Nota Ramadan: Jom Ulangkaji

Google Image


Sudah masuk hari ke lapan kita berpuasa pada hari ini. Diam tak diam fasa pertama bulan Ramadan akan meninggalkan kita, fasa kerahmatan, seperti yang nabi saw sabdakan;

“Dialah bulan yang permulaannya, rahmat, pertengahannya pengampunannya, dan akhirnya bebasa dari api neraka.”

(Hadis Riwayat Ibnu Huzaimah daripada Salman Al-Farisi)

Terus bersemangat untuk berbuat amal ibadah sepanjang Ramadan, untuk diriku dan teman-teman, agar terus merai dan imarahkan Ramadan. Fasa yang pertama, moga-moga Allah S.W.T, menurunkan kerahmatan untuk kita semua.

Dalama pertemuan hari ini, aku mahu kongsikan atau ulangkaji semula,untuk ingatan bersama tentang perkara-perkara yang membatalkan puasa dan perkara makruh ketika puasa. Walaupun ibadah puasa sudah berlalu beberapa hari, namun tidak salah rasanya untuk saling ingat mengingati sebagai panduan bersama.

Perkara-Perkara Yang Membatalkan Puasa

1.Memasukkan sesuatu kedalam rongga dengan sengaja

2.Memasukkan sesuatu ke dalam dubur atau qubur

3.Muntah dengan sengaja.

4.Bersetubuh dengan sengaja, sekalipun tidak keluar mani.

5.Mengeluarkan mani dengan sengaja.

6.Datang Haid

7.Gila.

8.Mabuk atau pengsan sepanjang hari dari terbit fajar hingga terbenam matahari.

9.Bersalin.

10.Murtad

Perkara Makruh Ketika Berpuasa


1.Menggosok gigi selepas tergelincir matahari.

2.Merasa Makanan.

3.Mencium atau mengucup isteri.

4.Banyak berkumur-kumur.

5.Mengeluarkan darah seperti berbekam.

Perkongsian ringkas ini, mudah-mudahan ada manfaatnya. Agar kita dapat bersama-sama memastikan beberapa perkara yang tertulis di atas bisa kita hindari, dengan harapan agar Allah S.W.T, akan menerima ibadah puasa kita.


Amin Ya Rabb…!


*Bahan rujukkan: Buku bertajuk 'Ramadan Kedatanganmu dinanti Pemergianmu ditangisi', terbitan Jabatan Mufti  Negeri Selangor.

Comments

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Pantun Perpaduan

Sajak: Perpaduan Sejati Bukan Mimpi