Skip to main content

Gembirakan Hati Muhammad Huzaifah

Image may contain: 1 person, sitting
Amboi bukan main suka dan gembiranya dia, Abi ajak jalan-jalan pergi ke Setia City Mall, Setia Alam. Kami pergi berdua. Ummi tak ikut penat balik mengajar. Abi mahu belikan hadiah untuk Huzaifah. Bukan main suka lagi.


Image may contain: one or more people and people standing
Distinasi biasa yang aku pergi, kedai buku MPH. Aku beri kebebasan untuk Huzaifah cari buku yang dia suka. Dia kata nak cari buku bomba. Besar nanti nak jadi bomba.Aku biarkan dia cari dan pilih.


Image may contain: one or more people and people standing
Pilih jangan tak pilih...bomba punya fasal...


Image may contain: one or more people, people standing and indoor
Tak jumpa lagi apa yang diingini...terus mencari.


Image may contain: one or more people and indoor
Dah ada ditangan tu, satu tapi tak tahu buku apa. Nampaknya bukan buku bomba...


Image may contain: one or more people
Terus cari dan cari...


Image may contain: one or more people and people standing
Ummm...tak ada buku bomba, buku lain pun bolehlah. Yang penting happy dapat buku.



Image may contain: 1 person, standing
Akhirnya dapat 3 buah buku, biarpun bukan buku bomba tetap gembira dengan hadiah yang Abi belikan.

"Adik ada banyak buku kan Abi..."

"Yelah..."



Comments

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Musim-musim orang nak berpadu, bersatu dan perpaduan ni eloklah bersyair berkaitan dengan perpaduan.  Mari kita bersyair…

Syair Pilihan: PERPADUAN
Negara kita pelbagai bangsa Berbeza pandangan perkara biasa Jangan dibiar menjadi bisa  Hidup terancam sepanjang masa.
Berbeza budaya bukan halangan Jurang kecil dibesar jangan Kurangkan iri anjur rundingan Harmoni nusa kian berpanjangan.
Kepada orang hendaklah hormat Hendak menegur hendaklah cermat Bersatu padu itu matlamat Jangan dinyala dendam kesumat.
Semua tak boleh mementingkan diri Berjuang untuk kaum sendiri Sejarah lama harus susuri Insaf hakikat sedarlah diri.
Serulah semua agar bersatu Membina Negara biar bermutu Besar hasilnya sudahlah tentu Wawasan Negara tercapai jitu.
Semangat mulia bertolak ansur Tidak menyombong jadikan unsur Taraf tak hilang jika menyusur Bagai gabungan pana dan busur.
Hendaklah ikhlas bersatu hati Bukan mengharap pulangan nanti Bangsa yang kuat itu yang pasti. Persada dunia orang hormati.
Marilah kita duduk berunding Lebih dan kurang …

Sajak: Kasih Sayang Anugerah

Kasih Sayang Anugerah
Kasih sayang itu suci kasih sayang itu murni kasih sayang itu sejati kasih sayang itu anugerah Ilahi.
Jangan sesekali kasih sayang itu dicemari kerna ia milik insan punyai hati nurani cinta abadi cinta sejati sewangi kasih Rabbul Izati hanya milik pribadi mulia insani.
Ia tidak bisa ditawar dijual beli sekalipun dengan timbang harga tinggi sesama insan bersatu hati bukan hanya slogan tetapi diingati.
Kasih sayang cinta hari-hari bukan sekali-sekali jua bukan bermusim cuma di bulan febuari ia bukan ikut-ikutan tetapi lahir dari fitrah diri demikianlah kasih sayang penting tak terperi.
Masshah 2014 12022014 Meru.

Sajak: Lahirnya Sebuah Cinta

Lahirnya Sebuah Cinta
Malaysia tanah air tercinta bebas merdeka dari penjajah kini 57 tahun merdeka sudah hidup harmoni aman bahagia.
Dilupa jangan mereka pejuang jasanya banyak tak terkira berjuang berkorban demi bangsa bebas negara dari petualang.
Hayati telusuri pengorbanan mereka sesekali usah persis anak derhaka kelak kita dikenang tak punya jasa nikmat damai aman leka lupa pula.
Biar merdeka jangan sampai leka hidup rasa cinta pada negara jangan cuba-cuba bikin huru hara nikmat aman hilang nanti sengsara.
Tak kira melayu India juga cina termaktub sudah ikatan janji setia tak lupa jua pelbagai etnik di sana kita tetap sehati sejiwa bebas merdeka.
Usah diungkit  sudah peristiwa duka jadikan ia pengajaran bersama melayu india cina bersaudara lama kini bersatu bersama menuju jaya.
Malaysia indah malaysia berjaya terus kekal harmoni sejahtera kerna ia tanah tumpahnya darah kita  dan di sinilah lahirnya sebuah cinta.
Masshah 2014 20082014 Meru.