MENULIS SELAGI MASIH ADA HAYAT

Thursday, June 21, 2018

Syair Hari Raya

Image may contain: 5 people, people smiling, people sitting and people standing

Syair Hari Raya
Berpakaian sungguh menarik
Wajah tersenyum indah disolek
Duduk bersimpuh ramai tertarik
Adat dan sopan usah dicarik.
Berhari raya pulang ke desa
Melepas rindu kedua ibu bapa
Usah dilupa adat dan budaya
Maaf bermaafan sesama kita.
Dihari raya buangkan gelisah
Banyakkan berdoa kepada Allah
Jangan tidak ziarah menziarah
Kelak tersekasa di alam barzah.
Hari raya bukan bulan berpesta
Namun banyak makna juga cerita
Bersedekahlah mereka berharta
Hidupkan tenang tanpa derita.
Masshah 2018
Meru.

No comments:

Post a Comment

Idea Datang Tiba-Tiba

google image Kata Pak Agi , idea itu datang tiba-tiba dan kadang-kadang(yang peliknya) muncul sewaktu kita tengah di bilik air, sedan...