Posts

Showing posts with the label Ceritaku

Tulis Bukulah

Image
Seorang kawan tiba-tiba berkata "Ko buatlah buku...tulislah buku macam ini, ko kan banyak baca buku." Sambil tangannya menunjukkan buku yang dipegangnya kepadaku. Aku hanya diam sahaja. Rasanya sudah beberapa kali kawanku itu berkata begitu. Satu masa juga dia ada tanya. "Ko bila nak buat buku?" Rasa aku, dia bersungguh tanya aku soalan itu, dia memang nak tengok aku ada buku. Aku kena sahut cabaran itu, kalau ianya boleh dikatakan cabaran. Aku kena realisasikan perkara ini. Kena buktikan kepada kawan-kawanku. Bukan hanya membaca tetapi menulis juga kena aku buktikan. Ya...aku akan buktikan sebelum menutup mataku. Aku yakin, aku boleh, orang lain boleh mengapa aku pula tidak boleh? Ya...AKU BOLEH!!!

Aura Seorang Penulis

Image
Kelibatnya dari jauh seperti aku kenali dan macam pernah aku lihat diakhbar Sinar Harian. Macam ia macam bukan. Ingin aku dekati terasa segan pula. Aku biarkan hasrratku. Tunggu bila nanti kalau dia balik. Oh betullah, penulis novel, dengan nama penanya Aida Ariani. Isteri kepada sepupu isteriku Saudara Azman. Saudara sebelah arwah emak isteriku. Sewaktu isteri sedang bersalaman dengannya, aku ambil kesempatan bertanyakan tentang novel terbarunya. Dia tersenyum dan memberitahu tentang buku travelog haji. Mungkin buku terbaharu  darinya. Nanti aku cuba dapatkanya. Sebelum dia balik aku meminta isteriku untuk bergambar bersama-samanya. Kami bergambar beramai-ramai. Sebagai pembaca buku, memang teruja bila dapat bertemu dengan penulis. Rasa termotivasi untuk menulis. Begitulah aura seorang penulis...

Tazkirah Seminit

Image
  Sedang berkemas-kemas dan bersiap mahu pergi kerja petang tadi. Terdengar lantang suara orang memberi salam, dari kejauhan semakin lama semakin dekat. Mungkin ada tetamu, aku segera menguak langsir dan cuba menjenguk ke luar.  Ada orang datang bisiku...seorang dari mereka memberi salam bila melihat aku. Aku menjawab salam dan terus meluru ke pagar ingin segera membuka, Jemaah tabligh(karkun) rupanya, kami bersalaman. "Sahabat kita ni, mahu memberi sedikit perkongsian...boleh rasanya." "Boleh..."Jawabku senyum. Seorang jemaah dari Pakistan rasanya tengok dari pakaian dan lenggok percakapannya. Aku menjadi pendengar yang setia. Alhamdulillah, walaupun hanya satu minit lebih, mendengar tazkirah ringkas dan mengajak ke surau untuk pengisian majlis seterusnya. Butiran yang aku ingat pesanan dari jemaah tabligh tersebut. 1)Allah kurniakan banyak nikmat, harus kita syukuri. 2)Nikmat iman, islam dan mengamalkan sunnah nabi saw. 3) Mengimarahkan ruma...

Tetap Mengiurkan

Image
     "Kita singgah MPH dulu, tengok-tengok buku...Abi nak cari majalah dewan" Aku lihat mukanya tersenyum-senyum. "Sukalah tu..." Kataku pada Dania yang sama-sama berjalan beriringan bersamaku. Sesampainya di MPH, aku tuju ke bahagian majalah, cari majalah yang aku inginkan. Dania pusing-pusing entah apa dicariknya. Aku capai dua buah majalah terbitan DBP, Tunas Cipta dan Dewan Sastera terbitan bulan Julai 2017. "Dah...nak cari apa? Abi nak tengok- tengok buku kat situ...tengok je..." Sambil tanganku mengambil gambar dania sedang tengok-tengok majalah kegemarannya. Konon nak tengok-tengok je tapi terbeli pula sebuah buku. Ermm...entahlah tak boleh tahan tengok buku yang pelbagai tajuk. Sungguh mengiurkan naluriku...tu yang terbeli tu. Aku lihat Dania dah pegang sebuah majalah kegemarannya. "Cukup? itu je." Dania hanya senyum-senyum, aku tak seperti selalunya mendesak suruh beli buku apa-aoa yang diinginkan. Maklum dah a...