MENULIS SELAGI MASIH ADA HAYAT

Wednesday, June 3, 2015

Sajak: Orang Bawah Sudah Bijak



Waktu berkuasa bertakhta
diperkaya sanak saudara
teman saudagar sama rasa
demi kuasa segala lupa
inikah perjuangan atas bangsa.

Atau apakah hanya slogan omong kosong
duduk di kerusi empuk dilepas tidak
selagi nyawa dikandung badan
peduli apa itu semua
lagi mahu terus dicapai
selagi bintang di langit belum digapai
takkan terhenti segala kehendak.

Orang bawahan jadi mainan taruhan
dibela konon sewaktu mahu undi
habis selepas diperguna ditinggal jauh
inilah penguasa mungkir janji
sewaktu dimahu beria-ia
bersumpah janji, semua beres.

Penguasa jangan lagi leka lupa
orang bawah kian bijak tak terlajak
tidak bodoh walau sering diperbdoh
tak mungkir walau sering dimungkiri
tak alpa walau sering lupa
kini, awas penguasa.
orang bawah sudah bijak.

Masshah
21052015
Meru.

No comments:

Post a Comment

LGBT Hangat Di Pasaran

  Isu hangat dan panas sejak beberapa minggu ini. Mungkin ramai yang sudah lupa tentang kisah Nabi Lut...LGBT... "...per...