Janji





Hari-hari yang dilaluinya kian hari kian kusut dan tidak bermaya,tidak tahu apa lagi yang dia mahu lakukan.Segala yang terjadi menimpa dirinya bagai tiada lagi boleh di ubah dan di perbetulkan.Seolah-olahnya beban yang menimpa kehidupannya sekarang tidak boleh di perbaiki dan jalannya terlalu sukar dan suram untuk dia lalui sekali lagi.

Segalanya musnah dan hancur sekelip mata.Segala keindahan dan kehebatannya selama ini hilang dan jauh hilang entah ke mana.Apa salah dan dosanya hingga begitu malang nasib hidupnya kini.Segala-galanya hilang musnah bagai di tiup badai.

Satu persatu dia cuba mencari-cari apa kesilapan dan kehilafan yang dia pernah lakukan sebelum ini,namun jiwanya yang kian lesu seolah-olah sudah tidak mampu mahu mengingatinya semua...Namun dalam detik hatinya yang kian suram dan lusuh itu,ada rasa hening bila dia bertanya hatinya...di mana Tuhan selama ini aku letakkan?.Tiba-tiba detik hatinya terasa  sesuatu yang menyelinap...Tuhan..ya Tuhan..itulah jawapan yang sebenarnya atas segala apa yang terjadi dan menimpa keatasnya.

Tiba-tiba terimbau di benak fikirannya...masa lampau yang  sangat terkesan di hatinya sekarang.

“Tuhan..?..please lah,tolong jangan campuradukan bisnis dan politik aku dengan Tuhan...segala yang aku miliki hari ini adalah hasil penat lelah aku..apa kaitannya dengan Tuhan..?”

Mukanya merah padam bila kawan lamanya cuba membuat teguran secara berhikmah.Maklum lah kawan lamanya yang sekian lama tidak dapat jumpa tiba-tiba datang bertemu membawa cerita-cerita yang di anggapnya pelik.

Hakimi mengeleng-gelengkan kepalanya melihat sahabat lamanya,begitu marah bila dia menyebut tentang Tuhan dan kehebatannya,Sahabat yang begitu akrab sudah berubah dari segi pemahaman tentang ketuhanan yang dia sedang anuti.padahal dialah sewaktu-waktu dulu begitu kuat memperjuangkan satu badan dakwah di luar Negara yang di sertainya dan dialah yang mengajak Hakimi turut serta dalam perjuangannya,

Tapi kini setelah sekian lama tidak bertemu,rupa-rupa rakan baiknya sudah berubah dan bertukar ideology politiknya dan perjuangannya...Segala-galanya wang,wang dan wang..itulah pendirian Nabib atau di kenali sebagai Tan Sri Nabib Bin Samsuddin.Seorang tokoh politik dan juga koperat yang terkenal dalam Negara Darul HiKmah ini.

“Oklah fren,aku datang ni bukan nak gaduh dengan kau,maklum kita pun lama tak jumpa kan,aku minta maaflah kalau apa yang aku kata tadi menyakitkan hati kau...aku sekadar ingatkan kau...ermm..so apa pun aku ucapakan terima kasih sebab kau sudi lagi nak terima aku sebagai kawan dan Tahniah juga atas penerimaan anugerah Tan Sri...ermmm..Tan Sri Nabib bin Samsuddin..aku bangga dengan kau...”.

Hakimi cuba meredakan keadaan dan sambil bingkas dari kerusinya menghulurkan salam pada Nabib.

Nabib menghulurkan tangan..”Ermm..aku harap kita boleh berjumpa lagi nanti...aku minta maaf juga..harap persahabatan kita tetap terjalin ok...ermm kalau ada apa-apa call atau junpa aku ok...aku harap kau tak marah dengan aku dan dunia aku sekarang...ingat jangan lupa undi aku bila PRU nanti”,sambil mengenyitkan matanya pada Hakimi.

Hakimi menyambutnya dengan senyuman yang penuh makna...”Insyallah..jumpa lagi dan assalamualaikum..”,Hakimi terus berlalu dan meluru ke pintu pejabat yang sebesar bilik utama itu.Nabib bungkam seketika di kerusi empuknya itu...dalam fikirannya terngiang-ngiang hujah-hujah dari sahabat lamanya..sekejap mengeluh dan menarik nafas dalam-dalam bagi melegakan keadaan.

