Posts

Showing posts with the label Kisah Penulisanku

Menulis Untuk Karnival 10 Tahun Surau Darul Aman

Image
Sampai bila mahu menulis, selagi hayat masih ada, InsyaAllah kerja-kerja penulisan yang berterusan, mana mungkin penulisan kisah perjalanan penulis kecil ini bisa ditukangi. Perjalanannya masih panjang, berliku-liku di hadapannya, aku harus dan mesti lalui perjalanan yang tidak semestinya lurus, ia pasti dan pasti akan aku lalui. Itulah mehna pada setiap yang bernama perjuangan dalam hidup. Kisah perjalanan penulisanku aku teruskan dengan penglibatan aku dalam satu program yang dianjurkan oleh surau darul aman, surau tempat kelahiranku. Ia melibatkan penulisan juga. Di mana aku telah dilantik sebagai Ahlijawatankuasa kecil sementara bahagian dokumentasi dan pameran untuk Karnival 10 Tahun Surau Darul Aman.  Tugas aku mencari data-data dan maklumat-maklumat dari sumber terdahulu, maknanya aku kena cari orang-orang lama berkaitan dengan sejarah tertubuhnya surau darul aman ini. Tugas ini memerlukan aku, memewancara, bertemu bual dengan orang-orang lama. Aku dan Fari...

Menulis Di Muka Buku

Image
Satu medium yang cukup digemari oleh seluruh masyarakat dunia sekarang, bukan sahaja di tanah air ini. Ia cukup menguasai dan mempengaruhi kehidupan kita sekarang, di mana-mana negara mana pun ia tetap popular, ia menjadi medium mendapatkan sumber berita, apa sahaja yang berlaku di persekitaran kita, ia cepat, tangkas dapat dibaca dan diketahui orang ramai. Namun begitu, ia perlu dihalusi tentang kesahiahan berita-berita dari medium ini. Dari perkara umum hinggalah perkara pribadi penggunanya, boleh kita saksikan melaluinya, itulah penangan facebook@muka buku. Hebat bukan?. Begitulah aku juga turut terjebak kekancah dunia muka buku, bukan akau sahaja, bahkan dari kalangan cerdik pandai, ilmuan, para ustaz ustazah, Pak Menteri, YB, Tok Bomoh, dan segenap lapisan masyarakat hari ini turut mempunyai laman sosial muka buku ini. Malah, jika ada kalangan yang tidak mempunyai muka buku ini, akan dianggap ketinggalan. Muka buku, ada baik dan ada buruknya. Aku bukan mahu tu...

Berkarya Di Portal eSastera.com

Image
Pengembaraan penulisan tentang perjalanan penulisanku, aku teruskan lagi, agar nanti, catatan penulisan ini dapat dibaca oleh anak-anakku, mana tahu tulisan ini boleh dibukukan pada saat dan ketikannya. Ini jugalah harapanku, mudah-mudahan ianya termakbul, Amin Ya Rabb...!. Kursus penulisan blog dan twiter, telah mengenalkan aku tentang Portal eSastera.com. Portal eSastera.com, yang didirikan oleh Dr.Irwan Abu Bakar ini, membuka peluang seluas-luasnya kepada seluruh rakyat Malaysia yang berminat dalam bidang penulisan. Pelbagai seksyen dibuka, untuk sesiapa sahaja berminat untuk menulis di Portal ini, sama ada dalam penulisan keratif atau penulisan bukan keratif. Mereka yang berminat dalam genre sastera, seksyen itu dibuka seluas-luasnya untuk mereka menulis apa sahaja penulisan keratif dalam cerpen, novel, puisi tradisional, sajak, pantun, dan pelbagai lagi. Untuk penulisan bukan keratif juga disediakan seksyen, macam-macam boleh tulis di situ, travelog, panduan hidup, su...

