Posts

Showing posts with the label Bisikan Hatiku

Tunggu Apa Lagi?

Image
google image Dah banyak buku tentang penulisan dibeli dan dibaca tetapi tidak juga terhasil buku. Apa sebenarnya yang kau mahu. Tunggu apa lagi? Masa tak akan menunggumu, ia terus bergerak seiring usia yang kau miliki. Dia takkan tunggu kau...menulislah, hasilkan buah fikiran yang kau ada, usah kau perap terlalu lama dan sering kau bertangguh-tangguh. Bukankah kemudahan sudah ada ditangan kau, gunakanlah saja telefon bimbit itu untuk menulis apa yang kau sudah ada. Move on...tulislah terus, sikit-sikit nanti lama-lama banyak.  Jangan bertangguh!

Syawal Kian Pergi

Image
Kenangan syawal pasti masih mengusik-ngusik dijiwa, yang balik kampung tempohari pasti masih terbayang-bayang saat indah bersama keluarga tercinta terutamanya ayah dan ibu serta saudara mara yang diziarahi. Suasana meriah dan harmoni dihiasai lampu pelita kiri kanan jalan(masih adakah?)tentunya mengindahkan suasana malam raya dikampung. Tak kurangnya mereka yang ditaman-taman perumahan turut meraikan keindahan syawal. Suasana syawal yang indah dan harmoni di Malaysia memang sangat aman dan tenteram sekali. Kenangan ini, pasti tetap akan terpahat kepada seluruh rakyat yang menikmati syawal setiap tahun yang menjelang. Indahkan Syawal!

Ramadan dan Syawal

Image
Ramadan dan Syawal   Ramadan, sebulan kita berpuasa, menahan nafsu makan dan minum, bahkan menahan nafsu dari berkelamin, berdendam, adu domba, menghasut, fitnah, mengumpat dan pelbagai lagi. Syawal, kita teruskan dengan perkara yang sama,kita tambah lagi dengan amalan berkasih sayang, menghubungkan silaturrahmi sesama kita. Moga Allah SWT menerima segala amal ibadah sepanjang Ramadan, syawal dan bulan-bulan yang seterusnya. Aamiin Ya Rabb!!! Masshah 2018 Meru.

Ketika Mengingati-Mu

Image
Jika Kau mahu ambil aku.  Ambilah ketika aku mengingati-Mu.  Jangan Kau ambil aku ketika leka dari mengingati-Mu.

Hampir Dengan Kematian

Image
Terlalu hampirnya aku dengan kematian, apakah aku sudah bersedia, bagaimana persiapanku, apakah bekalanku sudah mencukupi... "Ya Rabb! Pimpin dan bimbingilah aku dalam cahaya petunjuk-Mu..."

Selamat Datang Febuari 2018M

Image
Febuari 2018 Selamat datang febuari, datang menganti tempat januari yang telah pergi.Selama 28 hari aku akan menumpangi sehingga kepenghujungnya, dan mac akan menggantikanmu.  Namun, aku masih tidak pasti apakah aku masih bersamamu hingga kepenghujungnya?  Aku akan teruskan pelayaran hidupku, sampai ke penghujung atau tidak itu bukan urusanku. Urusanku hanya terus melakukan apa sahaja yang terbaik sepanjang bersamamu.  Hitam atau putihkah, bergelora atau tenangkah, aku akan terus bersamamu selagi denyut nafas ini masih ada. Hidup dan matiku hanya Allah SWT yang menentukan-Nya.

Segalanya Ketentuan Ilahi

Image
Hari ini, saat ini, atau esokah, aku tidak tahu akan nasibku.Apakah aku bisa lagi menukilkan bait-bait puisiku atau coretan-coretan bisikan hatiku lagi...ku serahkan segalanya pada ketentuan Ilahi.  Itu bukan kerja aku, aku hanya melaksanakan apa yang terbaik buatku. Untuk bekalan ke sana nanti. Andai ini coretan terakhir buatku, maafkanlah aku...kerana sumbanganku sekecil hama, tidak nampak.  Namun kebaikan sekecil mana sekalipun ia tetap ada nilai disisi-Nya. Kebaikan, bahkan keburukan sekecil pun pasti dinilai dan ada balasannya. Aku...terus berharap meminta dan memohon pada-Nya. Aamiin Ya Rabb!!!