Dia bagai tersedar kini,bagai mimpi dan segala-galanya begitu cepat,seandainya jika boleh di putar balik waktu-waktu yang berlalu sudah pastinya dia akan memperbaiki apa yang tersilap selama ini yang dia lakukan.Dari ke hari dia terus menyesali dirinya.Satu persatu kesilapan yang dia lakukan diingati semuanya.Hatinya semakin di buru dengan dosa yang lalu.Segala kesalahan dan kesilapannya satu persatu di benak fikirannya sehingga menganguai malam tidurnya.

Malah kini dia sudah pandai merintih menyebut nama Tuhan,Tuhan yang selama ini dia anggap tidak ada apa-apa.Segala yang dia miliki hasil usaha dia sendiri,harta yang di miliki bahkan jawatan politik hingga ke tahap yang tertinggi pun dia anggap semua itu atas usaha dia sendiri,rasa syukur dan terima kasih pada Tuhan langsung tidak ada pada fikiran dia waktu itu.Segala-galanya aku yang punya...itulah fikirannya dulu.

Kini dia merintih-rintih kepada Tuhan..dia meminta maaf dari Tuhan....Namun di benak fikirannya apakah Tuhan memaafkan kesilapan dan dosa-dosanya yang lalu.Persoalan itu yang bermain-main dibenaknya.

Masyarakat di pendalaman di negeri dengan kaya balaknya tidak sabar-sabar menunggu pemimpin yang di sayangi mereka,ada yang datang awal pagi,ada yang masih datang,mereka datang berduyun-duyun dengan satu matlamat untuk menyambut pemimpin mereka.Orang ramai sudah berkumpul di padang dan ada juga yang berkumpul di masjid tempat di mana pemimpin mereka akan berucap nanti.Suasana riuh masyarakat di situ kedengaran masing-masing tidak sabar untuk menatap dan bersalam dengan pemimpin mereka itu.

“Kita guna heli,kalau guna jalan raya alamat lambat kita nanti..maklum awak kan tahu jalan nak menuju ke sana bukannya bagus sangat..”Kata Tan Sri Nabib pada pemandunya.Jalan raya yang di maksudkan merupakan jalan raya yang mana pada tiap kali pilihanraya mahu di adakan tiap kali itulah Tan Sri janjikan untuk memperbaiki dan peruntukan sudah berkali-kali di berikan namun sehingga ke hari ini,hari di mana dia akan melawatinya entah untuk kali ke berapa dan entah kali keberapa dia menaburkan janji-janji manis kepada seluruh penyokong dan penduduk di kawasan itu.

Dia membelek-belek teks ucapan yang akan di bacakannya nanti,tiba-tiba dia tersenyum sendirian..janji-janji ini juga yang di tulis dan akan di bacakannya nanti,Dalam hatinya berkata-kata..orang pendalaman mana ada maklumat,mana ada kesedaran...haa...dungu mereka semua.

"Tan Sri sudah sampai,heli sudah bersedia untuk membawa Tan Sri",Kata pemandu padanya.

"Ok...jangan lupa kau tunggu di sini nanti."Katanya pada pemandunya.

Helikopter yang membawa rombongan Tan Sri Nabib Samsudin sudah hampir menghampiri kawasan yang akan di lawatinya.Dari atas helikopter Tan Sri Nabib melihat dan meninjau-ninjau ke bawah,kelihatan ramai yang menunggu,kelihatan orang ramai melambai-lambai ke arahnya.Hatinya begitu puas dan gembira dengan sokongan orang ramai itu,dalam keadaan parti lawannya membuat fitnah dan menabur bermacam-macam perkara buruk padanya,namun kawasan yang di bawa kekuasaanya tetap menyokongnya tidak berbelah bagi...dia betul-betul puas..

