Posts

Showing posts with the label Koleksi Buku Keratif

Buku Genre Penulisan Keratif Menjadi Pilihan

Image
Selain membaca buku-buku genre penulisan bukan keratif, aku suka membeli buku-buku genre penulisan keratif, sastera, terutamanya buku penulisan puisi  novel dan cerpen. Tujuan aku membeli dan membaca untuk melihat dan belajar bagaimana sesebuah puisi dibentuk, setiap penulis berbeza cara penulisan puisinya. Aku yang tidak punya ilmu puisi ini, sedang berjinak-jinak dalam penulisan puisi konon ceritanya. Sama ada aku membelinya secara terus melalui kedai buku atau secara terus melalui penulisnya secara online. Itu semua aku lakukan atas dasar mahu membaca, belajar dan berfikir seterusnya diamalkan jika ianya baik untuk diri sendiri. Aku tidak kisah, sama ada penulis kecil atau besar selagi aku minat membaca dan membelinya aku akan cuba miliki buku-buku tersebut. Setakat ini, terdapat beberapa buah buku yang terdapat di bilik buku, hasil karya-karya penulis tersohor dan juga penulis-penulis muda di tanah air kita. Ia sebagai bahan bacaan dan rujukan untuk aku menulis. ...