MENULIS SELAGI MASIH ADA HAYAT

Thursday, March 29, 2018

Kematian Di Mana-Mana


Tiap saat dan detik, kematian ada di mana-mana,
ada dipelbagai tempat, ada disetiap lorong, ada disetiap diri seseorang,
ia tidak menunggu, ia tidak minta persetujuan,kerana ia atas perintah dan izin dari-Nya.

Tuesday, March 27, 2018

Membaca Di Manapun



Saat bercuti bukan bermakna membaca pun ikut bercuti, 
membacalah selagi ruang untuk membaca masih ada. 
Semua itu terpulang pada diri sendiri.Orang yang suka membaca tidak pernah menghiraukan di mana pun tempatnya.

Sunday, March 18, 2018

Bila Usia 44 Tahun Menjengah

Image may contain: 2 people, people smiling, beard Image may contain: 4 people, including Mashitah Ibrahim, people smiling, child and closeup

1) Syukur kepada Allah SWT dengan kasih sayang dan rahmat-Nya masih bisa bernafas dan mengharungi hidup ini.
Terima kasih Tuhan Yang Maha Baik!

2) Ibu bapa, nsan yang sangat berjasa dalam hidup. Tanpa keduanya, tanpa cinta dan kasih sayang mereka mungkin aku tidak lahir ke dunia.
Sekalung doa buat buat kedua ibu bapaku. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa mereka berdua, dalam lindungan Allah SWT selalu. DI lanjutkan usia, diberi kesihatan yang baik dan ketenangan dalam hidup dalam meniti usia yang berbaki...Aamiin Ya Rabb!!!
3) Insan yang tersayang isteri dan anak-anak. Merekalah penghibur hati.Susah senang dalam mengharungi dunia kehidupan. Ada manis, ada pahit, sedih, gembira...itulah warna-warnai kehidupan yang kita lalu...pada akhirnya hanya distinasi yang kekal adalah Negara Abadi, nun di sana.Terima kasih Isteri(kekasih hatiku Mashitah Ibrahim ) dan anak-anakku.
4) Jumaat berkat, moga usiaku juga diberkati dan dirahmati Ilahi.Hidup dalam rahmat dan kasih sayang-Nya. Hari ini jumaat pertamaku dalam usia 44 tahun.
5) Bila usia bertambah bermakna lorong ke sana kian tiba dan bila-bila masa. Usia mengingatkan kepada pengakhiran kehidupan, begitupun ia bukanlah penyebab melemahkan penerusan hidup. Hidup harus diteruskan selagi belum lagi dijemput Mati itu pasti...dan mesti.
6) Apa yang diimpi, apa yang diingini, apa yang dicita tertulis dalam dairi impian. Namun sejauh mana tercapai bergantung kepada tindakan diri sendiri.
7) Akhirnya, ucapan ribuan terima kasih kepada sahabat muka buku yang memberi ucapan dan doa kepadaku. Moga kalian juga diberi kesuksesan dalam apa jua bidang kehidupan juga sentiasa diredai Allah SWT.
Aamiin Ya Rabb!!!
Zaman Shah Saiyan
Meru, Klang Selangor.

44 Kau Datang



Tanggal 2hb 03 2018, Jumaat merupakan tarikh lahir kelahiran ku, pantasnya waktu berlalu.Setiap tahun begitulah yang terfikir di benakku, masa yang cepat hadir,usia semakin meninggi ditebing pengakhiran. Inilah yang sering bermain-main dalam diri ini. semua itu urusan Allah SWT. Syukur, Alhamdulillah, kerana dengan kurnia dan izinnya aku masih dapat melihat warna-warni dunia dalam 44 tahun usiaku. Aku berharap Allah SWT memberikan aku keberkatan usia dan keredaan kepadaku.