Gerhana Hati

Image
Gerhana Hati Biarlah bulan sesekali gerhana usah hati kita gerhana sepanjang masa nanti hilang tenang dan bahagia. Hati walang gunda gulana.Siang petang malam berduka lara.Gerhana cinta luka jadinya.

Tahun 2018M Dan Harapanku

Image
Sudah hari yang ke dua puluh dalam kalendar 2018, sekejap rasanya sudah mahu hampir ke penghujung Januari. Pejam celik pejam celik begitulah hakikatnya kehidupan yang harus dilalui. Usia pun semakin menginjak ke satu takah lagi. Hari ini, esok...hanya Allah SWT yang Maha Tahu. Hidup mesti diteruskan. Rutin harian seperti biasa...perjalanan hidup sebagai insan di muka bumi-Nya dan segala kewajipan sebagai hamba-Nya harus terus dilaksanakan. Bekalan ke sana harus mesti dipertingkatkan, tiada bekalan terbaik selain bekalan amal soleh dan ketaqwaan akan dipersembahkan dihadapan-Nya nanti. Tahun 2018, bagiku adalah tahun untuk terus mengubah dan memperbaiki kehidupan diri dan hubungan dengan yang Maha Besar. Disamping kehidupan dunia masih bersisa sementara bernafas lagi. Biar apa pun terjadi warna-warni kehidupan ini mesti dan pasti aku lalui dan hadapi. Segalanya mengharap dengan rahmat dan berkat Ilahi. Kerana Dialah tempat bergantungan yang terbaik buatku. ...

Malam Yang Indah

Image
Indahnya suasana malam,andainya diisi dengan sesuatu yang mendamaikan hati. Hati yang resah, gundah gulana, keluh kesah terubat bila malam menjelma. Di situ ada ubat untuk menyembuhkannya, ada ubat mujarab yang pasti akan meleraikan kekusutan yang melanda jiwa. Sunyi malam meleraikan hati yang lara bersama Dia yang lebih faham dan memahami setiap jiwa yang lara gelisah. Hembusan angina malam yang mendamaikan, menyelinap menusuk ke sukma insani. Malam menjadi indah, tenang, damai, harmoni bersama Dia yang Maha Hebat. Syukur, malam masih dapat dinikmati. Dan malam ini, aku masih di sini, masih bisa lagi menghirup udara malam yang indah dan hening, mata ini masih menikmati keindahan malam. Nikmat malam yang tenang, damai… Sungguh, Maha Hebatnya yang menciptakan malam… MAHA SUCI ALLAH!

Seperti Ini Malamku

Image
Bila malam semakin kelam, ramai yang masih asyik dengan malam. Malam bagai siang, semakin kelam dan suram malam semakin meriah dengan pelbagai ragam insannya.  Ada yang masih di warung-warung dan restoran-restoran mengisi perut, ada yang masih bertungkus lumus mencari rezeki kerana kerja sif malam. Malah ada yang sudah masuk ke kelab hiburan, kelab malam, disco, karoke dengan niat beristirehat dan menghilangkan rungsing yang melanda jiwa.  Ya, ada pelbagai ragam insan mengisi malam dengan pelbagai aktiviti kehidupan mereka. Seorang pelajar sedang bertungkus lumus menghafal pelbagai formula untuk ujian atau peperiksaan yang akan di mulai minggu depan.  Seorang penulis rencan, sedang giat menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh pihak editor tentang sebuah tulisan yang akan diterbitkan beberapa hari lagi. Sedang seorang ibu bertarung nyawa di sebuah hospital besar di wad bersalin untuk melahirkan anak pertamanya. Sepasukan anggota keselamatan terpa...

