MENULIS SELAGI MASIH ADA HAYAT

Wednesday, November 29, 2017

Program Karnival Maulidurrasul 2017H/1430H Di Global Ikhwan

Ingin menyambut maulidurrasul dengan suasana yang berlainan? Nah, datanglah ke Karnival Maulidurrasul 2017M/1439H, anjuran Syarikat GISB HOLDING di Bandar Islam Country Home, Rawang Selangor. Anda pasti akan merasai kelainan, keindahan dan ketenangan. 

InsyAllah, aku akan cuba bawa keluargaku jika tidak ada halangan lain ke sini. Ingin merasai sambutan maulid Nabi S.A.W. Pelbagai acara dilaksanakan jika melihat banner dibawah ini.

Tentu ada sesuatu yang menarik di sini...Jom!!!



Image may contain: 3 people, people smiling, text

Image may contain: 2 people, text

Image may contain: 1 person

Bukan Untuk Layan Naluri Sendiri



Aku yakin pesan ini bukan untuk penulis, penyair dan sasterawan sahaja, sesiapa sahaja boleh menerima ingatan dan teguran ini. Sebagai pembaca juga terasa dengan ingatan dan teguran dari tokoh sasterawan tersohor ini. Bukan sekadar membeli dan membaca sahaja di pojok bilik-bilik tetapi haruslah terjun ketengah masyarakat. Sama-sama menegur, menyebarkan kebaikan kepada masyarakat. Harus berani menyatakan kebenaran...begitulah maksud tersirat dari teguran Datuk A.Samad Said.

Sunday, November 26, 2017

Program Karnival Buku Negara Buku Mega 2017


Tanggal 24hb 11 2017, Jumaat malam sabtu, aku ke Karnival Buku Negara Buku Mega, sekitar jam 9.50 malam aku bertolak ke Kompleks Karangkraf di Shah Alam.

Wow...makin malam makin sesak, begitulah yang aku lihat pada malam itu. Siapa kata orang kita tidak suka membaca. Mana-mana yang aku nampak dan saksikan, ramai saja orang kita ke program jualan buku, berbakul-bakul macam beli sayur. Aku teruja menyaksikan perkara ini.

Orang minat dan suka buku ini, tidak kira berapa pun harga buku, tetapi peluang ada harga murah macam inilah peluang untuk membeli-belah buku murah-murah. Dengan harga RM10.00 sebuah buku sangat murah berbanding dengan harga asal.

Bahkan ada rumah penerbitan yang menjual hasil terbitan mereka dengan 2 buah buku RM10 dan ada yang 3 buah buku RM10, malah ada yang buku masih baru dijual dengan RM10 dari harga asal. Tak ke murah tu...

Rugi memang rugi siapa yang tidak dapat rebut peluang ini. Buku makanan minda...mengenyangkan minda kita. Jangan tidak, tidak percaya bacalah buku, beli buku...memang seronok dan menyeronokkan.

Harap-harap tahun depan ada lagi Negara Buku Mega ini.


Beberapa buah buku yang aku rembat di Negara Buku Mega...

Dapatan dari Karnival Buku Negara Buku Mega, buku baru dan beberapa buah buku terbitan lalu tetapi masih baik dan releven untuk dibaca. Kesemua untuk sebuah buku berharga RM10.00.Malah ada 3 buah buku dijual dengan harga RM10.00...SYOKKK SANGAT, siapa tidak pergi rugi...


Buku-buku tersebut akan menghiasi Bilik Bukuku, bukan menghiasi sahaja tetapi akan menjadi bahan bacaan dan rujukkan terbaik.


MEMBACA MENYERONOKKAN!

Thursday, November 23, 2017

Program Keluarga 2017

Tinggal dua hari lagi program terbesar bagi keluarga kami akan diadakan pada bulan ini. Ia merupakan program dua tahun sekali, bagi mengumpulkan ahli keluarga, yang jauh dan dekat. 

Program keluarga sebelah isteriku. Rasa teruja dan seronok serta tidak sabar untuk sampai ke program tersebut. Ini kali kedua program Hari Keluarga Bani Ibrahim diadakan. 

Panjang usia, sampailah aku dan familiku turut sama-sama memeriahkan program ini.

Tak sabar!








Wednesday, November 22, 2017

Sendiri

50-gambar-dp-bbm-turun-hujan-terbaik-2017-10

Sepi…sunyi…
puisi tak menjadi
hujan tak lagi berhenti
sendiri lagi.

Masshah
Meru.

Tidak Menjemukan




"Menatapnya tak pernah menjemukan, apatah lagi membacanya...buku."

Tuesday, November 21, 2017

Program Negara Buku Mega



Perghhh...tidak sabar rasanya mahu ke sini, tinggal beberapa hari lagi. Dengarnya semua buku berharga RM10.00. Banyak juga rumah buku yang turut sama-sama memeriahkan program ini. Menurut beritanya selama 60 jam bersiaran, maksudnya mahu beli buku sampai tengah pagi pun boleh datang, selepas subuh pun boleh.