Kami meraikan majlis hari kelahiran pada hari keesokannya, hari sabtu kerana masing-masing bercuti, cuma aku kerja sif malam. Kesempatan waktu siangnya kami membuat majlis kecil-kecilan. Alhamdulillah...dan terima kasih kepada isteriku kekasihku yang meraikannya dan anak-anak tersayang.


Majlis yang ringkas, potong kek dan makan-makan. Terima kasih buat isteriku kekasihku yang membeli kek untuk meraikanku. Secara diam-diam, isteriku  membeli kek dan makanan untuk majlis ringkas yang sungguh bermakan buatku.


Sekali lagi, aku merafakan kesyukuran pada Ilahi, dan kepada famili tercinta, terutamanya kedua ibu bapaku,tanpa mereka berdua tak mungkin aku lahir ke dunia ini. Sebenarnya merekalah yang selayaknya aku patut raikan, dengan doa dan harapan semoga kedua-duanya beroleh rahmat, keredaan dan kesejahteraan dari Allah SWT. Aamiin Ya Rabb!!!

Juga buat isteri yang terus setia berdamping tiap waktu dan saat,di saat susah senang, pahit manis dalam melayari kehidupan ini. Semoga terus bersabar dalam menempuh liku-liku kehidupan bersamaku. Kepada anak-anak yang ku kasihi, Abi tidak pernah melupakanmu semua, harapan kalian mendewasa dalam kerahmatam dan keredaan Ilahi. 

Aamiin Ya Rabb!!!



Sunday, March 11, 2018

Alahai Hangat Panas Isu Tudung


Beberapa minggu yang lalu, hangat diperkatakan dalam media sosial berkaitan isu tudung selebriti Neelofa, perasmian produk terbaharu keluaran syarikat beliau. Namun yang menjadi persoalan kepada orang ramai, bila diadakan di sebuah kelab malam dan ada joget-joget yang tidak sepatutnya. 

Ramai yang mengecam,malah ramai juga yang mempertahankannya, menurutnya strategi pemasaran, berdakwahlah...dan macam-macam lagi...Namun hakikatnya, apa yang sering kita dengar.."Matlamat tidak pernah menghalalkan cara..."

Setelah keributan isu tersebut, akhirnya bersuaralah seorang mufti, dengan menulis surat secara berhikmah buat seleberiti tersebut.

Aku waktu itupun ada memberi komen berkaitan isu tersebut...lalu aku menuliskan di status muka bukuku seperti ayat yang di atas..

Di sini, aku perturunkan beberapa respon dari kawan-kawan muka bukuku;

Comments
Sairolhasnor Zainon Lain mcm je tuan hihihi
Manage
HahaShow more reactions
Reply1w
Zaman Shah Saiyan Kalau faham. Tengah viral kannn😉
Manage
LikeShow more reactions
Reply1w
Sairolhasnor Zainon Mmg bijak sel2 otak sdg berhubung
Manage
LikeShow more reactions
Reply1w
HahaShow more reactions
Reply1w
LikeShow more reactions
Reply1w
Zaman Shah Saiyan Strategi menjadi tragedi😊
Manage
LikeShow more reactions
Reply1w
Ma'arifah Banuri Lain org lain pndapat
Manage
LikeShow more reactions
Reply1w
Sairolhasnor Zainon Apakah matlamat menghalalkan cara
Manage
LikeShow more reactions
Reply1w
Rafi Apek Mcm cerita tudung je ni
Manage
HahaShow more reactions
Reply1w
LikeShow more reactions
Reply1w
Rafi Apek Hahahahaha yg pasti klau di buka makanan terhidang
Manage
LikeShow more reactions
Reply1w
Rafi Apek Mufti kl sdh bgi surat Muhli Selamat menegur harus bkn terbaik mufti gini
Manage
LoveShow more reactions
Reply1w
Aishah Akbar Setuju sangat2
Manage

Menulislah Pedulikan Nama

"Betulah kata-kata, menulis bukan kerana nama,memang betulah tapi jika penulis tiada nama susah juga mahu maju kehadapan,tapi itu se...