Tahun 2018M Dan Harapanku






Sudah hari yang ke dua puluh dalam kalendar 2018, sekejap rasanya sudah mahu hampir ke penghujung Januari.

Pejam celik pejam celik begitulah hakikatnya kehidupan yang harus dilalui. Usia pun semakin menginjak ke satu takah lagi.

Hari ini, esok...hanya Allah SWT yang Maha Tahu. Hidup mesti diteruskan.

Rutin harian seperti biasa...perjalanan hidup sebagai insan di muka bumi-Nya dan segala kewajipan sebagai hamba-Nya harus terus dilaksanakan.

Bekalan ke sana harus mesti dipertingkatkan, tiada bekalan terbaik selain bekalan amal soleh dan ketaqwaan akan dipersembahkan dihadapan-Nya nanti.

Tahun 2018, bagiku adalah tahun untuk terus mengubah dan memperbaiki kehidupan diri dan hubungan dengan yang Maha Besar.

Disamping kehidupan dunia masih bersisa sementara bernafas lagi.

Biar apa pun terjadi warna-warni kehidupan ini mesti dan pasti aku lalui dan hadapi.

Segalanya mengharap dengan rahmat dan berkat Ilahi.

Kerana Dialah tempat bergantungan yang terbaik buatku.

"Tiada daya dan upayaku malainkan dengan pertolongan dari Allah SWT..."

Aamiin Ya Rabb!!!

Masshah 2018

Comments

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Pantun Perpaduan

Sajak: Perpaduan Sejati Bukan Mimpi