Monolog: Had Usia Dan Tip Penulisan




Maafkan aku, kalau kau tak suka tentang apa yang akan aku bebelkan lagi kepada diri mu. Puasa-puasa pun nak membebel, kau tentu tak suka, agaknyalah. Oh ya, sebelum itu, aku ingin mengucapkan selamat berpuasa buat kau dan kawan-kawan kau yang sering bertandang di halaman ini, halaman yang kau ciptakan untuk penulisan mu. Kau kata mahu menjadi penulis kan, moga tercipta dan tergapai apa yang kau impikan.

Aku cuma ingin memberi ingatan sahaja, kau tentu masih ingat lagi sewaktu kau mengikuti bengkel penulisan yang diajnurkan oleh IBH KHIDMAT, rasa-rasa kau ingat lagi, aku pun masih ingat lagi, tentang kau bertanyakan soalan kepada Dr.Ibrahim Ghafar, berkaitan usia bagi seseorang mahu menjadi penulis.

Kau ada tuliskan tip-tip yang diutarakan oleh Dr.Ibrahim Ghafar, ada beberapa perkara penting yang kau dapat dari butiran percakapan Dr.Ibrahim Ghafar. Untuk lebih kau ingat lagi. Biarlah aku coretkan kembali di sini, biar kau sentiasa ingat beberapa perkara tentang tip-tip penulisan yang kau dapati dari Dr.Ibrahim Ghafar. Nah, cuba kau baca lagi, apakah kau sudah amalkan tip-tip penulisan yang kau tuliskan ini;

Tip Penulisan Dari Dr.Ibrahim Ghaffar

Beberapa tip yang sempat saya catatkan semasa kursus, insyallah boleh digunakan untuk mereka yang ingin menulis. Antara yang dikongsikan oleh beliau kepada para peserta kursus;

1) Menulis dengan jujur, menurutnya ia ciri yang perlu ada pada setiap penulis. Apa yang ditulis pastikan ada fakta-fakta yang menyokong dan buaknnya main semberono.

2) Dalam mencari idea, beliau menyarankan agar wajib sehari menulis tiga muka surat (Paksakan dalam diri), apa-apa sahaja idea yang terlintas di fikiran. Jika ada perakam, maka rakam apa yang kita mahu cakapkan, Sentiasa ada buku nota dalam kocek kita. Itu yang beliau lakukan sehingga hari ini.

3) Setiap penulis, seniman atau pun penyair tidak berpihak. Itu menurutnya, tetapi terpulang kepada masing-masing, kerana setiap insan ada hak dan pendirian sendiri.

4) Jika Mahu memulakan penulisan, pastikan kenal pasti apa yang mahu ditulis. Menulis yang kita tahu dan faham sahaja.

5) Mempunyai jadual kerja, iaitu jadual kerja-kerja penulisan, agar ia tersusun dengan baik mengikut jadual yang ditetapkan. Tidak menganggu hal-hal lain.

6) Untuk penulisan buku, berbentuk pengalaman atau sejarah kehidupan (mengenai diri sendiri) boleh gunakan secara bab atau pun ikut tahun, Turutan tahun peristiwa yang berlaku.

7) Lakukan kerja-kerja penulisan dengan bersungguh-sungguh dan komitmen yang tinggi.

8) Jangan terlalu ghairah sangat atau pun dek kerana teruja sangat. Ditakuti semangat tinggal semangat sahaja. Sabar dalam menukangi kerja-kerja penulisan, sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.

Bagaimana?, apakah kau, sudah praktiskan tip-tip tersebut, mungkin ada yang kau sudah gunakan tip-tip tersebut dan ada yang belum kau praktiskan, betul tak?, hah, tu senyum-senyum tu, maknanya betullah telahan ku, ada beberapa tip yang masih kau tak cuba dalam penulisan mu itu. Apa pun, masa ada lagi untuk kau terus menulis dan gunakan tip-tip tersebut.

Oh ya, tentang soalan yang kau tanyakan pada Dr.Ibrahim Ghafar, waktu itu. Seingat aku, Dr.Ibrahim memberi jawapan yang ringkas tapi penuh makna yang mendalam. Usia semakin bertambah, kudrat mungkin akan berkurangan, biar semangat berkobar-kobar, jika kudrat kurang maka akan menganggu proses penulisan, maka katanya, mulakan dari sekarang jika betul-betul mahu merealisaikan impian menjadi penulis. Aku lihat waktu itu  bukan main, kau angguk-anggukkan kepala tanda setuju kau pada Dr.Ibrahim.

Apa pun kau perlu bersyukur kepada Allah S.W.T, kau masih bisa menghirup udara nyaman di dunia ini, kesihatan kau dengan izin Allah S.W.T masih kelihatan baik, justeru itu kau harus terus mulai dari sekarang, tulislah apa yang kau mahu tulis. Jika kau berimpian mahu terbitkan buku, maka kau boleh mulai penulisan buku mu dari sekarang.

Tentang had usia penulis usah kau risaukan, mula menulis dari umur berapa pun, Insyallah, jika kau sudah bertekad kau pasti boleh melakukannya. Lihatlah ilmuan-ilmuan Islam terdahulu seperti Imam Ghazali rhm. Dalam usia yang dewasa, beliau menulis, kitab-kitab yang berjilid-jilid, bahkan tersebar keseluruh dunia dengan dialih bahasa dengan pelbagai bahasa dunia.

Itu baru seorang ilmuan yang kau tahu, banyak lagi jika mahu ditulis di sini. Apa pun kau ambillah ibrah dari mereka. Usia bukan penghalang, ada yang dalam usia muda pun sudah bisa terbitkan buku, seperti contoh-contoh yang kau baca dalam buku tulisan Dr.Noor Hayati Yasmin Bin Nga Timin, Mudahnya Menulis Buku.

Oklah, setakat ini sahaja aku bebelkan, dengan niat agar kau terus bersemangat menulis terus, agar ia menjadi booster atau rangsangan buat diri kau. Aku akhiri dengan satu pernyataan dari penulis buku  James D.Kath, yang aku petik dari buku Mudahnya Menulis Buku;

“Apabila saya menyedari betapa saya sangat suka menulis, saya sangka sudah terlambat untuk saya bermula. Kemudian saya mempelajari bahawa Colonel Sanders hanya mula memasarkan ayam gorengnya ketika belaiu berusia 70-an. Saya menyiapkan novel saya lima bulan kemudian.”

Nah…, terus bersemangat, terus menulis…


bersambung…

Comments

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Pantun Perpaduan

Sajak: Perpaduan Sejati Bukan Mimpi