Posts

Showing posts from June, 2019

Majalah Dunia Baru

Image
  Beberapa naskah Majalah Dunia Baru,terbitan Karya One yang masih tinggal dalam simpanan di Bilik Buku.Majalah tersebut terbit sekitar tahun 1995 dan1996(kalau tak silap) Ia menjadi santapan mindaku setiap bulan.Ada juga yang tertinggal beberapa keluaran. Beberapa majalah keluaran Karya One selain itu, Majalah Ayu dan Majalah Tatih juga menjadi pilihanku.Setiap keluaran menghidangkan isu-isu yang hangat dan membuka minda pembaca, cara persembahan majalah tersebut juga sangat  menarik. Rasanya majalah tersebut hanya kekal beberapa tahun sahaja. Jika tidak salah aku,rumah terbitan tersebut bertukar dari Karya One ke Galeri Ilmu selepas itu. Begitulah secara ringkas sejarah majalah yang pernah terbit di Negara kita.

Jemu Muak Politik

Image
Lama dah tak tulis fasal politik ni.Ikutkan dah jemu dan muak dengan politik kini.Membosankan dan naik muak mual dengan gelagat mereka. Bila kuasa sudah ditangan, bila janji sudah ditabur di sana sini, semuanya hancur lebur dengan kemungkiran. Janji-janji tidak ditepati, ramai rakyat pun sudah naik menyampah. Kejatuhan rejim 60 tahun amat mengembirakan majoriti   rakyat tetapi hasilnya masih tidak berbaloi untuk mereka. Berapa orang bekas penyamun yang sudah ditangkap dan dipenjarakan? Dulu bukan main cakap berdegar-degar, si polan tu rasuah, penuh skandal, juta-juta diangkut ke luar Negara, beli jet enjin hilang dan macam-macam lagi. Sekarang? Senyap sunyi…hutang Negara banyak,sebab itu PTPTN tak jadi mansuh, minyak tak boleh diturunkan,tol pun tak boleh mansuh.Banyak lagi yang dulu isu-isu berlegar berdegar-degar masuk ke telinga rakyat. Banyaklah kalau mahu tulis,tapi biarlah dulu.Rakyat sebahagiannya pun ramai dah tahu dan sedar. Kadang-kadang aku

Kemasukan Buku Terbaharu

Image
  Menantikan pesanan buku melalui 'online' seperti menanti hadirnya seorang kekasih.Setiap hari menanti terus menanti dengan penuh kasih dan rindu. Penantian satu penyeksaan.Begitulah menanti buku yang dibeli. Bila sudah hadir di sisi,alangkah indahnya.Peluk cium dengan bahagia,itulah buku...hanya mereka yang tahu erti sebuah buku,pasti akan merasai nikmatnya... Sampai akhirnya.Empat buah buku terbitan  # RepublikBuku   .Belian sempena hari Raya dari   Benz Ali . 1.Berbasikal Menuju Tuhan-Abdullah Hadi 2.Ideologi Sebuah Memoir- Zin Mahmud 3.Catatan-Catatan Si Montok-Lucy M 4.Tjokroaminoto Untuk Pemula-Republik Buku Beli empat dapat satu.Sebuah buku Benz Ali Antithesis. 😊 # MalaysiaMembaca

Selamat Hari Raya Ei'dulfitri 1440H/2019M

Image
Alhamdulillah,sudah 10 hari di bulan Syawal 1440H/2019M. Semoga kita berada di dalam rahmat dan reda Ilahi. Di hari baik bulan baik kita saling ziarah menziarahi dan maaf bermaafan. Raikan eid'ulfitri dengan rasa kehambaan dan ketaqwaan kepada Allah SWT. Dengan lafaz ucapan  SELAMAT HARI RAYA EID'ULFITRI  MAAF ZAHIR DAN BATIN. Ceria Aidilfitri 1440H/2019 Sampai di desa gembira sekali Ayah dan bonda suka hati Desa dirindui banyak memori Ramadan pergi datang Aidilfitri. Masshah 2019M