Helikopter semakin rendah dan landing di tempat yang di khaskan,orang ramai bertepuk tangan dan bersorak keriangan dan kegembiraan bila melihat wajah pemimpin yang di sayangi muncul dari pintu helikopter itu,laungan dan ungkapan satu Darul Hikmah dari mulut Tan Sri sangat bersemangat,di sahut pula oleh orang ramai,sambil menuruni anak  tangga,dia terus melambai-lambai,orang ramai berpusu-pusu untuk bersalaman,masing-masing tidak mahu melepaskan peluang yang sekali sekala itu.Hatinya benar-benar puas dan berbunga-bunga dengan sokongan yang kuat dan utuh lagi  dari orang ramai itu.

“Tuan-tuan mari kita sama-sama ke masjid sana,ada sesuatu yang akan saya katakana nanti...hadiah untuk anda semua”.

Keadaan riuh,bila Tan Sri memberitau ada sesuatu untuk mereka..tepukan dan laungan satu Darul Hikmah sahut menyahut sehingga Tan Sri Nabib Samsuddin memasuki kereta yang akan membawanya ke masjid,di mana dia akan menabur segala janji-janjinya nanti.Tan Sri tidak di temani isterinya dalam lawatan kali ini disebabkan isterinya ada program lain yang perlu dia hadiri,Penduduk di situ semua tahu dan mengenali isterinya sebagai seorang yang suka bergaya dan mereka sangat bangga serta teruja dengan isteri pemimpin mereka.

Kereta yang membawa dirinya sudah menghampiri masjid,kanan-kiri kelihatan orang ramai yang menyambutnya,lambaian dari orang ramai sangat mengembirakan hatinya.Paluan kompang pun di palu bila dia keluar dari pintu kereta yang di naikinya itu.Terasa gagah dan bersemangat sekali,dia melambaikan tangan kearah orang ramai.Riuh dan sorakan dari orang ramai menambahkan semangat yang berkobar-kobar untuk di tampil berucap nanti.Mereka berpusu-pusu mahu bersalaman,anak-anak kecil juga begitu,pemimpin yang dikasihi datang ke tempat mereka.

Para tetamu sudah berada ditempat masing-masing,para jemputan duduk di belakang para pimpinan mereka.Dari tempat duduk Tan Sri Nabib Samsuddin melihat kanan kiri dan hadapan dia benar-benar teruja dan kagum dengan semangat penyokong,melihat sokongan yang sebegitu ramai di kawasannya dia merasakan dia akan dapat kekal mempertahankan kawasannya itu dari di rampas oleh parti lawannya.

Pasti dan pasti...”Dengan itu dengan rasa sukacitanya saya mempersilakan pemimpin yang kita kasihi dan sayangi untuk memberikan ucapan dan amanat penting untuk kita semua...di persilakan Tan Sri Nabib bin Samsuddin,,,,”.Kedengaran pengerusi majlis menjemput dan menyebut namanya.

Sorakan dan tepukan gemuruh dari pentas dan kanan-kiri juga hadapan dari orang ramai sahut menyahut,sambil menuju ke rostrom khas untuk dia berucap tepukan dan sorakan terus menerus.Bangganya dia ketika itu. Semangatnya tidak mungkin akan pudar.Senyuman yang paling manis dan mesra di lemparkan kepada semua yang datang pada hari ini.Dia merasakan inilah senyuman yang paling mesra  yang pernah dia lemparkan kepada seluruh penduduk kawasan yang dia tandingi itu sehingga dia menjadi menteri utama dalam Negara.

Perasaan berkobar-kobar itu makin membara,orang ramai terus tepuk dan bersorak,sebenarnya itulah sebenarnya yang dia inginkan.”Tuan-tuan dan Puan-puan sekelian.terima kasih atas kehadiran dan sokongan semua,hari ini merupakan hari yang sangat bahagia buat saya dan juga Tuan dan Puan sekelian,hari ini saya akan mengumumkan sesuatu yang mengembirakan penduduk di kawasan ini...”.

Belum habis bicaranya,tepukan dan sorakan dari hadirin sungguh mengamatkan suasana..tiba-tiba teriakan “Hidup Melayu..Hidup Melayu...Hidup Melayu...”.Tidak kelihatan siapa orang  yang meneriakkan slogan itu.

