Posts

Showing posts from July, 2018

Rakyat Malaysia Malas Membaca Buku?

Image
Biar betul, sewaktu aku ke PBAKL2018,ramai je yang beli buku( masalahnya baca tak buku tu?), Jualan Buku Gudang Karangkraf pun begitu, Kedai Buku MPH di Setia City Mall pun boleh tahan juga orang beli buku. Mungkin ada perangkaan terkini berkaitan membaca ini. Lihat pada status sahabat muka buku ada yang bercakap prihal ini. Jika rakyat Malaysia tidak suka membaca, ini sudah cukup gawat ni, tapi aku rasa sebahagiannya mungkin( masih tak mahu membaca) dan aku yakin ramai lagi rakyat Malaysia yang cintakan buku dan membaca, yakin dan positif. Pernah seorang kawan tanya, macam mana mahu tanamkan minat membaca? Aku jawab, membacalah, bacalah. Kalau tidak dimulakan membaca, bila mahu membaca...kan! Beli buku,baca buku nipis-nipis dulu jangan terus buku tebal-tebal nanti pening. Pilihlah buku apa yang disukai. Baca sikit-sikit, lama-lama banyaklah. InsyAllah, lama-lama jadi seronok. Sediakan satu rak, letaklah mana-mana sudut di rumah. Susun buku yang dibeli dal

Catatan Selepas Asar

Image
Di sini bertelingkah bagai huru-hara tetapi di sudut sana sedang ada sekelompok bangsa seperti aku dan kau. Mereka sedang membina empayar, perjuangannya semakin laju,laju dan laju...penuh damai dan kasih sayang. Ada yang menyedari, ada yang tidak, ada yang buat-buat tak nampak,ada yang dengki tapi tak boleh buat apa-apa, ada yang tak tahu apa-apa. Mereka berkerja, mereka berjuang, Tuhan diperjuangkan insan disayangi...jangankan fitnah bahkan mereka mahu mati syahid Mereka percaya bukankah mati itu syarat menemui cinta? Ya...mereka sedang bekerja untuk mendamaikan bumi tercinta ini. Jika benar, beruntunglah, jika tidak, tidak ada apa-apa. Berkerjalah dan berjuanglah setiap kita ada peranannya...kita bukan sahaja merindui Malaysia Baharu tetapi lebih dari itu...Dunia Baru... Insan Kerdil.

Idea Datang Tiba-Tiba

Image
google image Kata Pak Agi , idea itu datang tiba-tiba dan kadang-kadang(yang peliknya) muncul sewaktu kita tengah di bilik air, sedang memandu bahkan tengah solat pula  idea pun datang dan di mana-mana pun ia boleh datang. Jadi sediakan buku catatan agar ia tidak hilang begitu sahaja. Cepat-cepat tulis...sama ada idea itu akan jadi tulisan ataupun tidak tetap tulis. Mungkin satu masa idea itu kita boleh kembangkan menjadi cerita, puisi, cerpen, novel atau lainnya.  Memang betulah apa yang dikatakan oleh penyair yang tersohor itu.Bahkan penulis lain pun begitu. Mereka sering mendapat idea penulisan secara tiba-tiba. Mereka pasti menyediakan buku catatan yang sentiasa berada dipoket atau disisi mereka. Telefon bimbit juga cukup mudah untuk digunakan sebagai perakam idea-idea penulisan yang datang tiba-tiba. Justeru, sediakan apa sahaja kemudahan untuk idea penulisan yang bakal datang tiba-tiba.

Tunggu Apa Lagi?

Image
google image Dah banyak buku tentang penulisan dibeli dan dibaca tetapi tidak juga terhasil buku. Apa sebenarnya yang kau mahu. Tunggu apa lagi? Masa tak akan menunggumu, ia terus bergerak seiring usia yang kau miliki. Dia takkan tunggu kau...menulislah, hasilkan buah fikiran yang kau ada, usah kau perap terlalu lama dan sering kau bertangguh-tangguh. Bukankah kemudahan sudah ada ditangan kau, gunakanlah saja telefon bimbit itu untuk menulis apa yang kau sudah ada. Move on...tulislah terus, sikit-sikit nanti lama-lama banyak.  Jangan bertangguh!

Syawal Kian Pergi

Image
Kenangan syawal pasti masih mengusik-ngusik dijiwa, yang balik kampung tempohari pasti masih terbayang-bayang saat indah bersama keluarga tercinta terutamanya ayah dan ibu serta saudara mara yang diziarahi. Suasana meriah dan harmoni dihiasai lampu pelita kiri kanan jalan(masih adakah?)tentunya mengindahkan suasana malam raya dikampung. Tak kurangnya mereka yang ditaman-taman perumahan turut meraikan keindahan syawal. Suasana syawal yang indah dan harmoni di Malaysia memang sangat aman dan tenteram sekali. Kenangan ini, pasti tetap akan terpahat kepada seluruh rakyat yang menikmati syawal setiap tahun yang menjelang. Indahkan Syawal!

Nak Diet Lagi Konon

Image
Syawal berbaki beberapa hari lagi.Rumah terbuka sana sini. Asyik makan, makan dan makan. Salah ke makan? Tak salah, cuma jangan salah makan dan hadkan kuantiti.  Kata mahu kurus, mahu berat badan ideal, jadi kuantiti makanan yang mahu dimakan segera kurangkan.  Makan, makanan yang berkhasiat.Senang cakap, makanan seimbang.Aku ingatkan diri sendiri yang sering mungkir janji. Janji diri sendiri yang tidak ditepati, janji manis, nak kurus tapi makan melantak...alahai diri!