Menulis Untuk Karnival 10 Tahun Surau Darul Aman



Sampai bila mahu menulis, selagi hayat masih ada, InsyaAllah kerja-kerja penulisan yang berterusan, mana mungkin penulisan kisah perjalanan penulis kecil ini bisa ditukangi. Perjalanannya masih panjang, berliku-liku di hadapannya, aku harus dan mesti lalui perjalanan yang tidak semestinya lurus, ia pasti dan pasti akan aku lalui. Itulah mehna pada setiap yang bernama perjuangan dalam hidup.

Kisah perjalanan penulisanku aku teruskan dengan penglibatan aku dalam satu program yang dianjurkan oleh surau darul aman, surau tempat kelahiranku. Ia melibatkan penulisan juga. Di mana aku telah dilantik sebagai Ahlijawatankuasa kecil sementara bahagian dokumentasi dan pameran untuk Karnival 10 Tahun Surau Darul Aman. 

Tugas aku mencari data-data dan maklumat-maklumat dari sumber terdahulu, maknanya aku kena cari orang-orang lama berkaitan dengan sejarah tertubuhnya surau darul aman ini. Tugas ini memerlukan aku, memewancara, bertemu bual dengan orang-orang lama.

Aku dan Farid Azizi, kawan yang juga Ahlijawatankuasa surau, selama sekitar tiga minggu cuba mencari, mengali apa sahaja yang berkaitan dengan surau darul aman, bertemu orang-orang lama sekitar kariah surau darul aman. 

Aku mencatat segala apa  sahaja maklumat ( macam wartawan pula ), farid azizi bertindak menembual mereka yang tahu tentang sejarah penubuhan surau tersebut.  Bermula sejarah penubuhan surau, maklumat imam, maklumat pengerusi surau, aktiviti surau, gambar-gambar surau lama, dan yang berkaitan dengannya.

Tugas aku seterusnya, menulis semula maklumat yang didapati dalam bentuk ayat yang lengkap. Aku bentukkan segala maklumat sebagai sebuah buku dokumentasi sebelum dipamerkan isikandungannya kepada  para pelawat khususnya penduduk kariah surau darul aman. 

Mesyuarat terakhir telah memastikan segala persiapan karnival sudah diselesaikan, terutamanya bahagian dokumentasi dan pameran. Tuan pengerusi Tuan Haji Sulaiman telah meneliti dokumentasi yang aku sediakan dalam mesyuarat terakhir itu.

Tiada komen apa-apa darinya, aku merasakan tugas itu selesailah bila tiada komen apa-apa dari Tuan Pengerusi surau. Tinggal tunggu sahaja hari untuk mempamerkan hasil kerja-kerja dokumentasi itu pada hari karnival nanti. 

Aku mengharapkan usaha dokumentasi ini, akan dapat membuka minda generasi baharu di Kariah Surau Darul Aman, betapa generasi sebelum mereka telah bersusah payah berusaha membina surau tersebut bagi kemudahan generasi masa hadapan, seterusnya mengimarahkan setiap apa sahaja aktiviti atau program yang dijalankan di surau tersebut.

Akhirnya pada tanggal 25 Disember  2010, Program Karnival 10 Tahun Surau Darul Aman telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya, aku puas hati kerana ramai yang berkunjung di bahagian pameran, mereka menunjukkan rasa teruja melihat dan membaca sejarah surau darul aman, juga gambar-gambar surau lama melalui grafik 3D yang diusahakan oleh anak jati Kariah Darul Aman, iaitu Encik Othman dan Mohd Zaid Bin Othman (anak beliau).

Malah generasi baharu turut ramai yang menyaksiakn pameran tersebut, mereka teruja melihat gambar-gambar aktiviti lama. Aku yakin waktu itu mereka masih ada yang belum lahir. Selain dokumentasi dan pameran sejarah, terdapat juga alat perkakasan lama dipamerkan seperti beduk, kentong, pinggan mangkuk, dan lain-lain. Ini bagi memberi maklumat tambahan tentang sejarah surau tersebut kepada para pelawat.

Ya, begitulah rentetan dan kisah perjalanan penulis kecil seperti aku, diberi kepercayaan untuk menulis kembali sejarah surau yang berpuluh tahun lalu, untuk aku dokumentasikan untuk tatapan generasi akan datang. Semoga penulisanku itu diganjari oleh Allah SWT sebagai amal soleh akhirnya nanti.


Amin Ya Rabb...!


bersambung...

Comments

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Pantun Perpaduan

Sajak: Perpaduan Sejati Bukan Mimpi