Begitulah Hidup Ini

Image
Syukur Alhamdulillah, masih diberi kekuatan dan kesihatan oleh Allah SWT. Diberi penglihatan yang terang, masih boleh membaca dengan lancar, masih boleh mengunyah makanan, masih merasai manisnya gula dan pahitnya hempedu. Hidup ini, walau sukar bagaimana pun kena di teruskan. Jangan putus asa dan berkeluh kesah. Serahkan segala-galanya kepada yang Maha Baik. Semua yang berlaku kerana kehendak dari-Nya. Perjalanan hidup ini, adakalanya lancar, laju, licin, indah, harmoni dan segalanya mudah kerana semua yang berlaku dengan izin-Nya. Ada masanya perit, sukar, gundah, resah dan pelbagai lagi perasaan yang bertunjang dalam diri. Tapi pada akhirnya, kena syukur kerana Dia masih sayangkan hambanya. Begitulah kehidupan yang dilalui…usia semakin meninggi, petanda ia semakin dekat. Itulah tandanya disuruhya bersiap sedia mencari bekalan sebanyak-banyaknya.Untuk apa? Untuk dibawa ke alam sana. Alam yang menentukan untung baik atau rugi, untuk mendiami sama ada surga at...

Harapan Di Bulan Oktober 2017

Image
Apa? Sudah bulan sepuluh…sekejapnya rasa, lagi dua bulan 2017 akan berakhir, itu pun kalau aku sempat bertemu ketahun hadapan. Itu semua urusan Tuhan, aku cuma berusaha, berdoa dan bertawakal. Urusan ajal aku serahkan kepada yang empunya dunia ini. Aku cuma menumpang, ya, hidup cuma menumpang sementara. Segala-galanya ditentukan oleh Dia yang Maha Sempurna. Dari satu bulan ke satu bulan, minggu ke minggu,  dari hari ke sehari, dari seminit ke seminit, dari saat ke saat…semua itu atas aturan-Nya. Nikmat yang diberi tidak pernah terkurang, syukur pada-Mu ya Rabb! Siang berganti malam, malam berganti siang, masih begitu aturan-Nya. Dia Yang Maha Berkuasa atas segala-galanya, begitu dengan diriku, masih diizinkan bertemu dengan bulan yang baru dalam tahu masehi dan Muharram dalam bulan Islam. Masih diizinkan menghirup udara yang nyaman, sang mentari masih ku rasai kehangatannya, makan  minum masih ku nikmati, dapat lagi bermain dengan anak-anakku, berkasi...

Bukan Pantun Hanya Coretan Hati

Image
Oktober datang September pergi Begitulah orang ada yang mati Siang malam sering berganti Semua itu aturan dari Ilahi Tak kira tua atau muda Yang kaya begitu juga Mati tetap mati Tidak akan kembali Ini sekadar coretan hati Untuk pengingat diri Mati itu pasti Seringlah beramal bakti. Ingat-ingatlah duhai aku Usia semakin meninggi Usah lalai leka kau Kelak menyesal sendiri. Masshah 2017 Meru.

Hilang Dari Sejarah

Image
Sungguh aku terkesan dengan kata-kata  di atas, ia betul-betul membangkitkan rasa keinginan yang kuat mahu merealisaikan kata-kata sasterawan dari Tanah Seberang di atas, iaitu Pramoedya Ananta Toer. Ia sangat menyuntik motivasi tinggi buatku.  Benarlah apa yang diungkapakna oleh beliau. Sesiapa pun boleh saja hilang dari mata masyarakat,seandainya mereka tidak meninggalkan apa-apa sejarah dalam hidup mereka, untuk diikuti, dibaca dan apa saja kisah atau cerita mereka buat tatapan masyarakat.  Semua itu bermula dengan menulis, menuliskan sejarah diri, kisah kehidupan yang di lalui oleh mereka dan juga kita, juga aku, ya aku, biarpun aku bukan sebijak dari mereka. semua orang boleh menuliskan kisah kehidupannya.  Tidak kesahlah orang kecil, orang besar, orang kaya, bahkan orang miskin juga punya cerita dan kisahnya, sesiapaun boleh menulis. Pasti apa yang dituliskan ada manfaat dan boleh diambil ibrah oleh masyarakat yang membacanya. AKU? Apa...

