MENULIS SELAGI MASIH ADA HAYAT

Tuesday, December 22, 2015

Sajak: Bakti Junjungan





Bakti Junjungan

Insan agung
suri tauladan
lahirnya untuk seluruh alam
jahiliah lenyap datang kebenaran
bangkit yang haq
sirna kebatilan.

Terjalin kasih sayang sesama insan
rukun damai hidup berpanduan
akidah haq ditegakkan
seantero benua
damai terserlah.

Jasa bakti junjungan
kekasih Ilahi
selawat tanda
insan mengasihi.

Masshah
22122015
Meru.

1 comment:

  1. Allahumma solli'ala Muhammad
    Kami memohon syafaat mu bila tiba di 'sana' kelak
    Semoga iman tidak goyah dengan asakan yg kian menyesakkan..

    ReplyDelete

Rindu ANIS

    Rindu kat Anis, sejak beberapa bulan ni tak jumpa, tak tahu apa khabarnya Anis. Petang ini disebabkan rindu sangat dengan A...