Kenangan Lalu Dan Terus Menulis

Image
Gambar: Google Image Bila aku imbau kembali dulu-dulu, aku memang suka mencoretkan apa-apa sahaja tulisan di mana-mana kertas kosong dan buku nota, apa-apa sahaja, adakalanya luahan hati berbentuk puisi tapi tidak puitis pun. Ia sekadar luahan hati ketika itu. Sesekali cuba menulis cerpen tetapi masa itu tidak terfikir pun untuk cuba menulis dengan serius, aku masih simpan lagi tulisan tersebut, aku tulis waktu itu di dalam kertas lukisan, bila aku cuba baca kembali waktu ini, terasa ruginyalah,mengapalah aku tidak punyai kesedaran tentang aktiviti penulisan. Biarkanlah yang berlalu...kini biar sudah berusia empat puluh tahun, baharu terasa ingin untuk menulis apa-apa sahaja terbuku di hati, kenangan-kenanagn lalu, aku ingin coretkan kembali, selagi ada daya dan kudrat ini. Impian dan cita-cita untuk menulis memoir pribadi hingga kini masih belum dapat dilunaskan, masih banyak lagi perlu diteruskan penulisannya. Insyallah, aku akan cuba sambung penulisannya nanti, asyik-...

Menulis Di Blog Masjid

Image
Blog Masjid At-Taqwa Bukit Kapar Sekitar tahun 2009, aku banyak mengikuti aktiviti di Masjid At-Taqwa Kampung Bukit Kapar , apa sahaja program dijalankan aku akan hadir untuk mengambil manfaat dari program tersebut. Adakalanya aku akan mengambil gambar setiap program yang dijalankan untuk koleksi sendiri, sesekali aku akan terbitkan di dalam blog Nur Dania Balqis sebagai dairi aktiviti harian ku. Mungkin dari keaktifanku itu, ada mata-mata memandang tentang diriku ini. Satu masa Ustaz Khalid sebagai timbalan setiausaha masjid telah cuba meminta pandanganku, bagaimana kalau dia mahu melantik aku menjadi sebahagian ajk masjid. Aku tidak setuju, aku mahu bebas dari sebarang jawatan, lagi pun taraf ilmuku tidak tinggi mana untuk dilantik sebagai ajk masjid, maklum sahaja, ajk masjid, masjid tu..., aku berpendapat tentang masjid biarlah orang-orang agama yang memegang jawatan ajk, mereka lebih layak dan lebih ilmunya. Namun kuasa Allah SWT, tidak siapa yang mampu melawannya...

Menulis Di Blog Buku Nota Juga Penting

Image
Perjalanan penulisanku masih panjang, selagi ada lagi hayat di kandung badan, usia masih dipunyai, Insyallah liku-liku perjalanan ini akan ku lalui dengan tabah dan sabar. Setiap onak dan duri pasti aku akan lalui, aku hanya penulis kecil yang hanya mahu menulis, menulis dan menulis. Semenjak mengenali dunia blog 2009, minat untuk menulis mulai menjalar keseluruh tubuh ini. Ingin memiliki blog sendiri waktu itu sangat membuak-buak, ketika itu tidak pandai untuk membina blog, melalui blogspot apatah lagi wordpress. Aku mula melayari beberapa blog-blog panduan untuk membina blog, cuba memahami bagaimana blog dibina. Membaca entri-entri yang berkaitan pembinaan blog, adakalanya aku copy paste entri yang berkaitan untuk panduan aku membina sebuah blog pribadi. Untuk lebih puas hati, aku mencari buku-buku yang berkaitan dengan pembinaah sebuah blog. Aku membeli sebuah buku hasil tulisan Ani Nadila, penulis di Majalah PC, terbitan Karangkraf. Buku tersebut khusus untuk kaum ...

Menulis Di Blog Bisnis

Image
Begitulah dunia penulisan di blog, macam-macam boleh dikongsi untuk tatapan sahabat blogger lain. Bagi yang berminat muzik, mereka boleh bina blog untuk hiburan, mereka yang suka berjalan atau melancung boleh bina blog jurnal atau travelog, bagi yang berminat sastera juga boleh bina blog berkaitan dunia sastera mereka, bahkan apa sahaja perkara yang kita lakukan boleh sahaja menjadi bahan penulisan untuk diterbitkan di dalam blog yang dibina. Bahkan para guru, ustaz, ustazah, tokoh-tokoh politik, para ilmuan dan sebagainya turut mempunyai blog mereka sendiri. Blog boleh juga digunakan untuk mempromosi bisnis yang kita ceburi. Melihat para blogger yang mewujudkan blog bisnis aku merasa teruja tentangnya. Untuk itu aku juga bina sebuah blog untuk bisnis aku dan isteriku. Waktu itu isteriku telah membuka kelas mengaji, iaitu ‘Pusat Pengajian Al-Quran Teknik Al-Baghdadi’ di Pekan Kapar, kami menyewa rumah kedai untuk dijadikan kelas mengaji tersebut. Alhamdulillah, ketika itu sa...

