Sajak: Teruknya Aku

Google Image



Teruknya Aku

Apa khabar saudara-saudara seagama ku di seluruh dunia
sering menjadi bahan ujian senjata para musuh angkuh
sudah bukan menjadi bahan ujian, sudah pun menjadi mangsa
beribu bahkan sudah berjuta terkorban mati di sana sini
aku di sini cuma mendengar, membaca, melihat di kaca TIVI
tentang suka duka penderitaan mu, siang malam derita selamanya.

Aku di sini, boleh lagi suka-suka, ketawa-ketawa, berlucu-lucu
sesekali cuma baru teringatkan kamu semua, teruknya aku
sekadar simpati di hati, jarang sekali menangisi kalian di sana
doa hanya sekali-sekala tidak berkali-kali setiap hari, ah teruknya aku
maafkan aku…aku cuba mahu berubah untuk sentiasa mendoakan kalian
setiap seusai waktu solatku…ya, aku akan cuba…aku doakan kamu semua di sana.

Masshah
26052015
Meru.

Comments

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Pantun Perpaduan

Sajak: Perpaduan Sejati Bukan Mimpi