Nota Ramadan: Sedikit Tak Mengapa

Meriah dan Imarah


Alhamdulillah, kerana dengan kasih sayang-Nya, aku masih diizinkan untuk bertemu bulan yang agung penuh dengan keberkahan dan kemuliaan. Aku mengharapkan agar aku tergolong dikalangan orang-orang yang memuliakan Ramadan kali ini.

Juga Ramadan kali, agar menjadi Ramadan yang paling baik dari Ramadan sebelum ini. Aku yakin, semua orang berimpian demikian. Ingin membuat terbaik dengan tetamu yang hadir ini. Tetamu yang sangat istimewa, RAMADAN.

Hari ini sudah masuk dua hari, namun catatan ini, merupakan catatan hari pertama. Setiap tahun memang aku sering menulis tentang kedatangan Ramadan, sebuah catatan harian, sejak tahun 2012, aku sudah mula mencatat, apa sahaja perkara yang berlaku pada diriku pada bulan yang mulia ini. Tahun ini, aku juga mahu merakamkan, detik-detik Ramadan yang aku lalui.

Kali ini, Ramadan disambut, sewaktu aku kerja sif petang, seperti juga tahun lepas. Apa pun, itu tidak menjadi halangan untuk aku meneruskan ibadah puasa yang dijalankan. Sudah suratannya begitu, aku terima sahaja. Apa yang penting, puasa tetap puasa, kerana ia kewajipan yang mesti ditunaikan.

Seperti biasa, malam pertama Ramadan, orang ramai berpusu-pusu ke masjid atau surau, untuk menunaikan solat Isya dan seterusnya menunaikan solat terawih. Seronoklah mereka yang dapat meluangkan diri ke masjid dan surau. Aku yang kerja sif petang ini, terpaksa menunaikan solat terawih hanya di surau kilang.

Walau apa pun syukur, masih boleh untuk menunaikannya tanpa halangan, aku mengambil kesempatan waktu rehat yang ada untuk melaksanakan solat terawih, biar pun keseorangan. Ambil sahaja yang ringan, lapan rakaat, itu yang termampu dan memandangkan aku dalam waktu kerja.

Bagi aku, yang penting buat, lapan atau 20 rakaat bukan perkara yang sepatutnya perlu dipersoalkan. Biar pun persoalan rakaat ini, akan menjadi polemic setiap tahun bila kedatangan bulan Ramadan. Terserah kepada individu mahu berapa pun ingin melaksanakannya.

Usah pening-pening dan membuang masa, berpolimek yang tiada kesudahannya. Aku ikut kemampuanku dan ikut masa kerjaku, kerana waktu kerja ku sudah begitu. Apa yang penting dan perlu dipersolakan adalah mereka yang punya tenaga, masa yang selesa itulah sepatutnya yang menjadi polimek, mengapa mereka tidak menunaikan solat terawih, dari persoalkan lapan atau dua puluh yang tiada kesudahannya. Betul tak?.

Syabas dan tahniah kepada mereka melaksanakan solat terawih, sama ada lapan atau dua puluh rakaat. Agar terus istiqamah sehingga penghujung Ramadan. Melihat gambar kemeriahan malam pertama sangat mengujakan begitulah semanagat ingin menyemarakan dan mengimarahkan Ramadan. Di mana-mana pun, di seluruh dunia, begitulah suasananya Ramadan, sangat diraikan dan diimarahkan.


Cukuplah sekadar perkongsian ringkas, semoga diriku dan sahabat-sahabat sekelian terus istiqamah membuat amal ibadah dibulan yang mulia ini. Usah biarkan Ramadan pergi nanti dengan sia-sia, tanpa kita melakukan apa-apa yang terbaik untuk diri kita. Semoga puasa dan amal ibadah kita diterima Allah SWT.

Amin Ya Rabb…!.

Comments

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Pantun Perpaduan

Sajak: Perpaduan Sejati Bukan Mimpi