Tiada Miliki Apa-Apa

Image
Aku bercakap tentang diriku. Sebab aku akan mati. Apa yang aku miliki sementara, ia pinjaman, ia milik yang Maha Berkuasa.Tak ada satu pun yang aku punyai. Tangan dan jari jemari yang aku sedang gunakan ini milik-Nya. Kalau Dia mahu tarik balik, hilangkan fungsinya, bila-bila masa, ya bila-bila masa. Mengapa mesti aku rasa sombong dengan apa yang bukan kepunyaan aku? Udara...nafas yang aku sedang guna ini. Mengapa perlu aku ingkar, lupa, lali, lalai dan segala maksud yang sewaktu dengannya.  Mana milik aku? Mana? Tidak ada apa-apa milik aku, semuanya hakmilik Alllah SWT. Jadi bersyukurlah aku atas nikmat yang amat banyaknya yang dikurniakan dari-Nya.

Semua Miliknya

Image
"Maha Hebat dan Maha Besarnya kekuasaanMu. Sama ada yang di darat, di udara bahkan di lautan dalam semuanya dalam gengaman kekuasaanMu. Tiada satu pun yang terkecuali. Tuhan yang Maha Agung Maha Kaya, semua yang ada pada diri ini milik-Nya. Kita tidak punya apa-apa. Kita hanya si peminjam, si peminjam yang sewajarnya harus sedar diri menginsafi diri, tidak punya apa-apa...semuanya milik-Nya." Masshah2017 13052017 Meru

Tiada Ertinya Kemewahan

Image
Apabila kemewahan yang dimiliki hasil dari kedurjanaan, ianya pasti tidak membahagiakan dan menenangkan jiwa seseorang, biarpun berlimpahan kesenangan dan kenikmatan yang pelbagai...mahu apa...mahu ke mana? Segalanya petik jari sahaja...namun, damaikah? tenangkah? Jika ia berterusan hingga ke akhir hayat tanpa mahu berubah menjauhinya Nun di sana...menunggu, bahagiakah? atau sengsarahkah? Masshah2017 13052017 Meru

Tekad Dan Azam

Image
Mulai saat ini, aku akan coretkan segala kegiatanku di blog ini, ya…blog ini. Aku mahu fokus pada satu wadah tetapi pelbagai coretan akan dikongsi di sini. Aku tidak mahu celaru dan keliru sehingga menyesakkan mindaku. Sehingga semua ditinggal kosong tanpa ada sebarang coretan dan perkongsian. Blog ini, permulaan untuk tahun 2017 setelah sekian lamanya tidak menukilkan apa-apa coretan di sini. Telah berjanji pada diriku sendiri, mulai saat ini blog ini akan ku penuhi dengan segala coretan yang telah aku lalui dan yang telah lama bersarang di minda ini, segala kenangan akan aku nukilkan di sini. Aku sudah nekad, sama ada blog ini dibaca orang ataupun tidak aku akan tetap mencoretkan nukilan di sini…aku tidak perduli lagi…ini tekad dan azamku. Membaca status-status para penulis yang berjaya membuatkan aku ingin bermula sekali lagi, biar lambat asalkan sampai, aku akan terus gagahi impian ini. Berjaya ataupun tidak itu kemudian hari hasilnya, yang penting saat in...

Sumber Inspirasiku

Image
Ziarah Pak Agi, Hari Raya 2015, raya kelima di Bandar Baru Bangi "Memori indah, sewaktu pertemuan dengan Pak Agi Ghafar Ibrahim, seorang penyair tersohor di tanahair pada 3.4.2014, antara kenangan manis dalam hidup ini. Sumber inspirasi..." "Menulis Puisi Adalah Tanggungjawab", kata Pak Agi. Catatan Detik Pertemuan Itu... http://masshah-sajak.blogspot.com/…/catatan-detik-pertemuan…