Ramadan Bulan Keberkatan

Image may contain: text

Ramadan Bulan Keberkatan

Indah bercahaya sinaran Ramadan
Diselangi cahaya gemerlapan bulan
Hadirnya dirindui orang yang beriman
Bulan dikabulkan doa dan keampunan.

Siangnya berpuasa menguji keimanan
Malamnya berterawih usah ditinggalkan
Banyakan sedekah banyakan amalan
Hujungnya moga terbina sifat ketaqwaan.

Bulan Ramadan bulan penuh keberkatan
Pabila berbuka puasa elakan pembaziran
Usah dilupai mereka yang hidup kepapaan
Bantulah mereka agar ada sinar harapan.

Bersegeralah berbuka usah dilambatkan
Kelak melewatkan boleh memudaratkan
Akan dikasihi mereka yang menyegerakan
Telah disabdakan Junjungan Nabi pilihan.

Elakan fitnah memfitnah keji jua cercaan
Banyakkan berzikir dan tadarus al-quran
Agar setiap amalan akan lipat gandakan
Perbetulkan niat ikhlas semata kerana Tuhan.

Masshah 2018
Meru.


Comments

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Pantun Perpaduan

Sajak: Perpaduan Sejati Bukan Mimpi