MENULIS SELAGI MASIH ADA HAYAT

Wednesday, December 23, 2015

Sajak Pilihan: Penyair




Sajak Pilihan: Penyair

Berdendanglah
bersyairlah
berpantunlah
berselokalah
bersanjaklah

Wahai taulan penyair!

Lagu merdumu
Syair sendumu
Pantun ibaratmu
Seloka kiasmu
Nazam Tazkirahmu
Sanjak suara batinmu
semoga membelai jiwa nan rawan
menuntun akal nan walah
memujuk hati nan walang
mengurung nafsu amarah.

Biarkan cemuhan mahupun sendaan
dibawa angin berlalu ke rimba raya
kerana dikau akan beban yang mesti kau galas
ada gagasan yang mesti kauperjelas
ada peringatan meskipun majaz
sebagai penunjuk akal budi kekal waras.

berdendanglah
bersyairlah
berpantunlah
berselokalah
bernazamlah
bersanjaklah.

Wahai, taulan penyair!

Selama paksimu berlunaskan hidayah
selama hatiku tunduk menyerah
selama niatmu kerana Allah
selama jalanmu menurut risalah.

Karya: Awang Sariyan Kembara Bahasa Melayu Mahawangsa
Dari Buku: Kumpulan Puisi Mencari Makna Diri
Muka Surat: 52 dan 53.

No comments:

Post a Comment

Buku Peperangan Terakhir Uthmaniyah

Sudah sampai buku(15hb Mei 2018) 'Peperangan Terakhir Uthamaniyah',Buku karya Wan Kamarul Ariffin Wan Ahmad. Terima kasih Akak  Sao...