Tahun 2018 Dan Dunia Bukuku



Sepanjang tahun 2017 secara jujurnya, membeli lebih banyak dari membaca namun sasaran membacanya masih tercapai.

Apa pun dan bagaimana pun ia akan berterusan selagi denyut nafas ini. Dunia membacaku akan tetap bergerak seperti biasa.

Buku tidak dapat dipisahkan dari diri ini. Satu keindahan dan keseronokkan bila melihat buku-buku ada di mana-mana.

Tetapi bagi aku, aku lebih suka buku ditempatkan di satu tempat yang tersendiri. Di sebuah bilik khas di dalamnya terletak pelbagai genre buku ada.

Syukur, walau ruang tidaklah sebesar mana, aku dapat menghimpunkan dan mengumpulkan koleksi buku-bukuku di dalam bilik khas di rumahku.

Ia menjadi tempat yang paling tenang dan menyeronokkan buat aku dan anak-anakku.

Dari bulan ke sebulan makin bertambah koleksi buku-buku tersebut, entah bagaimana lagi aku mahu menyusunnya. Kekemasan dan keaturannya tidak lagi berseni walau sering dikemaskini.

Namun begitu ia masih tidak lagi mengecewakan, melihat buku-buku tersebut makin seronok banget.

Kini, sudah ditahun 2018, aku juga punya impian dan harapan untuk dunia bukuku.

Antara yang aku impikan;

1)Bertekad dan berazam untuk terus membaca sebanyak boleh.

2)Terus memberi contoh tauladan yang baik kepada anak-anaku agar membaca perlu untuk diri kita.

3) Terus membeli buku untuk anak-anak agar mereka rasa dihargai dan menyukai buku...seronok sekali bila anak-anak pun turut suka dengan buku apatah lagi membacanya.

4) Juga ingin terus membanyakkan pelbagai bahan bacaan dalam bilik bukuku.

5) Sekiranya diberi rezeki dan ditambahkan rezeki dari-Nya, ingin menambah ruang untuk buku-buku tersebut.

Apa yang di rancang apa yang diimpi semua bergantung kepada tindakan dan kesungguhan diri sendiri.

Ya...mudah-mudahan ia akan terus menjadi realiti selagi denyut nadi ini berfungsi.

Aamiin Ya Rabb!!!.

Comments

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Pantun Perpaduan

Sajak: Perpaduan Sejati Bukan Mimpi