44 Kau Datang



Tanggal 2hb 03 2018, Jumaat merupakan tarikh lahir kelahiran ku, pantasnya waktu berlalu.Setiap tahun begitulah yang terfikir di benakku, masa yang cepat hadir,usia semakin meninggi ditebing pengakhiran. Inilah yang sering bermain-main dalam diri ini. semua itu urusan Allah SWT. Syukur, Alhamdulillah, kerana dengan kurnia dan izinnya aku masih dapat melihat warna-warni dunia dalam 44 tahun usiaku. Aku berharap Allah SWT memberikan aku keberkatan usia dan keredaan kepadaku.


Kami meraikan majlis hari kelahiran pada hari keesokannya, hari sabtu kerana masing-masing bercuti, cuma aku kerja sif malam. Kesempatan waktu siangnya kami membuat majlis kecil-kecilan. Alhamdulillah...dan terima kasih kepada isteriku kekasihku yang meraikannya dan anak-anak tersayang.


Majlis yang ringkas, potong kek dan makan-makan. Terima kasih buat isteriku kekasihku yang membeli kek untuk meraikanku. Secara diam-diam, isteriku  membeli kek dan makanan untuk majlis ringkas yang sungguh bermakan buatku.


Sekali lagi, aku merafakan kesyukuran pada Ilahi, dan kepada famili tercinta, terutamanya kedua ibu bapaku,tanpa mereka berdua tak mungkin aku lahir ke dunia ini. Sebenarnya merekalah yang selayaknya aku patut raikan, dengan doa dan harapan semoga kedua-duanya beroleh rahmat, keredaan dan kesejahteraan dari Allah SWT. Aamiin Ya Rabb!!!

Juga buat isteri yang terus setia berdamping tiap waktu dan saat,di saat susah senang, pahit manis dalam melayari kehidupan ini. Semoga terus bersabar dalam menempuh liku-liku kehidupan bersamaku. Kepada anak-anak yang ku kasihi, Abi tidak pernah melupakanmu semua, harapan kalian mendewasa dalam kerahmatam dan keredaan Ilahi. 

Aamiin Ya Rabb!!!



Comments

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Pantun Perpaduan

Sajak: Perpaduan Sejati Bukan Mimpi