MENULIS SELAGI MASIH ADA HAYAT

Monday, November 13, 2017

Ole-Ole Dari Karnival Gudang Akhir Tahun 2017 Karangkraf

Beberapa buah buku  untuk koleksi bacaanku dan bilik buku. Hari kelima, hari terakhir Karnival.



Buku-buku untuk cenderahati Hari Keluarga nanti, RM1.00 sahaja.

Buku pilihan anak-anakku

Jualan Gudang Akhir Tahun Karangkraf 2017

Pada tanggal 5hb 11 2017, Ahad. Aku bersama tiga orang anakku pergi ke Jualan Gudang Akhir Tahun Karangkraf 2017, di seksyen 15 Shah Alam. Hari terakhir Karnival, memang ramai orang.Sudah pastinya mereka mencari buku-buku pilihan hati mereka.

Aku macam biasalah, cari buku murah-murah untuk koleksi bilik buku dan bacaan. Harga semurah RM1, RM2,RM3 dan RM5. Anak-anak pun turut memilih buku pilihan mereka.

Kali ini jualan tidak lagi di khemah tetapi di dalam bangunan Karangkraf, memang selesa, Satu perubahan yang sangat dipuji. Memang seronok!



Sebelum sampai berswafoto dulu...



 Bangunan Media Karangkraf tersergam indah


Adik Huzaifah pun dah pandai pilih buku tu...


Pilih jangan tak pilih

 Duduk santai-santai dulu sebelum masuk sekali lagi, Dania tak sabar nak belek buku pilihannya.


"Adik laparl lah Abi", Segarlah tu dapat minum dan makan adik Huzaifah





Aksi foto sebelum balik..masing-masing sudah dapat habuan.


Monday, November 6, 2017

Ulangtahun Muhammad Anas


Selamat hari lahir Muhammad Anas
Semoga jadi anak yang Soleh...cemerlang dunia akhirat
In Sha Allah.

Aamiin Ya Rabb!!!

Doa Abi dan Umi selalau untuk Muhammad Anas.








Bajet Aksi Kleptokrasi

Image result for gambar kleptokrasi bentang bajet 2018


Bajet Aksi Kleptokrasi

Sungguh mengoda  bicara  pembentangnya
Segak berbusana Melayu bergaya lagaknya
Dengar dulu apa dikata bajet dibentangnya
Selesai bentang fikir baik tidak hentamnya.

Biar bebas bercakap usah disekat
Biarkan dibentang bajet konon untuk rakyat
Seluruh dapat  konon nikmat berkat bajet
Rakyat terangguk konon semua dapat

Bajet dibentang tetap ada menentang
Bertungkus lumus pagi malam petang
Marhean apa kesah bajet dibentang
Hidupnya begitu tidak lebih tidak kurang.

Bajet rakyat mahukan harga barang turun
Bajet dibentang bukan macam harta karun
Banyak tabur-tabur gembar gembur itu pun
Usah heran memang begitu acara akhir tahun.

Ada yang berkata itu gula-gula untuk kita
Sikit masa nanti sudah sampi pilihanraya
Dibujuki hati yang lara agar nanti percaya
Ada tak sedar diri  masih ditipu buta-buta.

Cukuplah sudah usah terpedaya hati-hati
Banyak sudah ruang untuk transformasi
Banyak gagal masanya untuk aksi reformasi
Selagi diizin perteguh demokrasi nyah kleptokrasi.

Masshah
28102017
Meru.

Sunday, November 5, 2017

Sajak: Kau Akan Mati

Image may contain: one or more people, people standing and sky



Kau Akan Mati

Kau sihat
Kau sakit
Kau sado
Kau gagah
Kau kacak
kau menawan
Kau cantik
kau jelita
Kau mewah
Kau kaya
Kau jutawan
Kau hartawan
Kau dermawan
Kau miskin
Kau susah
Kau merana
Kau sengsara
Kau merempat
Kau di mana-mana pun
akhirnya kau akan mati
begitu juga aku.

Masshah 2017
Meru.