Dia cuba meninjau-ninjau siapa  yang melaungkan slogan keramat itu namun tidak kelihatan milik siapakah suara yang bersemangat itu,di teruskan ucapannya.

"Peruntukan sejumlah 4.5juta untuk membina masjid baharu akan di berikan..malahan peruntukan untuk membina jambatan juga akan di berikan...”.

Suaranya tenggelam timbul dengan tepukan yang sangat gemuruh dari semua hadirin.Dia benar-benar puas dan yakin.

Namun di sebalik ramainya orang yang datang itu,ada sekumpulan kecil dari mereka yang merungut.

"Balik-balik janji yang lama,orang kampung masih tak sedar-sedar”.Bisik Dollah pada Sani di sebelahnya.

"Entahlah...aku pun tak faham bilalah orang sini nak sedar..tiap kali datang itu juga yang di lagukan..alahai..”,dengus sani,menjawab solan Dollah tadi.

Ini sesuatu yang sangat membahayakan jika Tan Sri Nabib tahu,tidak sangka kawasan kubu kuat  sudah ada cakap-cakap yang sangat mengerunkan jika dia tahu.

Gambaran demi gambaran masa lalu masih terbayang-bayang di ruang matanya....Allah...Alllah...Allah..maafkan aku...keluhan dan rintihan kecil dari mulut bekas seorang menteri Negara Darul Hikmah.Kini segala-galanya hilang,musnah...tapi dia tidak kehilangan Tuhan..!.Benaknya sentiasa bertanya adakah Tuhan terima taubatku...?.

Roda ingatannya terus bermain-main di ruang matanya..

“Ingat..jangan sampai terbongkar rancangan ini.Kita pastikan si keparat ini hancur segala-galanya,biar seluruh dunia tahu,jijik dan jeliknya moral si keparat ini...Kita mulakan episode kedua ini esok dalam akhbar milik kita..faham semuanya..?”.Amaran dan ingatan Tan Sri Nabib Samsuddin kepada anak-anak buahnya yang taat setia itu.

“Aku puas jahanam..puasss...haa..haaa...”.Ketawa besar Tan Sri Nabib di ikuti anak-anak buahnya.Mereka akan melaksanakanya esok.Seluruh jagat akan gempar dan terkejut dengan berita ini.Mereka semua yakin,lebih-lebih lagi Tan Sri Nabib Samsuddin,nasib akan menyebelahi mereka.Mereka kuasai segalanya apa yang ada di Negara Darul Hikmah ini.Segala-galanya dalam gengaman dan kekuasaanya.Jika mahu di beli pun dia mampu.

Apa yang penting puas..!.Untuk rakyat pandai-pandailah dia selesaikan..janji sana,janji sini,itu yang perlu,setakat orang-orang pendalaman apa yang mereka tahu,mereka boleh di gula-gulakan,malah boleh di perlembu-lembukan.

‘Ketua Pemberontak Meliwat Pembantunya’.Tajuk besar dalam akhbar-akhbar milik penguasa.Seluruh Negara di gemparkan berita tersebut.Rakyat terpinga-pinga terutamnya para penyokong pemberontak tersebut.Keadaan menjadi tidak stabil..berlaku kekecohan di kalangan penyokong-penyokong ketua pemberontak .Rakan gabungan goyang,antara percaya dan tidak.

Di sudut bilik yang mewah dan megah di pusat pentadbiran Putrapujaan,sosok tubuh yang gempal dan pendek merasa puas dan yakin kali ini permainanya pasti menjadi.Arahan yang di berikan kepada suami tercintanya benar-benar di laksanakan.Jika ini berjaya,Putrapujaan takkan terlepas dari si jahanam peliwat itu..dengus Dia Pertama sambil membelek-belek cincinya yang bernilai jutaan ringgit itu.

Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi..terus di angkatnya dan berkata”Helo honey,good job,lepas ni boleh lah kita tidur lena..”.

”Datin Dia Pertama saya ni,saya Datin Indahsari..macam mana jadi ke shoping ke Dubai petang ni?.

