Posts

Showing posts with the label Sajak Ramadan

Segeralah Datang

Image
Segeralah Datang Datang datanglah segera terlerai akan rindu ini bagai semalam pergi kini hampir mendekat indahnya harmoninya Datang datanglah segera mendakap erat penuh kerinduan takkan terlepas takkan ditinggali walau sesaat ia nikmat janji Ilahi pasti. Datang datanglah segera dari penjuru mana pun ditunggu dialu-alukan ditunggu dinanti-nantikan dengan syahdu rindu iman taqwa. Masshah 26052017 Meru.

Sajak: Puasa Itu

Puasa Itu Puasa sihat puasa jangan maksiat puasa bermasyarakat puasa dalam taat. Puasa bermaruah puasa jangan rasuah puasa nafsu susah puasa tinggal serakah. Puasa lelah puasa jangan tinggal ibadah puasa tinggal marah puasa amanah. Puasa bersatu padu puasa jangan lupa mengadu puasa mohon restu puasa kuasa penentu. Puasa ikut waktu puasa jangan boros selalu puasa tidak menipu puasa kewajipan dari Yang Maha Satu. Masshah 2014 26062014 Meru.

Sajak: Puasa Itu Kuasa

Image
Puasa Itu Kuasa Kuasa menahan lapar dahaga Kuasa menahan nafsu serakah Kuasa mengekang nafsu syahwat Kuasa menyekat nafsu mengumpat Kuasa menyekat maksiat sesat Kuasa segala-galanya. Berbicara baik-baik bila puasa Menulis baik-baik bila puasa Melihat baik-baik bila puasa Mendengar baik-baik bila puasa Berbisik yang baik-baik bila puasa Berkuasa baik-baik bila puasa. Berpuasa kerana Yang Kuasa Niat puasa kerana Yang Kuasa Bersahur kerana Yang Kuasa Puasa seikhlasnya Yang Kuasa Berbuka kerana Yang Kuasa Amal ibadah kerana Yang Kuasa. Hasil puasa jiwa merdeka Hasil puasa iman bertambah Hasil puasa jaga tutur kata Hasil puasa akhlak terjaga Hasil puasa jiwa hamba Hasil puasa melahirkan TAQWA. Masshah 2014 15072014 Meru.

Sajak: Datang Dan Pergi

Image
Datang Dan Pergi Sambut penuh keriangan ditangisi kepergian itulah ramadan. Masshah 2014 26062014 Meru. dari FB

Sajak: Ramadan Ini

Image
Ramadan Ini Ramadan ini ramadan suci untuk hati murni untuk setia janji untuk cinta Ilahi. Ramadan ini ramadan harmoni dakap erat usah dicemari dakap erat usah dimaksiati dakap erat usah dinodai. Ramadan ini ramadan dijanji amal solehnya lebih lagi pahalanya digandai taubatnya diterimai. Ramadan ini ramadan pasti rugi sekali ditinggali sayang sekali dijauhi menyesal nanti diri sendiri. Masshah 2014 26062014 Meru.

Sajak: Ramadan Datang Lagi

Image
Ramadan Al-Mubarak Ramadan Datang Lagi Datang, datanglah kau ramadan datang pada kami kami rindu pada-mu kami sayang pada-mu. Datang, datanglah  kau ramadan dekat pada kami akan ku dakapi mu tiap saat dan waktu. Datang, datanglah ramadan datang mu penuh dengan janji tak kan kami lepasi nanti kami rugi. Ramadan kau datang tanpa Kami jemput kau pasti datang tetapi memang rindu pada mu segeralah pada kami kami tak nak rugi. Ramadan kau sudah datang kami di sisi kamu tiap waktu kami dalam pelukan mu kami sedang mengecapi kehangatan mu kami sedang menikmatmu terima kasih ramadan. Kami tak mahu kau pergi lagi tolong jangan tinggalkan kami.... Masshah 2013 Bilik buku 12/07/2013-Jumaat Jam: 1:59 pagi Meru.