Thursday, October 26, 2017

Sajak:Pasti Mati




Pasti Mati

Mati itu pasti
mati itu mesti
mati itu menanti
mati itu mengintai
mati tetap mati

Masshah17
Meru

Wednesday, October 25, 2017

Rujukan Kesihatan Diri

Sebahagian buku-buku koleksi berkaitan kesihatan mewarnai bilik buku. Buku-buku dari pelbagai rumah pernerbitan. Buat menambah ilmu berkaitan kesihatan diri.


Tuesday, October 24, 2017

Dua Novel Tebal

Petang tadi sebelum waktu asar, keluar sekejap ke Tesco Setia Alam dengan Dania. Niat cari barang dapur yang semakin susut. Dalam meninjau-ninjau nak cari pampers anak terlihat satu rak berisi buku-buku, terdiri daripada novel-novel. Sengaja berhenti dan lihat-lihat, semurah RM10. Sedang Dania belek-belek buku kanak-kanak, aku saja tidak pelawa Dania untuk memilih buku pilihannya.

Aku beli 2 buah novel yang agak tebal, saja aku beli buat menambah-nambah kokeksi novel yang ada di bilik buku. Dua buah novel cinta gamaknya...






Seronok Membaca




Bagi aku, tidak tahulah orang lain, membaca sangat menyeronokan, mengapa seronok? ada orang membaca rasa tidak seronok kah? 

Boleh jadi, mungkin...entahlah, semua itu bergantung kepada individu. Kalau membaca rasa tidak seronok, aku rasa baik jangan membaca, bolehkah macam itu?

Biasanya orang yang membaca, seseorang itu sangat suka, gembira, ghairah, tidak sabar dan macam-macam perasaan sebab mahu baca buku, lagi-lagi buku baru yang baharu sahaja dibeli. 

Seronok bukan main, mahu buka plastik, mahu cium-cium buku itu,sedap bau buku baru ni, siapa yang tidak pernah cium buku? Ha...ha...ha...bila beli buku tebal, terasa teruja, hati bertanya-tanya sendiri, macam mana penulis ni boleh tulis buku tebal-tebal macam ni.

Eh...buku macam ni pun boleh terbit? Senangnya tulis buku...macam-macam tanda tanya dan soalan di hati...itulah aku, sebab seronok lihat buku, bertambah bila boleh beli dan baca.

Lagi-lagi makin bertambah koleksi buku yang ada, makinlah seronoknya, sungguh! tidak percaya cuba lakukan keseronokan membaca ini. Melihat buku-buku yang tersususn di dalam rak, makin seronok, makin ghairah.

Dengan adanya koleksi buku-buku, ia akan memberi suntikan semangat kepada diri. Itu bagi akulah, sendiri yang buat, sendiri yang akan rasa dan menikmati. 

Salah satu, nak rasa seronok membaca adalah binalah perpustakaan pribadi,aku percaya,aku yakin keseronokan itu akan datang sendirinya...ghairah sungguh! 

Sungguh...buatlah...belilah...kumpullah dan yang penting membaca.

Monday, October 23, 2017

Dua Buah Lagi Untuk Oktober

Dua buah lagi buku mengisi Bilik Buku untuk bulan oktober,



Koleksi Buku Buya Hamka

Terdapat beberapa buah buku karya Buya Hamka di dalam Bilik Buku. Ia merupakan karya yang sangat berharga dari seorang ulama yang tersohor di Nusantara. Aku masih mencari lagi beberapa buku beliau untuk koleksi seterusnya. Ia merupakan bahan bacaan yang sangat bagus untuk generasi masa hadapan dan kini.

Tulisan-tulisannya masih releven hingga sekarang.Harapan untuk memperbanyakan karya Buya Hamka di Bilik Buku mudah-mudahan berjaya direalisasikan.




Sunday, October 22, 2017

Segalanya Ketentuan-Nya…Takziah!

Related image

Baru beberapa minit tadi aku menerima kiriman berita dari adik iparku melalui ‘wassap’ Group Famili Bani Ibrahim, memberitahu keadaan bondanya yang kritikal dalam perjalanan 
untuk dibawa ke Hospital Port Dickson.

