Sajak: Bantah Terus



Bantah Terus

Terus bantah
usah kau menyerah
usah kau lelah
siapa pun yang memerintah
jika terus banyak salah
harus mesti dipersalah
barulah kau punya maruah.

Terus bantah
sampai kemenangan menyerlah
kebatilan sirna musnah
usah tunduk takut mengalah
biar sedikit derita susah
niat suci kerana Allah
cahaya falah pasti menyala terserlah.

Masshah
2122015
Meru.

Comments

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Pantun Perpaduan

Sajak: Perpaduan Sejati Bukan Mimpi