MENULIS SELAGI MASIH ADA HAYAT

Friday, December 28, 2012

Sajak: Pesanan




Pesanan

Adik bila besar nanti
jadilah adik
yang benar-benar adik.

Kakak bila besar nanti
jadilah kakak
yang benar-benar kakak.

Adik dan kakak
bila besar nanti
jadilah anak
yang sebenar-benar anak.

Ingat pesanan ini ya…!

Masshah
2012-12-20

Meru.


Kubur





Mati itu pasti

dan mesti

mati mengakhiri

tamatlah riwayat hidup

masuk kubur.


Masshah
Bilik buku
Meru
25/12/2012-selasa

Sajak: Malu






Penguasa dungu

aku tunduk malu

melihat tingkah mu

semakin hari

semakin haru

mengapa aku pun tak tahu

aku malu.



Masshah 

2012-12-20

Meru.

Tuesday, December 25, 2012

Sajak: Samseng-Samseng Bermaharajalela




Samseng-Samseng Bermaharajalela

Bukan lagi tersirat
tapi sudah tersurat
polis tidak menyiasat
tapi melihat-lihat


Aksi-aksi samseng keparat
buat jahat
rakyat naik meluat
aksi samseng tak ingat akhirat.


Samseng-samseng
terus bermaharajalela
sebab tahu takkan didakwa
bersorak-sorak
bagai orang gila
bagai kera.


Samseng-samseng
terus mengila-gila
baling batu
baling pasu
terkinja-kinja
bagai beruk gila.


Samseng-samseng
terus mengganas
buas macam pengganas
bikin panas.


Pihak berkuasa
bagai tiada kuasa
penguasa
diam seribu bahasa
para mufti kehilangan nas’
tak kata apa.


Samseng-samseng
bagai diiktiraf
seolah-olah penyelamat
buat parti yang tak selamat
dunia dan akhirat.


Masshah 2012
12:00 tengah malam
19/12/2012
Bilik Buku
Meru.

Sajak: Bacalah




Bacalah


Baca
bacalah buku
baca buku
dengan nama Tuhan-mu.

Baca
bacalah buku
walau di mana
tak kira waktu.

Baca
bacalah buku
baca buku
dapat ilmu.

Baca
bacalah buku
baca buku
dapat idea baharu.

Baca
bacalah buku
baca buku
tidak mudah ditipu.

Baca
bacalah buku
baca buku
agar minda mu
tidak beku dan lesu.

Baca
bacalah buku
pembeza antara
yang berilmu dengan
yang tidak berilmu.

Baca
bacalah buku
seruan membaca
seruan agung
dari yang Maha Agung.

Masshah 2012.
Tempat kerja
9:25malam
13/12/2012
Khamis malam jumaat.

Sunday, December 23, 2012

Sajak: Durian Idaman




Durian Idaman

dari utara ke selatan
kiri kanan jalan
penuh durian
buah tempatan
jadi rebutan
jadi idaman
menjadi kegilaan
sepanjang zaman
ada pelbagai pilihan
kalau mahu makan
silakan.

masshah 2012
20122012

meru.

Thursday, December 13, 2012

Sajak: Ingat mengingati





Ingat-Mengingati

Bicara ini
bicara hati
dari hati ke hati.

Ingat mengingati sampai mati
tidak kira raja atau menteri
bergaji atau bisnis rugi
mati tetap mati.

Jangan dilupai ajaran nabi
jangan diketepi ulamak ukhrawi
nanti rugi
di kubur sendiri.

Ingat-ingat jangan dilupai
pesan para rasul dan nabi
umpat dan keji
hendaklah jauhi,
dengki dan irihati
benci-membenci dan sakit hati
penghalang rezeki.

Ingatlah saudara dan saudari
ingat sedikit
moga terkesan di hati.

Masshah 2012
Jam: 2:46 pagi
2/12/2012-Ahad
Bilik Buku.


Sajsk: Aku Budak Kilang





Aku Budak Kilang

Aku budak kilang
pagi petang
siang malam
cari wang.

