Tiap Hari Kena Tulis



Bagaimana aku mahu mulakan semangat ini. Sekejap ok sekejap tidak, turun naik macam bursa saham, jika nak disamakan, pun tidak juga. Aku bukanlah seorang penulis yang benar-benar fokus menulis.

Menulis di blog pun sekadar coretan-coretan kecil. Entah dibaca orang atau tidak, aku pun tidak tahu. Tapi aku masih sayang dengan medium tersebut.

Walaupun kadang-kadang semangat itu tinggi, kadang-kadang merudum. Masa ini, rasa bersemangat lagi. Entah bila aku boleh terus fokus dan bersemangat untuk menulis.

Konon untuk menulis memoir diri sendiri pun masih terkial-kial,masih suam-suam.Menulis puisi pun entah apa-apa, tapi bila ilham datang untuk puisi, aku terus tulis, tanpa dieram lama aku terus terbit di blog.

Malas aku nak simpan lama-lama, tulis dan terus terbit. Dibaca atau tidak terpulang.Begitu pun, aku tetap ada salinan untuk puisi-puisi tersebut, aku kumpulkan di fail untuk rujukan dan semakan diri sendiri.

Bila tulis suka-suka hasilnya pun hanya suka-suka. Bila mahu serius dan fokus? Kehilangan fokus menulis. Fokus mahu tulis apa?, mahu cerita apa?, mahu kongsi apa? Aku hilang fokus?

Entahlah, apa yang aku tulis ni pun macam hilang fokus.

Bila aku tanyakan kepada seorang penulis yang juga seorang editor, tentang fokus menulis, dia hanya jawab.

“Tiap-tiap hari kena tulis…Tulis jugak…”

Ya, terus menulis, hari-hari,  tapi nak tulis APA?


Ha…ha…ha…

Comments

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Pantun Perpaduan

Sajak: Perpaduan Sejati Bukan Mimpi