Nota Ramadan: Tak Serik-Serik





11269617_1583967931876568_758638797_n

11657483_1583967928543235_734206657_n
Gambar dari POPIYAH.COM



Belum sampai seminggu berpuasa beberapa hari lalu, seluruh tanah air dikejutkan dengan berita, seorang kanak-kanak berusia empat tahun telah kehilangan lima buah jari, iaitu hancur akibat bermain mercun. Berlaku di Tanjung Sepat, Banting, Selangor.

Saban tahun perkara ini akan menjadi berita dan menjadi topik yang tiada berkesudahan. Ramadan yang sepatutnya berlaku dengan aman damai, tenang dan harmoni, telah dicemari babak-babak tersebut. Mungkinkah selepas ini ada lagi?. Memang tak serik-serik!.

Boleh dikatakan setiap tahun ada sahaja bencana yang berlaku akibat bermain mercun. Aku sendiri pun naik meluat dan menyampah bila terjadinya perkara tersebut. Dalam tempoh sebelum kedatangan perayaan seperti bulan Ramadan ini, tidak adakah kaji selidik dari pihak berwajib tentang bahayanya bermain mercun?.

Setiap kali Ramadan tiba, sudah pun tiba, ada sahaja insiden patah tangan, hancur tangan dan lain-lain. Sebenarnya, bagiamanakah penguatkuasaan terhadap bahan-bahan letupan seperti mercun ini.?

Aku melihat di kaca TV dalam segmen berita, melihat berita tentang rampasan demi rampasan terhadap mereka yang cuba membawa mercun ke dalam Negara kita,soalnya. Bagaimana begitu mudah mereka mahu menyeludup mercun ke Negara kita?. Isu ini berlaku tiap-tiap tahun, apakah terlalu lemah pintu masuk sempadan Negara kita?.Atau penguatkuasaan yang sangat lemah?.

Bukankah kita sudah ada undang-undang dan hukuman untuk mencegah orang mengedar, menjual dan bermain mercun(Seksyen 4(2) Akta Bahan Letupan 1957)?. Mengapa seolah-olah, undang-undang tersebut tidak dikuatkuasakan dengan sepatutnya?.

Bahkan menurut menteri, seperti dalam tulisan dalam kolum ‘Kopi Pahit Hujung Minggu’ Tok Perak, Sinar Harian, menteri menyatakan “tindakan ibu bapa atau penjaga kanak-kanak yang dianiaya, diabaikan hingga boleh mendapat kecederaan fizikal atau emosi boleh dikenakan tindakan di bawak seksyen 31(1)(a) Akta 611 yang sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi rm20,000 atau dipenjarakan selamap tempoh tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya.”

Nah, sahabat semua, fikir-fikirkanlah sendiri, setiap tahun aku akan menulis perihal ini, bila berlakunya musibah seperti yang tertulis pada awal penulisan ini. Mungkin ini tulisan terakhir tentang menyentuh isu mercun yang tiada kesudahannya.

Harapanku agar, semua pihak bertanggungjawab tentang amanah yang dipikul di pundak masing-masing. Kita tidak mahu, segala yang berlaku nanti akan menjerumuskan kita ke api Neraka yang panasnya tak terkira.


Semoga amal ibadah, disepanjang Ramadan diterima oleh Allah S.W.T.

Comments

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Pantun Perpaduan

Sajak: Perpaduan Sejati Bukan Mimpi