Posts

Showing posts with the label Sajak Bulan DISEMBER 2015

Sajak: Teruknya Aku 2

Image
Teruknya Aku 2 Sempat lagi aku mahu bicara dengan kamu semua apa khabar kamu hari, derita mu sering datang pada ku syukur, aku sudah mula berdoa untuk kamu semua setiap lima kali waktu, ku sebut saudaraku di mana-mana ditindas, diterajang, dibunuh…ahh…hari-hari kematian tidak tentu waktunya, ada sahaja yang terkorban Aku di sini, bisa lagi bersenda gurau, membaca buku bersiar-siar bersama famili hingga lupakan kau semua menulis apa sahaja yang terbuku di hatiku, teruknya aku setiap detik ada sahaja dentuman, letusan, letupan bom siang malam mu sama sahaja, entah bila masa lena mu anak-anak kecil mu meronta tangis…ahh betapa peritnya Namun tebalnya keimanan mu, teguh setia pada Ilahi hanya Tuhan tempat kau mengadu, merintih sayu sepi betapa kau kuatnya, dibawah runtuhan batu-batu pejal jadikan tempat mu beradu dan mengadu pada-NYA setiap hari begitulah, biar apa terjadi sudah dijanji Ilahi Ya Rabb… Tuhanku selamatkanlah saudara-saudarak...

Sajak: Teruknya Aku

Image
Google Image Teruknya Aku Apa khabar saudara-saudara seagama ku di seluruh dunia sering menjadi bahan ujian senjata para musuh angkuh sudah bukan menjadi bahan ujian, sudah pun menjadi mangsa beribu bahkan sudah berjuta terkorban mati di sana sini aku di sini cuma mendengar, membaca, melihat di kaca TIVI tentang suka duka penderitaan mu, siang malam derita selamanya. Aku di sini, boleh lagi suka-suka, ketawa-ketawa, berlucu-lucu sesekali cuma baru teringatkan kamu semua, teruknya aku sekadar simpati di hati, jarang sekali menangisi kalian di sana doa hanya sekali-sekala tidak berkali-kali setiap hari, ah teruknya aku maafkan aku…aku cuba mahu berubah untuk sentiasa mendoakan kalian setiap seusai waktu solatku…ya, aku akan cuba…aku doakan kamu semua di sana. Masshah 26052015 Meru.

Sajak: Mampukah Hindari

Image
Google Image Mampukah Hindari Ke kiri atau ke kanan Ke depan atau ke belakang Ke atas atau ke bawah Ketengah atau ketepi. Bahkan… di bawah tanah di dalam gua batu pejal di dalam bilik besi di dasar laut dan di mana-mana pun kau mahu lari. Larilah…larilah Larilah  sejauh mana larilah selaju mana larilah sekuat mana jauh…jauh…jauh hindarinya. Mampukah Menahannya Menghindarinya Mengelakkannya Menjauhinya. Saatnya itulah hadir Tak tertahan Ia pasti dan pasti Detik MESTI Yang dijanji Ilahi. Masshah 29122015 Meru.

Sajak: Beban Yang Membebankan

Image
Beban Yang Membebankan Kau sepatutnya meringankan beban kami tetapi sebaliknya kau membebankan kami beban yang kau bebankan kepada kami sungguh sangat membebankan kami sememangnya kau suka sangat membebankan kami. Entah sampai bilalah kami terpaksa menanggung beban beban-beban yang menggunung ini sungguh menyesakkan hidup menyukarkan kami untuk bernafas lebih membahagiakan namun kau tak pernah merasai ‘nikmat beban’ yang kami rasai sungguh…memang kau sangat pemberi bebanan. Masshah 29122015 Meru.

Sajak: Detik Itu Pasti

Image
Detik Itu Pasti Di mana-mana Bila-bila Setiap waktu Setiap detik Tiba-tiba Ia memburu Ia mengekori Ia menepati Ia mendatangi Tak terlewat Biar sedetik mahupun sesaat Ia pasti ia mesti Tak boleh dihalang Tak boleh dilarang Tak boleh ditangguh Tak boleh simpati. Itulah detik KEMATIAN . Masshah 24122015 Meru.