Dahsyat betul, syabaslah kepada penganjuran program ini. Aku percaya para peminat buku pasti dan mesti akan memeriahkan, dan sudah tentunya akan membeli buku-buku kegemaran mereka.

Insya,Allah, aku pun teringin mahu datang ke sini, dekat Karangkraf, Shah Alam. Bermula pada 24 hingga 26 November 2017.

JOM SERBU!!!

Monday, November 20, 2017

Pesan Hassan Al-Banna Kepada Keluarga Muslim



Semoga aku dapat merealisasikan pesan dari seorang Mujadid Ulung ini. Satu pesanan yang sangat baik dan seharusnya disahut dan dilaksanakan oleh semua keluarga muslim. 

Ayoh...kita bina perpustakaan di rumah.

Saturday, November 18, 2017

Hari Ke Lima Karnival Jualan Gudang Akhir Tahun 2017

Balik dari Kuala Selangor, selesai membuat passport terus ke Shah Alam, jalan-jalan cari buku murah. Terpilihlah beberapa buah buku untuk koleksi bacaan dan bilik buku ku.















Monday, November 13, 2017

Ole-Ole Dari Karnival Gudang Akhir Tahun 2017 Karangkraf

Beberapa buah buku  untuk koleksi bacaanku dan bilik buku. Hari kelima, hari terakhir Karnival.



Buku-buku untuk cenderahati Hari Keluarga nanti, RM1.00 sahaja.

Buku pilihan anak-anakku

Jualan Gudang Akhir Tahun Karangkraf 2017

Pada tanggal 5hb 11 2017, Ahad. Aku bersama tiga orang anakku pergi ke Jualan Gudang Akhir Tahun Karangkraf 2017, di seksyen 15 Shah Alam. Hari terakhir Karnival, memang ramai orang.Sudah pastinya mereka mencari buku-buku pilihan hati mereka.

Aku macam biasalah, cari buku murah-murah untuk koleksi bilik buku dan bacaan. Harga semurah RM1, RM2,RM3 dan RM5. Anak-anak pun turut memilih buku pilihan mereka.

Kali ini jualan tidak lagi di khemah tetapi di dalam bangunan Karangkraf, memang selesa, Satu perubahan yang sangat dipuji. Memang seronok!



Sebelum sampai berswafoto dulu...



 Bangunan Media Karangkraf tersergam indah


Adik Huzaifah pun dah pandai pilih buku tu...


Pilih jangan tak pilih

 Duduk santai-santai dulu sebelum masuk sekali lagi, Dania tak sabar nak belek buku pilihannya.


"Adik laparl lah Abi", Segarlah tu dapat minum dan makan adik Huzaifah





Aksi foto sebelum balik..masing-masing sudah dapat habuan.


Monday, November 6, 2017

Ulangtahun Muhammad Anas


Selamat hari lahir Muhammad Anas
Semoga jadi anak yang Soleh...cemerlang dunia akhirat
In Sha Allah.

Aamiin Ya Rabb!!!

Doa Abi dan Umi selalu untuk Muhammad Anas.








Bajet Aksi Kleptokrasi

Image result for gambar kleptokrasi bentang bajet 2018


Bajet Aksi Kleptokrasi

Sungguh mengoda  bicara  pembentangnya
Segak berbusana Melayu bergaya lagaknya
Dengar dulu apa dikata bajet dibentangnya
Selesai bentang fikir baik tidak hentamnya.

Biar bebas bercakap usah disekat
Biarkan dibentang bajet konon untuk rakyat
Seluruh dapat  konon nikmat berkat bajet
Rakyat terangguk konon semua dapat

Bajet dibentang tetap ada menentang
Bertungkus lumus pagi malam petang
Marhean apa kesah bajet dibentang
Hidupnya begitu tidak lebih tidak kurang.

Bajet rakyat mahukan harga barang turun
Bajet dibentang bukan macam harta karun
Banyak tabur-tabur gembar gembur itu pun
Usah heran memang begitu acara akhir tahun.

Ada yang berkata itu gula-gula untuk kita
Sikit masa nanti sudah sampi pilihanraya
Dibujuki hati yang lara agar nanti percaya
Ada tak sedar diri  masih ditipu buta-buta.

Cukuplah sudah usah terpedaya hati-hati
Banyak sudah ruang untuk transformasi
Banyak gagal masanya untuk aksi reformasi
Selagi diizin perteguh demokrasi nyah kleptokrasi.

Masshah
28102017
Meru.

Sunday, November 5, 2017

Sajak: Kau Akan Mati

Image may contain: one or more people, people standing and sky



Kau Akan Mati

Kau sihat
Kau sakit
Kau sado
Kau gagah
Kau kacak
kau menawan
Kau cantik
kau jelita
Kau mewah
Kau kaya
Kau jutawan
Kau hartawan
Kau dermawan
Kau miskin
Kau susah
Kau merana
Kau sengsara
Kau merempat
Kau di mana-mana pun
akhirnya kau akan mati
begitu juga aku.

Masshah 2017
Meru.

Menulislah Pedulikan Nama

"Betulah kata-kata, menulis bukan kerana nama,memang betulah tapi jika penulis tiada nama susah juga mahu maju kehadapan,tapi itu se...