“Assalamualaikum…Saya mohon doa dari semua warga Bani Ibrahim semoga mendoakan kesembuhan dan kesihatan buat Mak Adha yang semakin uzur sekarang ni… sudah dua hari tidak sedarkan diri…baru sahaja dibawa ke Hospital Port Dickson…”

“Assalamualaikum kepada semua. Saya Muhammad Adha Boyong mohon doa dari semua untuk kesembuhan bonda saya yang sedang kritikal di Hospital Port Dickkson. Ribuan Terima kasih.”

Adik iparku meminta semua ahli keluarga mendoakan kesejahteraan dan keafiatan untuk bondanya. Bondanya sejak beberapa minggu lalu memang tidak beberapa sihat, begitulah kita insan, ada waktunya diberi ujian kesihatan.

Kami keluaraga sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebaikan untuk bonda adik ipar, moga Allah menyembuhkan sakitnya. Begitulah harapan setiap dan semua insan di dunia ini.

Namun begitu…

Segala-galanya sudah takdir dan ketentuan Ilahi…

Beberapa minit kemudian…menerima mesej melalui ‘wassap’ Group Famili Bani Ibrahim…

“Innalillahi Wainna Ilahi Roji’un…Bonda saya baru sahaja menghembuskan nafas yang terakhir sebentar tadi…mohon doa semua semoga roh Bonda kesayangan saya dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang solaeh…Aamiin…(Muhammad Adha Bin Boyong) Hospital Port Dickson, 10.15 malam,22h/10/2017.

Begitulah kehidupan insan, segala-galanya berakhir dengan kematian. Kematian yang pasti dan mesti. Siapa pun tidak akan dapat menghindari.

Begitulah akhirnya sebuah episod kehidupan buat insan di dunia. Aku secara pribadi telah menghantar mesej kepada Adik iparku, memberi ucapan takziah buat adik ipar dan seluruh ahli keluarga sebelah pihaknya agar bersabar dengan ujian kehilangan bonda yang disayangi.

‘Setiap yang bernyawa pasti merasai mati’


Mati itu pasti dan mesti!

Malam Yang Indah

Image result for gambar waktu malam

Indahnya suasana malam,andainya diisi dengan sesuatu yang mendamaikan hati. Hati yang resah, gundah gulana, keluh kesah terubat bila malam menjelma.

Di situ ada ubat untuk menyembuhkannya, ada ubat mujarab yang pasti akan meleraikan kekusutan yang melanda jiwa.

Sunyi malam meleraikan hati yang lara bersama Dia yang lebih faham dan memahami setiap jiwa yang lara gelisah.

Hembusan angina malam yang mendamaikan, menyelinap menusuk ke sukma insani.

Malam menjadi indah, tenang, damai, harmoni bersama Dia yang Maha Hebat. Syukur, malam masih dapat dinikmati.

Dan malam ini, aku masih di sini, masih bisa lagi menghirup udara malam yang indah dan hening, mata ini masih menikmati keindahan malam. Nikmat malam yang tenang, damai…


Sungguh, Maha Hebatnya yang menciptakan malam…MAHA SUCI ALLAH!

Buku Baru Dania, Anas Dan Huzaifah



Saturday, October 21, 2017

Seperti Ini Malamku


Related image

Bila malam semakin kelam, ramai yang masih asyik dengan malam. Malam bagai siang, semakin kelam dan suram malam semakin meriah dengan pelbagai ragam insannya. 

Ada yang masih di warung-warung dan restoran-restoran mengisi perut, ada yang masih bertungkus lumus mencari rezeki kerana kerja sif malam.

Malah ada yang sudah masuk ke kelab hiburan, kelab malam, disco, karoke dengan niat beristirehat dan menghilangkan rungsing yang melanda jiwa. 

Ya, ada pelbagai ragam insan mengisi malam dengan pelbagai aktiviti kehidupan mereka.

Seorang pelajar sedang bertungkus lumus menghafal pelbagai formula untuk ujian atau peperiksaan yang akan di mulai minggu depan. 

Seorang penulis rencan, sedang giat menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh pihak editor tentang sebuah tulisan yang akan diterbitkan beberapa hari lagi.