Sajak: Pasti Ada Pilihan

Image
Pasti Ada Pilihan Usah salah jalan usah salah pilihan jalan itu jalan kebenaran pilihan adalah kemestian usah sesekali tersalah langkah kelak susah merana di sana. Kebenaran tetap kebenaran kebatilan tetap kebatilan keduanya tidak boleh bersama kebenaran tetap menolak kebatilan kebatilan tetap menolak kebenaran antara keduanya pasti ada pilihan. Pilihan yang haq damai bahagia pilihan kebatilan sengsara merana. Terserah! Masshah 24122015 Meru.

Sajak: Makin Gusar

Image
Makin Gusar Aduhai alahai Sekejap ke kanan Sekejap ke kiri Sana pusing Sini pusing Sana putar Sini putar Mana yang benar Siapa yang benar Betul atau salah Yang batil tetap musnah Yang haq pasti menyerlah. Cukuplah usah berdegar-degar Pengikut makin gusar Pengundi fikir sukar Perjuangan makin tersasar Impian musnah menyasar. Memang sukar! Masshah 24122015 Meru.

Sajak: Semua Kerana Muhammad

Image
Sekadar gambar hiasan Semua Kerana Muhammad Pembawa berita gembira pembawa kasih sayang pembawa keamanan kedamaian segalanya menurut wahyu yang diterima. Pelbagai bangsa berdamai kasih persaudaraan terjalin mesra akhlak luhur pakaian diri Allah diagung dipuji kebenaran terserlah di mana-mana usaha dakwah bertebaran di setiap penjuru benua. Dialah junjungan al-Amin dialah uswatun hasanah dialah insan kamil dialah rasul nabi pilihan-Nya dialah Muhammad Habibullah semua kerana Muhammad. Masshah 23122015 Meru.

Sajak: Bakti Junjungan

Image
Bakti Junjungan Insan agung suri tauladan lahirnya untuk seluruh alam jahiliah lenyap datang kebenaran bangkit yang haq sirna kebatilan. Terjalin kasih sayang sesama insan rukun damai hidup berpanduan akidah haq ditegakkan seantero benua damai terserlah. Jasa bakti junjungan kekasih Ilahi selawat tanda insan mengasihi. Masshah 22122015 Meru.

Sajak: Panggilan Ilahi

Image
Berpakaian serba putih membawa hati yang bersih patuh dan taat pada Allah menuju padang Arafah seolah panggilan mahsyar... harapan haji mabrur dan mabrurah terserah pada-Mu. Masshah Meru.

Sajak: Orang Besar Orang Kecil Orang Susah

Image
Orang Besar Orang Kecil Orang Susah Cerita orang besar usah masuk campur dikatanya kita hanya orang kecil yang hanya punya kecilnya hasil. Biarkan saja kita hanya cari makan tak makan tak hidup tak hidup tak makan. Tak sepertinya orang kaya hidup serba kecukupan tak pernah habis-habis begitu sekali hidupnya. Orang susah, mengata mereka yang ada kuasa dikatanya kita mengumpat sedang mereka terus menzalimi orang susah. Orang besar tak apa-apa mereka suci mulia usah dikata-kata lalu kita dibawah kuasanya apa tak punya suara apa-apa? cukup terima apa saja angguk-angguk ya ya ya Lalu hati bertanya; Betapa bodohnya orang kecil orang susah selama-lamanya diperbodoh-bodohkan oleh pemikiran dangkal tak berakal. Sial dan kesal. Masshah 6082015 Meru.

