Monolog: Keselesaan Berkarya


Beberapa hari yang lalu aku bebelkan tentang had umu dan tip penulisan, tentu kau setuju dengan ingatan aku itu. Harap-harap kau tidak jemu mendengar dan membaca bebelanku ini.

Kalau aku lapang da nada masa, baru aku menulis kalau tidak, tunggu lama sedikit kau mahu membaca bebelanku ini. Maaf, puasa-puasa pun mahu membebel. Aku tak kesah kau mahu baca atau tidak tulisanku ini, tapi aku yakin kau mesti baca tulisanku ini.

Kau kan’ mahu menjadi seorang penulis, seorang penulis mesti kuat membaca, membaca dan membaca. Ingat lagi kan pesanan A.Samad Said itu. Tak perlulah aku ulang lagi di sini, aku yakin kau sudah hafal dan cuba kau praktiskan tip itu.

Kau juga sudah baca buku tulisan A. Ubaidullah Alias dalam bukunya yang bertajuk Ingin Menjadi Penulis?, dalam bab Kamar dan Komputer. Dua perkara asas ini perlu untuk seseorang penulis, nampaknya kau cuba praktiskan. Baguslah!.

Sebuah Meja Tulis

Aku lihat di rumah kau, kau sedikan sebuah bilik untuk kau berkarya, baguslah begitu, aku lihat kau betul-betul praktiskan tip yang kau baca. Aku lihat kau lebih selesa menulis di meja tulis yang kau sediakan di bili tersebut.

Walaupun kelihatannya semak kanan kiri meja kau dengan buku-buku yang mejadi bacaan dan rujukkan kau. Wah, aku sungguh bahagia melihat kau, sungguh!, bukan main-main. Cara orang berlainan, setiap penulis punyai cara tersendiri dalam menulis karya yang mahu ditulis dan disiapkan.

Ada yang suka tempat sunyi, aman, damai untuk menyiapkan satu-satu karya. Ada yang terpaksa duduk di hotel untuk menyiapkan satu-satu buku. Ada yang menulis di khalayak, malah ada yang boleh menulis dalam keadaan suasana bising.

Ya, itu bergantung kepada diri seorang penulis. Kau, aku lihat, suka dimeja tulis dan dalam keadaan ada bunyi-bunyian, kau masih boleh menulis, baguslah. Apa pun gayanya, itu terserah kepada individu seorang penulis itu. Teruskan menulis walau apa pun terjadi.

Sebuah Komputer Riba

Aku masih ingat lagi, sewaktu komputer riba kau rosak, kau bersusah payah menulis menggunakan komputer pribadi yang agak lama, namun aku lihat, kau tetap bersemangat menulis, semata-mata mahu berkongsi sesuatu di laman blog yang kau bina itu. Kau terpaksa meminjam komputer riba isteri kau. Kau masih bertuah, kerana kau masih bisa menggunakan computer pribadi isteri mu.

Sebuah komputer riba yang terkini sudah pun kau miliki, pengajaran buat kau, hasil-hasil tulisan kau, kau perlu simpan salinannya, nanti bila kejadian kerosakan komputer riba seperti sebelum ini, kau takkan menyesal lagi, jadikan pengjaran lalu sebagai iktibar.

Ingat jangan lalai dan bertangguh, setelah siap semua hasil tulisan itu, terus buat salinan di pendrive atau hardisk yang kau sudah miliki itu. Kau tentu ingat, sewaktu kau menulis memori, kisah-kisah lama kau, komputer riba yang dulu telah rosak dan kau pula lupa mahu membuat salinan, tulisan itu akhirnya hilang begitu sahaja.
Jangan ulangi saat menangis tak berlagu itu lagi. Ingat itu!

Manfaatkan sebaik-baiknya komputer riba yang kau miliki itu, tulislah yang baik-baik, agar ia memberi kebaikan pada diri kau satu masa nanti. Kau latihlah menulis dengan pantas melaluinya, biasakan, nanti akan memudahkan kau,maklum sahaja usia semakin dewasa, tenaga atau kudrat semakin berkurangan. Tulislah selalu, makin lama makin mahir dan laju kau mengetuk papan kekunci di komputer riba itu.

Baguslah kau, betul-betul amalkan apa yang dinyatakan oleh penulis A. Ubaidullah Alias dalam bukunya:

“…kedua-dua perkara ini iaitu kamar dan computer perlulah disediakan terlebih dahulu sebelum kita memulakan langkah sebagai penulis. Tanpa dua kemudahan tadi, proses menjadi penulis amatlah sukar.”

Oh ya, satu perkara tentang computer riba ini ialah ia mudah dibawa ke mana-mana, setakat yang aku lihat, kau belum lagi membawa komputer riba kau ke mana-mana untuk kau capai untuk kau menulis apa-apa sahaja. Mungkin kesesuaian tempat dan waktunya mungkin kau tidak bawa komputer tersebut.

Mungkin dari segi keselamatan kena fikirkan. Apa pun, sudah memadai untuk kau catatakan apa sahaja idea baru kau dalam buku catatan atau pun simpan idea itu dalam telefon bimbit kau. Itu lagi mudah. Apa yang penting kau terus menulis.
Sampai ketemu lagi, semoga Ramadan yang sedang kau hadapi ini, bukan menjadi alasan untuk kau tidak menulis. Menulis terus sampai berjaya. Itu impian kau, juga impian aku juga. 

Berdoalah banyak-banyak di Ramadan yang barokah dan agung ini.


Amin Ya Rabb…!

Comments

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Pantun Perpaduan

Sajak: Perpaduan Sejati Bukan Mimpi