Skip to main content

Bila Usia 44 Tahun Menjengah

Image may contain: 2 people, people smiling, beard Image may contain: 4 people, including Mashitah Ibrahim, people smiling, child and closeup

1) Syukur kepada Allah SWT dengan kasih sayang dan rahmat-Nya masih bisa bernafas dan mengharungi hidup ini.
Terima kasih Tuhan Yang Maha Baik!

2) Ibu bapa, nsan yang sangat berjasa dalam hidup. Tanpa keduanya, tanpa cinta dan kasih sayang mereka mungkin aku tidak lahir ke dunia.
Sekalung doa buat buat kedua ibu bapaku. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa mereka berdua, dalam lindungan Allah SWT selalu. DI lanjutkan usia, diberi kesihatan yang baik dan ketenangan dalam hidup dalam meniti usia yang berbaki...Aamiin Ya Rabb!!!
3) Insan yang tersayang isteri dan anak-anak. Merekalah penghibur hati.Susah senang dalam mengharungi dunia kehidupan. Ada manis, ada pahit, sedih, gembira...itulah warna-warnai kehidupan yang kita lalu...pada akhirnya hanya distinasi yang kekal adalah Negara Abadi, nun di sana.Terima kasih Isteri(kekasih hatiku Mashitah Ibrahim ) dan anak-anakku.
4) Jumaat berkat, moga usiaku juga diberkati dan dirahmati Ilahi.Hidup dalam rahmat dan kasih sayang-Nya. Hari ini jumaat pertamaku dalam usia 44 tahun.
5) Bila usia bertambah bermakna lorong ke sana kian tiba dan bila-bila masa. Usia mengingatkan kepada pengakhiran kehidupan, begitupun ia bukanlah penyebab melemahkan penerusan hidup. Hidup harus diteruskan selagi belum lagi dijemput Mati itu pasti...dan mesti.
6) Apa yang diimpi, apa yang diingini, apa yang dicita tertulis dalam dairi impian. Namun sejauh mana tercapai bergantung kepada tindakan diri sendiri.
7) Akhirnya, ucapan ribuan terima kasih kepada sahabat muka buku yang memberi ucapan dan doa kepadaku. Moga kalian juga diberi kesuksesan dalam apa jua bidang kehidupan juga sentiasa diredai Allah SWT.
Aamiin Ya Rabb!!!
Zaman Shah Saiyan
Meru, Klang Selangor.

Comments

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Musim-musim orang nak berpadu, bersatu dan perpaduan ni eloklah bersyair berkaitan dengan perpaduan.  Mari kita bersyair…

Syair Pilihan: PERPADUAN
Negara kita pelbagai bangsa Berbeza pandangan perkara biasa Jangan dibiar menjadi bisa  Hidup terancam sepanjang masa.
Berbeza budaya bukan halangan Jurang kecil dibesar jangan Kurangkan iri anjur rundingan Harmoni nusa kian berpanjangan.
Kepada orang hendaklah hormat Hendak menegur hendaklah cermat Bersatu padu itu matlamat Jangan dinyala dendam kesumat.
Semua tak boleh mementingkan diri Berjuang untuk kaum sendiri Sejarah lama harus susuri Insaf hakikat sedarlah diri.
Serulah semua agar bersatu Membina Negara biar bermutu Besar hasilnya sudahlah tentu Wawasan Negara tercapai jitu.
Semangat mulia bertolak ansur Tidak menyombong jadikan unsur Taraf tak hilang jika menyusur Bagai gabungan pana dan busur.
Hendaklah ikhlas bersatu hati Bukan mengharap pulangan nanti Bangsa yang kuat itu yang pasti. Persada dunia orang hormati.
Marilah kita duduk berunding Lebih dan kurang …

Sajak: Kasih Sayang Anugerah

Kasih Sayang Anugerah
Kasih sayang itu suci kasih sayang itu murni kasih sayang itu sejati kasih sayang itu anugerah Ilahi.
Jangan sesekali kasih sayang itu dicemari kerna ia milik insan punyai hati nurani cinta abadi cinta sejati sewangi kasih Rabbul Izati hanya milik pribadi mulia insani.
Ia tidak bisa ditawar dijual beli sekalipun dengan timbang harga tinggi sesama insan bersatu hati bukan hanya slogan tetapi diingati.
Kasih sayang cinta hari-hari bukan sekali-sekali jua bukan bermusim cuma di bulan febuari ia bukan ikut-ikutan tetapi lahir dari fitrah diri demikianlah kasih sayang penting tak terperi.
Masshah 2014 12022014 Meru.

Sajak: Lahirnya Sebuah Cinta

Lahirnya Sebuah Cinta
Malaysia tanah air tercinta bebas merdeka dari penjajah kini 57 tahun merdeka sudah hidup harmoni aman bahagia.
Dilupa jangan mereka pejuang jasanya banyak tak terkira berjuang berkorban demi bangsa bebas negara dari petualang.
Hayati telusuri pengorbanan mereka sesekali usah persis anak derhaka kelak kita dikenang tak punya jasa nikmat damai aman leka lupa pula.
Biar merdeka jangan sampai leka hidup rasa cinta pada negara jangan cuba-cuba bikin huru hara nikmat aman hilang nanti sengsara.
Tak kira melayu India juga cina termaktub sudah ikatan janji setia tak lupa jua pelbagai etnik di sana kita tetap sehati sejiwa bebas merdeka.
Usah diungkit  sudah peristiwa duka jadikan ia pengajaran bersama melayu india cina bersaudara lama kini bersatu bersama menuju jaya.
Malaysia indah malaysia berjaya terus kekal harmoni sejahtera kerna ia tanah tumpahnya darah kita  dan di sinilah lahirnya sebuah cinta.
Masshah 2014 20082014 Meru.