Nota Ramadan: Ramadan Bulan Pengampunan

Google Image


Syukur tidak terhingga dipanjatkan kehadrat Allah S.W.T dengan limpah kurnia-Nya dan kasih sayang serta nikmat melimpah ruah yang tidak terhitung. Ramdan masih di awal, baharu masuk tiga hari kita berpuasa di dalam Ramadan yang agung.

Bulan yang di dalamnya penuh dengan keampunan Allah S.W.T. Umat Islam amat digalakkan sekali  untuk memohon keampunan sebanyak-banyaknya  kepada Allah S.W.T, Yang Maha Luas Pengampunannya.

Kita sebagai hamba yang lemah, sering kali membuat salah, dosa sengaja mahu pun tidak sengaja, sudah sewajarnya berasa malu kepada yang menciptakan kita. Kita sering derhaka, lalai, leka dan tanpa disedari, telah banyak melanggar perintah-perintahnya, lalu apakah kita tidak merasa apa-apa, tidak merasa salah.

Dosa kecil atau pun dosa besar yang kita lakukan tanpa disedari mahu pun kita sedari, apakah kita mahu membiarkannya sahaja sehingga menggunung tinggi, tanpa mahu meminta dan memohon keampunan kepada-Nya?. Alangkah sombongnya kita, tak malukah kita?.

Ramadan yang dianugerahkan kepada kita memberikan peluang seluas-luasnya untuk kita meminta dan memohon keampunan kepada Allah S.W.T. Bukankah Nabi saw pernah bersabda;

“Dialah bulan yang permulaannya, rahmat, pertengahannya pengampunannya, dan akhirnya bebasa dari api neraka.”-(Hadis Riwayat Ibnu Huzaimah daripada Salman Al-Farisi)

Duhai diri, muhasabahlah, dosa mu amat banyak sekali pada yang mencipta mu, mohonlah ampunan pada-Nya, Dia Maha Baik, Maha Pengampun, usahlah kau bertangguh dalam taubat mu, bertaubatlah segera…usahlah kau ego pada Tuhan mu, Dia yang menciptakan mu, memberikan segala macam kesenangan di dunia ini.

Nafas mu…kaki mu…tangan mu…telinga mu…lidah mu untuk merasa...siapa yang memberkan mu itu semua jika bukan Dia Yang Maha Kaya, Maha Besar dan Maha Hebat. Usahlah kau bangga denga yang kau ada, dunia yang sementara, tidak ada apa-apa nilaian di sisi-Nya.

Bukan itu nanti yang diminta dan ditanya…BUKAN…iman dan taqwa nanti, nilaiannya di sana…duhai diri…bertaubatlah bersungguh-sungguh pada-Nya…, Rebutlah peluang Ramadan kali ini, mohonlah keampunan pada-Nya…bersegeralah duhai diri…

Renungilah maksud Firman Allah S.W.T;

Katakanlah, “Hai hamab-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri sendiri, janganlah kalian berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun Lagi Mahan Penyayang.”

(Az-Zumar:53)

Muhasabahlah duhai diri…ambil peluang Ramadan kali ini dengan bersungguh-sungguh…

Jika Nabi saw, yang maksum, tidak membuat dosa, bahkan dijamin masuk syurga pun dalam sehari tujuh puluh kali memohon ampunan pada-Nya, kita ini, yang kerdil dan daif ini, sering membuat dosa, tidakkah malu kita dengan Rasulullah saw?.

Maksud Sabda Nabi saw;

“Demi Allah, sesungguhnya aku benar-benar meminta ampunan kepada Allah dan bertaubat kepada-Nya lebih tujuh puluh kali sehari.”-Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sedikit coretan ringkas untuk muhasabah diri, juga untuk sahabat yang mahu mengambil ibrah darinya. Marilah kita bertaubat, usah bertangguh-tangguh lagi.

Ya Allah, aku mohon keampunan-Mu…

Amin Ya Rabb…!


Comments

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Pantun Perpaduan

Sajak: Perpaduan Sejati Bukan Mimpi