Sedang seorang ibu bertarung nyawa di sebuah hospital besar di wad bersalin untuk melahirkan anak pertamanya. Sepasukan anggota keselamatan terpaksa bergegas ke tempat kejadian rompakan disebuah bank di sebuah ibu kota besar.

Semuanya diwaktu malam…sedang ramainya insan-insan yang sudah mulai diulit mimpi indah, mimpi ngeri dan mimpi seram. Ada yang masih cuba melelapkan mata tetapi amat sukar.

Malah, sudah ada yang bagun membersihkan diri, tunduk dan sujud kepada yang satu. Indah sungguh malam yang dilalui, tenang, damai…malam-malamnya penuh dengan rintihan, tangisan penyesalan, malamnya dengan taubat, doa sungguh-sungguh.

Allahuakbar, malam-malam mereka tidak disia-siakan, malam mereka penuh keberkatan, pengharapan dan munajat sepenuh jiwa raga hanya kepada Yang Maha Esa.

Dan malamku…seperti ini adanya, masih menulis entah apa yang dinukilkan… ya demikianlah aku…

Friday, October 20, 2017

Tangisan Demi Konsert

Image result for gambar konsert sudirman

Aku masih ingat, sewaktu darjah satu. Pihak sekolah telah menganjurkan satu konsert amal kalau tak silap aku.

Sempena apa aku sudah lupa. Persembahan diadakan di Padang Sekolah. Artis terkenal Sudirman Hj Arshad dan rakan artisnya yang lain bakal membuat persembahan dalam konsert itu. 

Bila sampai tarikh konsert itu diadakan, waktu itu aku tidak dapat menyaksikan persembahan tersebut sebab tiada siapa yang mahu membawa aku ke sana. 

Persembahan di adakan diwaktu malam. Hati ku meronta ingin melihat persembahan tersebut, aku menangis kerana betul-betul mahu tengok persembahan itu.

Tangisan ku semakin menjadi-jadi bila terdengar persembahan konsert melalui corong pembesar suara. Walaupun jaraknya jauh tetapi terdengar gema itu. 

Biasalah waktu malam...emak memujuk bapa supaya membawa aku menyaksikan persembahan tersebut. 

Melihat tangisanku tiada henti, akhirnya degan kelembutan hati bapaku. Bapa membawaku ke sana. 

Biarpun hujan gerimis masa itu bapa redah demi anaknya yang benar-benar ingin menonton persembahan tersebut. 

Bapa membawa aku dengan basikalnya...tangisanku tiada lagi.  Sampai sahaja,  persembahan sedang berjalan. 

Aku tak ingat artis siapa yang sedang beraksi. Bapa membawa aku berpusing-pusing disekitar padang.

Pelbagai ragam penonton waktu itu. Masing-masing terasa puas dan terhibur. Begitu juga dengan aku. Rasa lega dan seronok bila dapat sama menyaksikan konsert tersebut. 

Memori ini tetap segar diingatanku. Jasa bapa sangat besar buat diriku.

Wednesday, October 18, 2017

Pancuran Air Bercahaya

Selesai cari buku, santai-santai di luar Mall sambil menyaksikan pancuran air berwarna-warni...sangat menarik, anak-anak pun sungguh suka...


Image may contain: one or more people and night

Image may contain: night, sky and outdoor

Image may contain: night, sky, outdoor and water

Image may contain: night, outdoor and water

Image may contain: people standing, night, outdoor and water


Tuesday, October 17, 2017

Jalan-Jalan Cari Buku


Distinasi utama setiap kali ke Setia City Mall...MPH pilihan kami, dah itu kedai buku yang ada...😊😉👍💖...gembirakan hati anak-anaku dengan buku.

Tiada tempat lagi yang indah untuk disinggahi selain kedai buku. Bawa Dania dan anas jalan-jalan cari buku.(16/10/2017)












Semoga menjadi Generasi Iqra!





Ole-Ole Dari Karnival Gudang Akhir Tahun 2017 Karangkraf

Beberapa buah buku  untuk koleksi bacaanku dan bilik buku. Hari kelima, hari terakhir Karnival. Buku-buku untuk cenderahati Hari ...