Sajak: Baunya Hancing

Image
Baunya Hancing Kau kaki kencing bikin mereka rungsing semakin berdegar suara kau membingit resah pening. Di mana-mana ke mana-mana ada saja suara protes kau kaki kencing nombor wahid semua kau kebas milik sendiri. Lupa pada asal mula amanah kau kencing tiga juta ahlimu tapi mereka tetap angguk-angguk tak peduli walau dikencing beribu kali. Cuma satu suara berdegar saman kau tapi kau pecat terpelanting tak bermakna suara semua kau sekat tampak seolah kau kuat melangit. Kau kencing kau kaki pusing sekejap itu Sekejap ini apa semua pun tak boleh baunya hancing seantero dunia. Masshah 15092015 Meru.

Sajak: Rindu Tiba-Tiba

Image
Gambar google image Rindu tiba-tiba (Buat AGI@Abdul Ghafar Ibrahim…) Rindu tiba-tiba kepada duhai penyair hanya puisi pengubat rindu. Selak kembali warkah biru cakap-cakap puisi dialog seniman dunia refleksi penyair cita cinta puisi apa kata orang tentang diri mu. Sesekali buka video aksi gak gak gak aksi rung rung rung aksi kan kan kan aksi dun dun cak cak. Puisi palestin mengamit pilu palestin palestin tidak boleh mati gundah palestin kecaknaan dalam puisi mu. Tiba-tiba rindu ukhwah masih menyatu syawal kelima kita ketemu sebak diatmaku menatap pilu tuhan izinkan. Ku yakin kau bangkit dari rehat sementara dunia puisi menanti kehangatan lontaran puisi TRI-V mu… Bangkitlah duhai penyair! Masshah 11082015 Meru.

Sajak: Bahasa Melayuku Tergores Lagi

Image
Bahasa Melayuku Tergores Lagi ( Bantah DwiBahasa (DLP) di Sekolah ) Minda pemimpinku celaru Mengusik lagi bahasa ibundaku Bahasa melayuku digores robek lagi Celaru haru biru minda pemimpinku Tidak cukupkah yang dulu Yang baru dicipta lagi Tergores lagi bahasa melayuku Menjadi bahasa pilihan Jika benar akan dikuatkuasakan Aduh…malang sekali bahasa melayuku Terus dipinggir dipinggirkan Terus disingkir disingkirkan Nasibmu selalu begitu. Bahasa ibundaku melayu Menangis lagi para sarjana Menangis lagi para pejuang bangsa Menangis lagi para pencinta sastera Memang sering sudah kau menangis Tapi tak pernah dimengerti Demi cinta demi sayang Kau bangkit menentang bantah Hentikan celaru keliru Hentikan goresan sakit bahasa ibundaku Hentikan juga pemimpin celaru bikin keliru Nantikan bahasa ibundaku tetap ke mercu. Masshah 20122015 Meru.

Sajak: Bantah Terus

Image
Bantah Terus Terus bantah usah kau menyerah usah kau lelah siapa pun yang memerintah jika terus banyak salah harus mesti dipersalah barulah kau punya maruah. Terus bantah sampai kemenangan menyerlah kebatilan sirna musnah usah tunduk takut mengalah biar sedikit derita susah niat suci kerana Allah cahaya falah pasti menyala terserlah. Masshah 2122015 Meru.

Sajak: Obama Datang Lagi

Image
Obama Datang Lagi Ke sini lagi Obama malaysia jadi impian TPPA beria-ia mahunya manfaat untuk rakyat konon ceritanya. Obama ke sini lagi bukan mahu makan soto bukan mahu bercakap melayu bukan mahu main golf bukan mahu berselfie bukan…bukan…dan bukan ada mahunya ada agendanya. Pemimpin nomor satu negara tersenyum riang girang berjabat tangan obama sudi datang lagi demi takhta kekalkan kuasa setuju TPPA ditandatangani kah? Rakyat ada tersenyum riang konon TPPA manfaat untuk rakyat rakyat ada yang berhati walang takut pertiwi dijajah sekali itukah ertinya Obama datang ke sini? Obama, TPPA dan pemimpin nombor Satu rakyat terus derita dengan permainan mu. Masshah 2122015 Meru .