Sajak: Maafkanlah Aku
Maafkanlah Aku Maafkanlah aku mungkin ada puisiku yang menyakitkan hatimu kerana aku menulis tidak kira waktu, ada masa buntu, marah, sayu, pilu yang menyelubungi segenap perasaanku hingga kadang-kadang melupakan tentang perasaanmu. Maafkanlah aku kerana benci dengan sang menteri yang dungu penuh korupsi berhujah berdegar-degar berjanji muluk-muluk tetapi kesemuanya tidak ditepati, semata-mata mahu undi itu menjadi sebahagian dalam tulisan puisiku yang tidak tentu. Maafkanlah aku kerana mungkin kalian anggap aku tidak bersyukur dengan nikmat keamanan dan keharmonian yang wujud ini atau mungkin kalian juga macam aku, makin muak dan jelak melihat drama swasta dan drama minggu ini atau panggung sandiwara atau yang terkini... Maafkanlah aku sungguh, aku sangat sayang dengan tanahair ini tidak pernah lupa asal usul dan jati diri aku anggap tanahair ini bumi bertuah yang bakal menggega...