Aku budak kilang
bila pulang
hati riang
hati senang.

Aku budak kilang
ikut undang-undang
doa berulang-ulang
hujung bulan dapat wang.

Aku budak kilang
masa kerja jangan hilang
jangan tinggal sembahyang
nanti intensif hilang
hilang peluang.

Aku budak kilang
ada keluarga yang disayang
mereka ibarat bulan bintang
walau kerja kilang
mereka ( hati ) tetap sayang.

Itulah aku
walau kerja kilang
hati tetap riang.

Masshah 2012
Meru-6/12/2012
Khamis:Jam:9P25pagi.








Tuesday, December 11, 2012

Sajak: Cerita Menteri Dan Korupsi





Cerita Menteri Dan Korupsi
                 
Cerita ini
bukan cerita misteri
sudah tersebar di seluruh negeri
empat puluh juta untuk kawan, parti dan kroni.

Cerita ini
kisah menteri
usah dicaci
usah dikeji
kalau tak berani menasihati
cukuplah sekadar memerhati
takut nanti dicekup polisi.

Kisah korupsi
menjadi-jadi
dari menteri, kroni, perdana menteri
hinggalah ke driver teksi.

Sama-sama memberi
dan merasai
selagi menguasai negeri
berkongsi-kongsi rezeki
sampai mati.

Masshah 2012
Meru: Bilik Buku
Jam: 9:36malam

6/12/2012

Sajak: Kisah Bekas KP





Kisah Bekas KP

Ini kisah bekas polisi
bukan sarjen tapi bekas KP
dulu kisahnya didikasi
tegas berani itulah bekas KP.

Tamat sudah kerjayanya kini
mula bersuara bila berhenti
pada menteri tidak ditakuti
kata menteri ganggu tugas polisi.

Terbongkar sudah selama ini
rupa-rupanya polisi ditunggangi
oleh menteri jaga negeri
sebab itu tugas bekas KP tidak disambung lagi.

Dikatanya banyak lagi
tentang misteri Pak Menteri
akan dibongkar keseluruh negeri
baru puas hati seorang bekas KP

Namun kini,
setiap langkah kemana pergi
diawasi dan diperhati
meski pun bekas KP
kini dicurigai dan ditakuti
malah dibenci
kita tunggu lagi
apa selepas ini.

Masshah 2012-12-06
Khamis Malam Jumaat
Bilik Buku
9:40 malam.


Monday, December 10, 2012

Sajak: Tabur





Tabur

sana tabur
sini tabur
sampai takbur
hingga tersungkur
masuk lubang kubur.

Masshah 2012
10/12/2012
Ahad Malam Isnin


Sajak: Cerita Gombak





Cerita Gombak

Cerita Gombak
dari Perak ke Gombak
terdengar berita gempak
bukan geng rompak

Cerita Gombak
ramai yang nampak
samseng menyepak
berarak-arak
bertempik sorak.

Cerita Gombak
sedang bersemarak
persis orang minum arak
hilang akal rosak akhlak.

Cerita Gombak
pemimpin buat pekak
mereka ingat cerita lawak
macam maharaja lawak.

Cerita Gombak
kisah rosak akhlak
nanti kelak
rakyat tolak.

Masshah 2012
Meru


Sajak :Cinta Itu Indah



Cinta Itu Indah

Cinta itu indah
untuk yang berfaedah
bukan main redah
hingga hilang maruah.

Cinta itu indah
bila bersimpuh di atas sejadah
hilang resah
hilang gelisah
hilang gundah.

Cinta itu indah
bila menerima hadiah
dari sang kekasih
untuk sang kekasih.

Cinta itu indah
bukan hanya mainan lidah
tetapi lebih indah
ikhlas di hati kerana Allah.

Cinta itu indah
dan sememangnya indah
kerana Allah itu indah
dan sangat menyukai keindahan.

Masshah 2012-12-03
Jam: 2:30pagi
Ahad-2/12/2012.
Bilik buku.