MENULIS SELAGI MASIH ADA HAYAT

Saturday, March 10, 2018

Sajak: Masih Ada Lagikah Mac Untukku



Masih Ada Lagikah Mac Untukku

Febuari kau lari pantas
tak terkejar aku sendiri
kini, mac berganti merentas
laju tertinggal lagi aku di sini
mencari terus mencari
mengejar mimpi yang hilang
namun impian tetap terlakar
dalam usang kertas tersimpan
mac...hari ini sudah sepuluh hari
esok...belum pasti untuk aku
masih ada lagikah ruang
untuk aku memacu impian.

masshah2018
meru.

No comments:

Post a Comment

Adik Banyak Buku

      Semalam,selepas dari membeli buku di kedai MPH, si Huzaifah memberitahu aku. "Abi adik laparlah" "Ok, ja...