimpin khianat Tidak peduli haram semua rembat Janji untung diri sendiri selamat. Pemimpin suka bebankan rakyat Banyak terlalu kos hidup meningkat Rakyat banyak cakap nanti disekat Syukur sedikit dapat janji berkat. Ramai pemimpin cakap tak berfikir Ingat mereka rakyat tak memikir cakap bohong macam tak pernah berzikir Itu petanda kiamat semakin hampir. Berjanji sering selalunya mungkir Menanti janji rakyat yang fakir Salahkan menteri bukannya takdir Amanah dilupai pasti tersingkir. Dari utara sampai ke selatan Sudah banyak pemimpin janjikan Sana-sini mereka war-warkan Nanti undi jangan  menangkan. Cukuplah sudah mempermainkan Rakyat sudah serik memualkan Pemimpin lupa diri kita  benamkan Itu sahaja cara mahu menyedarkan. Masshah 3012016 Meru.

Nabi Untuk Semua

Image
Nabi Untuk Semua Rabiulawal datang lagi Bulan kelahiran nabi Malam membaca berzanji Tanda nabi tetap di hati. Muhamamd pesuruh Allah Terima wahyu di gua Hira Berjuang susah itu sunatullah Hidup sabar redha serta pasrah. Tanda cinta amal sunnah Ucapakan selawat bukan susah Dia nabi uswatun hasanah Amalkan sunnah tinggal bidaah. Kelahiran nabi untuk semua Dari manusia jua seluruh semesta Ucapkan selawat setiap masa Bukan hanya dirabiulawal sahaja. Jangan lupa dua perkara Wasiat nabi untuk kita Takkan sesat selama mana Quran assunnah tetap diutama. Perjuangan nabi kita ikuti Bijaknya nabi mesti contohi Jasanya besar jangan dilupai Agar kehidupan kita diredoi. Masshah 24122015 Meru. ALLAHUMA SOLI ALA’ MUHAMMAD!