MENULIS SELAGI MASIH ADA HAYAT

Thursday, December 24, 2015

Sajak: Pasti Ada Pilihan




Pasti Ada Pilihan

Usah salah jalan
usah salah pilihan
jalan itu jalan kebenaran
pilihan adalah kemestian
usah sesekali tersalah langkah
kelak susah merana di sana.

Kebenaran tetap kebenaran
kebatilan tetap kebatilan
keduanya tidak boleh bersama
kebenaran tetap menolak kebatilan
kebatilan tetap menolak kebenaran
antara keduanya pasti ada pilihan.

Pilihan yang haq damai bahagia
pilihan kebatilan sengsara merana.

Terserah!

Masshah
24122015
Meru.


No comments:

Post a Comment

Jangan Berhenti Membaca