Posts

Showing posts with the label Cakap Politik

Jemu Muak Politik

Image
Lama dah tak tulis fasal politik ni.Ikutkan dah jemu dan muak dengan politik kini.Membosankan dan naik muak mual dengan gelagat mereka. Bila kuasa sudah ditangan, bila janji sudah ditabur di sana sini, semuanya hancur lebur dengan kemungkiran. Janji-janji tidak ditepati, ramai rakyat pun sudah naik menyampah. Kejatuhan rejim 60 tahun amat mengembirakan majoriti   rakyat tetapi hasilnya masih tidak berbaloi untuk mereka. Berapa orang bekas penyamun yang sudah ditangkap dan dipenjarakan? Dulu bukan main cakap berdegar-degar, si polan tu rasuah, penuh skandal, juta-juta diangkut ke luar Negara, beli jet enjin hilang dan macam-macam lagi. Sekarang? Senyap sunyi…hutang Negara banyak,sebab itu PTPTN tak jadi mansuh, minyak tak boleh diturunkan,tol pun tak boleh mansuh.Banyak lagi yang dulu isu-isu berlegar berdegar-degar masuk ke telinga rakyat. Banyaklah kalau mahu tulis,tapi biarlah dulu.Rakyat sebahagiannya pun ramai dah tahu dan sedar. Kadang-kadang ...