Dia Pertama berasa berdebar-debar,di sangkanya tadi suaminya.”Opps..sori..ermm jadi..jadi..you dengar apa saya cakap tadi Datin?”.Tanya Datin Dia Pertama kepada Datin Indahsari.

”Its ok Datin..itu you punya personal..I tak campur..ok jadi tau..kita terbang petang ni..Shopping..”.

”Shopping...”.

Mereka serentak menyebut perkataan shopping,berderai ketawa mereka berdua,memang itu yang digemarinya..Dia Pertama memang suka mengumpul barang-barang mewah dan mahal-mahal.Biar pun di kecam dan di tuduh pemboros oleh ketua pemberontak dan orang-orang yang membencinya,tetapi semua itu tidak di endahkannya,yang penting puas..puas..!.

“Tan Sri,rakyat ramai yang tak percaya dengan berita semalam,malah si jahanam telah membuat kenyataan akhbar,bahawa bukan dia dalam video itu,ramai orang pertikai Tan Sri..malah gabungan mereka telah melancarkan penerangan besar-besaran keseluruh pelusuk jagat ini.”.Menteri Jaga keselamatan memberi penerangan tentang rancangan mereka kepada Tan Sri Nabib.

“Memang aku duga,memang licik permainan Si Keparat itu...cari idea lain,dan arahkan semua anggota FRU agar ganggu majlis mereka,arahkan juga Ngo-Ngo ganggu mereka ,buat laporan polis.pastikan keadaan seolah-olah kelam kabut..semuanya jalankan tugas macam biasa..”.Tan Sri Nabib memberikan arahan kepada Menteri Jaga Keselamatan dengan perasaan geram yang amat.

Suasana malam itu,amat sukar untuk menutupkan matanya,namun mulutnya tidak henti-henti menyebut nama Tuhan..”Allah..Allah...Alllah”.Segala dosa-dosa silam menghantuinya.Entah mengapa tiba-tiba hatinya tersentuh,bila mengingati  mimpi dua malam yang lepas.Dalam mimpinya didatangi dengan seorang yang dia benar-benar kenali dan sememangnya orang itu sangat berpengaruh bukan sahaja di Negara tapi di seluruh dunia,pengikutnya cukup setia dan terkenal dengan ketaksubannya.

Petanda apakah ini?.Persoalan ini bermain-main di fikirannya.”Bersabar lah dengan ujian ini,Allah Maha Pengampun..MIntalah padanya jangan putus asa.Taubat sungguh-sungguh.,apa yang kita miliki hanya Allah Yang Maha Baik.Ingat..Negara ini akan berubah menjadi indah dan aman,Islam akan  hebat di sini...”Tiba-tiba terus hilang...lembaga manusia itu,Dia terkejut,lalu bangun..mulutnya menyebut-nyebut nama Allah.Mimpi itulah yang mendatangi tidurnya dua hari lepas.

Semenjak mimpi itu,dia cuba bernekad,bermohon dan bermunajat pada Allah agar di ampuni dosa dan kesilapanya yang lalu.Biar pun dia kini sekarang sebatang kara,tiada siapa-siapa lagi.biarpun dia kini tinggal di pondok yang sangat usang jauh dari hiruk pikuk dunia yang lalu.Ramai yang menyangka dia sudah mati dalam kemalangan jalan raya beberapa bulan yang lalu,sehingga menyebabkan kereta yang di pandu oleh pemandunya terbabas dan masuk ke gaung.

Berita kematiannya menjadi bualan ramai dan misteri kehilangan bangkai kereta yang meletup tidak dapat di kesan sehingga hari ini.Pemandunya mati.dia terselamat,malah ada satu keanehan yang menimpa dirinya.Sesuatu yang menakjubkan dan mungkin suatu pertolongan yang Maha Kuasa yang tidak mampu di ceritakan melalui lisannya.

Dia reda dengan apa yang berlaku,malah nikmat yang di lalui sekarang lebih indah dari yang dulu...biarpun dia kini hidup di selubungi misteri.


Sekian.

Comments

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Pantun Perpaduan

Sajak: Perpaduan Sejati Bukan Mimpi