MENULIS SELAGI MASIH ADA HAYAT

Sunday, November 26, 2017

Program Karnival Buku Negara Buku Mega 2017


Tanggal 24hb 11 2017, Jumaat malam sabtu, aku ke Karnival Buku Negara Buku Mega, sekitar jam 9.50 malam aku bertolak ke Kompleks Karangkraf di Shah Alam.

Wow...makin malam makin sesak, begitulah yang aku lihat pada malam itu. Siapa kata orang kita tidak suka membaca. Mana-mana yang aku nampak dan saksikan, ramai saja orang kita ke program jualan buku, berbakul-bakul macam beli sayur. Aku teruja menyaksikan perkara ini.

Orang minat dan suka buku ini, tidak kira berapa pun harga buku, tetapi peluang ada harga murah macam inilah peluang untuk membeli-belah buku murah-murah. Dengan harga RM10.00 sebuah buku sangat murah berbanding dengan harga asal.

Bahkan ada rumah penerbitan yang menjual hasil terbitan mereka dengan 2 buah buku RM10 dan ada yang 3 buah buku RM10, malah ada yang buku masih baru dijual dengan RM10 dari harga asal. Tak ke murah tu...

Rugi memang rugi siapa yang tidak dapat rebut peluang ini. Buku makanan minda...mengenyangkan minda kita. Jangan tidak, tidak percaya bacalah buku, beli buku...memang seronok dan menyeronokkan.

Harap-harap tahun depan ada lagi Negara Buku Mega ini.


Beberapa buah buku yang aku rembat di Negara Buku Mega...

Dapatan dari Karnival Buku Negara Buku Mega, buku baru dan beberapa buah buku terbitan lalu tetapi masih baik dan releven untuk dibaca. Kesemua untuk sebuah buku berharga RM10.00.Malah ada 3 buah buku dijual dengan harga RM10.00...SYOKKK SANGAT, siapa tidak pergi rugi...


Buku-buku tersebut akan menghiasi Bilik Bukuku, bukan menghiasi sahaja tetapi akan menjadi bahan bacaan dan rujukkan terbaik.


MEMBACA MENYERONOKKAN!

No comments:

Post a Comment

Melihat Buku Menyenangkan

"Buku merupakan barang yang jika anda melihatnya, maka akan semakin menambahkan kesenanganmu, buku dapat mengasah otakmu, menyer...