Sajak: Obama Datang Lagi




Obama Datang Lagi

Ke sini lagi Obama
malaysia jadi impian
TPPA beria-ia mahunya
manfaat untuk rakyat konon ceritanya.

Obama ke sini lagi
bukan mahu makan soto
bukan mahu bercakap melayu
bukan mahu main golf
bukan mahu berselfie
bukan…bukan…dan bukan
ada mahunya
ada agendanya.

Pemimpin nomor satu negara
tersenyum riang girang
berjabat tangan
obama sudi datang lagi
demi takhta kekalkan kuasa
setuju TPPA ditandatangani kah?

Rakyat ada tersenyum riang
konon TPPA manfaat untuk rakyat
rakyat ada yang berhati walang
takut pertiwi dijajah sekali
itukah ertinya Obama datang ke sini?

Obama, TPPA dan pemimpin nombor Satu
rakyat terus derita dengan permainan mu.

Masshah

2122015


Meru.

Comments

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Pantun Perpaduan

Sajak: Perpaduan Sejati Bukan Mimpi