Hanya Penulis Kecil Di Blog

Image
Aku masih mahu berkisah tentang rentetan perjalanan penulisanku, penulis kecil yang tiada nama, namun ia bukanlah alasan untuk aku tidak menulis, ada nama atau tidak itu bukan persoalan dan juga bukan niat asal ku untuk mahu menulis, aku percaya setiap penulis sama ada penulis kecil atau besar tentu punyai prinsip dalam diri, biasa kita dengar, ‘aku menulis bukan kerna nama’, yang merupakan bait-bait lagu ramli sarip dengan sohaimi. Tentunya niat tulus murni menulis semata-mata menuntut keredhaan Allah SWT. Apa-apa sahaja yang kita tulis, sudah pastinya kita niatkan untuk menyampaikan seruan-seruan yang baik kepada khalayak, sama ada penulis blog atau penulis buku, yang sudah ada nama atau belum ada nama, niat murni tersemat di hati masing-masing. Begitulah aku, niat itu jugalah yang aku sematkan ke dalam sanubari ini. Mudah-mudahan apa yang dinukilkan dan diterbitkan di dalam blog akan dibaca oleh khalayak dan ada manfaat untuk mereka. Seperti pernah...

Berpolitik Dalam Blog Ketiga

Image
Blog Muhammad Anas Tulisan-tulisan pandangan politik Syukur alhamdulillah, niat nekadku untuk menulis telah aku realisasikan, aku paksakan diriku untuk menulis sekurang-kurangnya dua muka surat atau tiga muka surat setakat ini telah berjaya aku lakukan, aku harap dan berjanji pada diriku agar aku terus istiqamah untuk melakukanya. Harap-harap begitulah, bukan hanya angan-angan sahaja. Aku benar-benar terkesan dengan kata-kata yang aku baca dalam muka buku sahabat fb; “Kerja penulis adalah menulis, bukan angan-angan mahu menulis.” Begitulah bunyinya kata-kata motivasi tersebut, jika asyik berangan-angan mahu menulis tapi tidak mula-mula juga, mana mahu dapat hasilnya. Apa yang aku harapkan nanti biarlah, apa yang aku lakukan ini ada hasilnya. Semuanya itu memerlukan semangat dan kekuatan dalam diri. Nekad dan ada kemahuan yang tinggi itu perlu ada dalam diri sendiri. Beberapa hari lalu, aku berkisah tentang blog kedua aku. Blog yang bercerita tentang buku, per...

Blog Kedua Merangsang Untuk Membaca Dan Terus Menulis

Image
Tulisan-tulisan dalam blog JPMA Blog Jaringan Perkongsian Minda Anda Bila aku bercerita tentang menulis di blog, ini bermakna ia permulaan kisah perjalananku dalam dunia penulisan, bukan kisah seorang penulis hebat tetapi hanya penulis yang biasa-biasa sahaja, itulah yang aku ungkapakan bila orang kata, wah!, sudah jadi penulis ya?. Penulis kecil-kecilan, penulis nyamuk sahaja, bukan hebat mana pun. Teringat aku semasa makan di sebuah warung di tempat tinggalku, waktu itu aku, isteri, dan anak kecilku Nur Dania Balqis, nama yang aku abadikan dalam blog yang aku bina. Kawan lama, kawan sekolah dulu-dulu, dia datang juga bersama isterinya, dia juga perasan aku, aku pandang dia, dia juga pandang aku, masa itu, dia baharu sampai dengan isteri juga dengan seorang anaknya menaiki motor, dia mendekati aku, kami bersalaman, maklum jarang, bukan sahaja jarang memang lama pun tidak berjumpa. Kami masing-masing bertanya khabar, tiba-tiba dia kata, wah sudah jadi penulis...aku...