Sajak: Mampukah Hindari

Google Image



Mampukah Hindari

Ke kiri atau ke kanan
Ke depan atau ke belakang
Ke atas atau ke bawah
Ketengah atau ketepi.

Bahkan…
di bawah tanah
di dalam gua batu pejal
di dalam bilik besi
di dasar laut
dan di mana-mana pun
kau mahu lari.

Larilah…larilah
Larilah  sejauh mana
larilah selaju mana
larilah sekuat mana
jauh…jauh…jauh
hindarinya.

Mampukah
Menahannya
Menghindarinya
Mengelakkannya
Menjauhinya.

Saatnya itulah hadir
Tak tertahan
Ia pasti dan pasti
Detik MESTI
Yang dijanji Ilahi.

Masshah
29122015
Meru.

Comments

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Pantun Perpaduan

Sajak: Perpaduan Sejati Bukan Mimpi